Tuesday, October 02, 2007

PRK: Adegan TNC, siswa samseng kejar siswi akhiri kempen calon

Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin
Harakahdaily
Tue | Oct 02, 07 | 12:42:15 pm MYT

Hari ini seluruh mahasiswa di beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan melalui proses pembuangan undi serta menunaikan hak mereka untuk menentukan kepimpinan mahasiswa yang akan menerajui kerajaan mahasiswa di kampus masing-masing.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

ImageSeawal 8.30 pagi tadi, pengundian rata-rata bermula dengan agak hambar di seluruh IPT Lembah Klang, serta kampus lain yang akan tamat pada jam 4.30 petang ini.

Dengan bermulanya proses membuang undi hari ini menandakan bahawa kempen calon telah berakhir.

Pihak universiti telah menyediakan pusat pengundian yang terletak di kolej kediaman serta fakulti pengajian, bagi memudahkan mahasiswa membuang undi.

Malam tadi, merupakan baki masa terakhir calon-calon Pilihan Raya Kampus (PRK) menyempurnakan tugasan kempen mereka .

Namun, ia tidak sunyi daripada pelbagai tragedi yang mencemarkan suasana PRK apatah lagi di kampus yang mengalami pertandingan sengit antara kumpulan-kumpulan mahasiswa.

ImageKumpulan yang bermusuh secara tradisi iaitu pro mahasiswa dan Aspirasi memainkan peranan mereka, yang turut disertai pihak Jabatan Keselamatan dan bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Selain mereka, orang yang paling sibuk di universiti dalam tempoh PRK ini tentulah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) setiap kampus yang terpaksa menghadapi pelbagai kerenah dan masalah.

Sementara itu, menurut sumber, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP) Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Azali Mohamed didakwa telah mengejar seorang siswi dengan menggunakan keretanya. Kegemparan itu berlaku pada jam 12.30 tengah malam.

ImageKeadaan menjadi bertambah parah apabila Azali turut memanggil kumpulan samseng bermotor Aspirasi untuk turut mengejar siswi tersebut.

Kekecohan turut berlaku di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Gombak apabila siswi pro mahasiswa yang dipaksa oleh Aspirasi menyatakan bahawa beliau dicederakan siswa pro mahasiswa.

Pada masa yang sama menurut sumber, Aspirasi menggunakan server SMS untuk hantar maklumat kempen calon kepada mahasiswa di UIAM.

Manakala perkembangan di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) Bangi, terdapat poster Exco Pemuda PAS, Abdullah Abdul Karim sebagai individu yang dikehendaki ditampal di pos pengawal utama pengawal keselamatan.

Ia adalah rentetan daripada pengedaran sampul surat yang mengandungi perutusan, kononnya daripada Abdullah Abdul Karim (yang dikatakan bertindak sebagai Pengarah Jabatan Pembangunan Mahasiswa (JPM) dan Pemuda PAS), seolah-olah menghasut seluruh penyokong pro mahasiswa mengadakan rusuhan di UKM.

Menurut sumber, sampul yang turut disertakan sebilah pisau pemotong itu adalah angkara orang luar yang tidak mempunyai perkaitan dengan UKM.

Namun, semua insiden di atas diselesaikan den

No comments: