Friday, October 05, 2007

Aspirasi kalah di UTM, Kuala Lumpur

Intan Abdullah
harakahdaily
Fri | Oct 05, 07 | 8:02:40 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - Walaupun kumpulan Aspirasi berjaya di kebanyakan kampus dalam pilihan raya kampus (PRK) sesi 2007/2008 ini, mereka tewas di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Kuala Lumpur.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Aspirasi hanya memperolehi satu daripada lima kerusi yang dipertandingkan di kampus cawangan tersebut.

Walau bagaimanapun, Aspirasi masih menguasai kerusi-kerusi yang lain di kampus induk Skudai, Johor Bahru.

UTM terpaksa mengadakan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah berupa tiket penerbangan pergi balik Johor Bahru-Langkawi, kamera digital, pen parker dan pemain MP3 untuk menggalakkan mahasiswa kampus tersebut mengundi, kata sumber.

Bahkan para pensyarah juga diminta mengiringi mahasiswa mengundi, serta memperuntukkan masa yang secukupnya kepada mereka pada 2 Oktober lalu bagi membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab tersebut, katanya.

No comments: