Thu | Oct 04, 07 | 8:07:16 am MYT
SERDANG, 4 Okt (Hrkh) - Tiada apa yang lebih mendebarkan Fatihah Imran (samaran) dan rakannya Hafizah Yahya (samaran) selain dari peristiwa dikejar sebuah kereta yang dipercayai milik TNC HEPA UPM pada malam sebelum pengundian PRK baru-baru ini.
Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.
"Kereta itu adalah jenis Perdana V6, BHW 9870 yang kami yakini sebagai kereta milik pegawai tertinggi HEPA," kata Fatihah yang turut dikejap geng 'Harimau Maut' malam itu yang mungkin diupah khas oleh pihak tertentu dalam UPM ketika PRK.
Kumpulan itu, menurut beliau, adalah beberapa orang luar yang tidak dikenali beliau dan tiada perawakan sebagai pelajar UPM dan tidak kelihatan seperti orang berpendidikan.
Malam itu sekitar 1.00 pagi, Fatihah dan Hafizah bertugas bagi memastikan banner dan poster calon promahasiswa yang kebetulan rakan mereka sendiri, berada dalam keadaan baik di perhentian bas berhampiran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi itu.
"Sekitar 2.30 pagi seorang rakan menyuruh pulang kerana risaukan keselamatan kami. Ketika pulang dengan motor, di perhentian bas Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi itulah telah bermulanya kejar mengejar.
"Ada kereta kancil putih berhenti di situ dan agak mencurigakan. Ada banyak flyers kecil ditabur di situ. Rupa-rupanya ia berisi fitnah ke atas calon promahasiswa, Nur Amalina Mat Zahari daripada Fakulti Ekologi Manusia," kata Fatihah.
Ketika Hafiza mengutip flyers itu, Fatihah bertindak mengambil gambar kereta kancil putih di seberang jalan itu. Pada mulanya, pemandunya tidak menunjukkan reaksi apa-apa.
"Jadi, kami rasa ia tidak berbahaya ke atas kami. Tiba-tiba, pada masa itu Perdana V6, BHW 9870 lalu di situ dan mula memberi lampu tinggi pada saya yang berada di tepi jalan.
"Kami pulang sebab tak sedap hati. Dari jalan ke kampus utama UPM ke selekoh masjid, kami dapati Perdana V6 itu berhenti tepi jalan. Apabila kami lewat di situ, penumpang kereta tu, menjengah kepalanya melalui tingkap kereta untuk memerhatikan pergerakan kami.
"Rupa-rupanya, beliau adalah Pengetua KMR, Pensyarah Fakulti Ekonomi Pengurusan dan Ahli Jawatankuasa Naib Cancelor Bantahan Rayuan Pemilihan MPP. Terus mereka berundur dan kereta itu mula mengekori kami," jelas beliau.
Fatihah dan Hafizah seterusnya ingin menguji apakah benar mereka sedang diekori.
"Jadi, kami pusing pada bulatan selepas masjid itu hampir 3 kali. Terbukti, mereka ekori kami kerana Perdana V6 itu turut mengelilingi bulatan tersebut.
"Di bulatan itu, ada ketika kereta itu mengejar kami, kemudian kami pula membelakangi mereka. Apabila pening, kami pun masuk simpang menuju Kolej 10. Ketika inilah saya kirim SMS kepada rakan. Rakan saya memecut dan Perdana V6 itu masih ikuti motor kami dengan laju.
"Kemudian, kami dapati ada dua pemuda berbadan besar seperti bukan pelajar, wajah agak berusia dan seperti bukan orang berpendidikan turut mengekori kami bersama motor mereka. Wajah mereka kelihatan garang.
Fatihah berkata, dalam ketakutan beliau terus menguatkan semangat sambil membaca dengan nyaring beberapa ayat pelindung daripada MaĆ¢€™thurat.
"Saya baca bismillahillazi la yadhurru ma'as mihi sayai'un fil ardhi wa la fis sama... syukur, ada semacam ketakutan terpalit di wajah mereka dan motor mereka semakin perlahan," ujarnya.
Hafizah kemudiannya membelok masuk ke Petronas kerana berasa lebih selamat berada di tempat yang ada ramai orang awam.
"Pada masa itu, hanya ada dua orang pekerja Petronas sahaja. Sementara tu, motor yang mengekori kami tadi telah berhenti dan menunggu kami di luar stesen minyak itu.
"Kereta Perdana V6 tadi terus ke jalan lain. Mungkin dia serahkan urusan kejar-mengejar itu kepada geng Harimau Maut. Kami hubungi rakan untuk bantuan. Kurang 5 minit, tiba-tiba dua buah kereta dan lebih kurang lima buah motor yang dipercayai geng Harimau Maut masuk Petronas itu. Pada ketika itulah rakan Muslimin kami tiba," kata Fatihah lagi.
Rakan Fatihah dan Hafizah kemudian memutuskan membuat pusingan terlebih dulu ke arah bulatan berdekatan masjid.
"Jadi, ketika kami keluar dari Petronas," katanya. "Motor-motor Harimau Maut itu ikut keluar sama dari arah bertentangan. Ketika itulah saya lihat dua pemuda berbadan besar tadi.
"Motor di belakang kami beri isyarat untuk ikut ke sebelah kami. Ketika menuju masjid sekali lagi, lima buah motor itu masih mengekori," kata beliau.
Akhirnya, kata Fatihah, mereka membuat pusingan, untuk menuju ke bulatan masjid.
"Pada waktu ini keadaan tidak tegang kerana kami ada sahabat metemani. Saya ambil kesempatan untuk ambil sekali lagi gambar budak-budak motor tadi.
"Rakan saya Razuan (samaran, ingin kembali ke Petronas bagi meninjau keadaan. Ketika itu situasi dah selamat apabila dua motor rakan tiba untuk melihat keadaan kami," kata Fatihah.
Fatihah dan Hafizah tiba ke rumah sewa sekitar 3:25 pagi diiringi rakan-rakan.
Di fikiran mereka dan rakan-rakan berlingkar dengan rencam soalan dan penuh berselirat teka-teki.
Siapakah orang luar (Harimau Maut) itu dan apa hubungannya dengan pihak universiti?
Sejauhmanakah akrabnya hubungan kumpulan tersebut dengan pihak tertentu dalam universiti?
Apa yang pasti, pandangan kelompok penulis HEP terbatal apabila mereka menyatakan siswi diperalatkan siswa untuk kerja-kerja merbahaya seperti aksi demonstrasi.
Buktinya terbatal pandangan itu ialah siswi diminta balik setelah lewat pagi kerana risaukan keselamatan mereka. Mereka turut diiring sehingga ke rumah untuk menjaga mereka daripada ancaman pihak luar.
Sebaliknya, siswi kian terdedah kepada ancaman pihak luar sehingga lewat 3:00 pagi. - mks.
1 comment:
Fuuyooo.... macam criter James Bond Lah Pulak, akulah rasalah mesti TNC takder kerja kot. Budak pasang posterpun nak ikut. Budak nie pun bukan buat aperpun pasang poster jer... bukan buat kerja tak berfaedah. Essignment lecturer bagi dah siap, tiap kali periksa keputusan cemerlang, tak payah studypun takper nanti kalau kantoi boleh kerja ngan Majlis Perbandaran Kajang turunkan poster.
Post a Comment