Friday, October 05, 2007

Pro mahasiswa menang 9 kerusi di UM

Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin
Harakahdaily
Fri | Oct 05, 07 | 8:22:54 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) – “Seluruh negara menunggu kita” - begitulah ungkapan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Prof Dr Mohd Nor Azrae sebelum mengumumkan keputusan pilihan raya kampus UM petang semalam.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.Image

Pilihan raya kampus (PRK) sesi 2007/2008 menyaksikan pro mahasiswa hanya memperolehi sembilan kerusi, berbanding 32 oleh Aspirasi.

Namun, keputusan tersebut memperbaiki rekod pro mahasiswa dalam PRK lalu dengan pertambahan empat kerusi.

Pro mahasiswa mendapat dua daripada sembilan kerusi umum dan mendapat kerusi percuma di Akademi Pengajian Islam, dan Fakulti Undang-undang.

Selain itu, di Fakulti Pergigian, Kejuruteraan dan Pusat Sukan, mereka hanya meperolehi satu kerusi di setiap fakulti tersebut.

UM antara kampus terakhir selain Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang Imagemengumumkan keputusan PRK selepas pengundian semula diadakan ekoran terdapat pengundi hantu di Kolej Kediaman ke-12 pada 2 Oktober lalu.

Proses pengundian berlangsung semula semalam dari jam 9 pagi sehingga 3 petang.

Selepas solat Asar, Dewan Tunku Canselor (DTC) menjadi tumpuan mahasiswa serta kakitangan universiti yang terlibat termasuk jawatankuasa pemantau, penyiasat serta Naib Canselor yang turun melihat proses penjumlahan undi.

Kira-kira 500 penyokong pro mahasiswa mengadakan perhimpunan sambil duduk bersila di pekarangan DTC sambil mengadakan sesi tazkirah dan berzikir. Image

Mereka kemudiannya masuk ke dalam DTC tersebut pada jam 6.30 petang bagi mendengar keputusan yang diumumkan, yang dimulai dengan nyanyian lagu universiti, 'Varsiti'.

DTC yang dipenuhi mahasiswa untuk sesi pengumuman gamat selepas diselangi sorakan kumpulan, apabila calon yang disokong mendapat kemenangan.

Ia berakhir pada jam 6.45 petang dengan perhimpunan aman kumpulan pro mahasiswa yang memberi taklimat dan kata-kata semangat kepada penyokong mereka yang telah bekerja keras.

No comments: