Thursday, October 11, 2007

Jangan biarkan mahasiswa kita diasuh pemimpin politik tahap rendah

Harakahdaily, 11 oktober 2007

Murtadza Ibrahim
Thu | Oct 11, 07 | 11:22:14 am MYT

Seorang bapa dari Teluk Intan, Perak begitu seronok dan megah apabila anak sulungnya berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Sebagai seorang pendidik, hampir seluruh masyarakat kampung mengunjungi kediaman beliau untuk mengucapkan tahniah. Beberapa orang penduduk kampung juga ada bertanya kepada pendidik ini cara-cara beliau mendidik anaknya sehingga berjaya ke institusi pengajian tinggi.

Malahan beberapa orang penduduk lainnya pula meminta anak-anak mereka supaya mengikut jejak anak pendidik ini yang sememangnya bijak sejak dari alam persekolahan rendah lagi.

Seorang bapa di Hulu Selangor pula memberitahu, dia terpaksa menjual kereta Proton Wira kerana mahu membiayai anaknya yang ketiga untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sebelum ini, dua orang anaknya telahpun menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Mara (UiTM). Seorang di tahun akhir sementara seorang lagi melanjutkan pengajian di peringkat sarjana.

Bapa ini memberitahu, tanahnya sudah habis digadai semata-mata menampung perbelanjaan anaknya yang tinggi ini. Bagaimanapun dia tetap berasa puas hati dengan pengorbanannya itu.

Kedua-dua bapa ini dan majoriti keluarga yang anak mereka berjaya melanjutkan pengajian di IPTA mengharapkan agar anak mereka berjaya di bidang karier masing-masing.

Mereka sanggup berkorban sebagai mengikut saranan kerajaan bahawa mahasiswa adalah tenaga pelapis yang membakal memimpin negara pada masa akan datang.

Kita akan mendengar slogan dan propaganda di radio mahupun di TV bahawa anak-anak mahasiswa ini adalah pelapis kepada kepimpinan yang ada sekarang.

Apabila mendengar slogan "mahasiswa sebagai pemimpin pelapis negara", hampir semua mahasiswa bersemangat tinggi untuk menamatkan pengajian masing-masing. Hampir setiap hari mereka akan membayang jubah di hari konvokesyen dengan harapan merekalah bakal pemimpin yang bertanggungjawab dan membawa negara ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Itulah harapan mahasiswa yang bercita-cita mahu menyumbang baik buat ummah dan negara.

Namun, langkah pertama yang perlu mereka belajar adalah menghadapi pilihan raya kampus yang disifatkan asas kepada pembentukan diri sebagai seorang ahli politik.

Sesetengah mahasiswa membayangkan pilihan raya kampus adalah proses pemilihan memilih pemimpin pelajar di antara golongan berilmu atau intelektual, yang bersaing secara bebas.

Bagaimanapun, kini mereka hanya diberikan dua pilihan sama ada mahu menjadi kumpulan Aspirasi yang dikuasai oleh Umno atau kumpulan yang didakwa propembangkang.

Di sinilah majoriti mereka tergamam dan terkejut dengan situasi sebenar pilihan raya kampus yang sepatutnya dinamik dan bebas.

Di sinilah juga mereka berhadapan dengan situasi yang kacau apabila proses pilihan raya itu ditekan dan dicengkam sehingga matlamat sebenar mahu melahirkan pemimpin mahasiswa berwibawa dan bertanggungjawab hilang di celah-celah hiruk-pikuk emosi kepartain.

Seolah-olah yang hanya dibenarkan ialah aliran pemikiran yang selari (sebenarnya yang mengampu) dengan politik pemerintah. Siapa jua yang cuba menyanggah akan dilabelkan sebagai propembangkang yang perlu perlu dikalahkan.

Pada pilihan raya kampus 2007 yang lalu, kumpulan Aspirasi yang dikuasai oleh Umno telah mendabik dada kerana mereka diterima dan menang daripada 20 IPTA. Mereka hanya tewas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Di UIAM, para calon sudah diajar bagaimana mahu menjadi seorang ahli politik. Mereka diajar oleh tenaga yang dimport khas oleh Umno seperti Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr Adham Baba dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan dan juga Presiden GPMS, Reezal Meerican Naina Merican. Kedua-dua mereka adalah ahli Umno tulen dan hidup dalam kancah politik Umno.

Yang lebih menarik dan menyedihkan adalah para mahasiswa dan para pensyarah yang cerdik dan bijaksana itu diajar dan dipengaruhi oleh seorang yang tewas ketika bertanding jawatan Ketua Umno bahagian dan seorang presiden pertubuhan belia yang mempunyai rekod kemenangan yang penuh kontroversi, misteri dan memalukan.

Apakah perasaan Rektor Dr Syed Arabi Syed Idid dan Timbalan Rektor HEP, Hamidon Abd Hamid? Bagaimana perasaaan tenaga pengajar UIAM yang cukup hebat seperti Dr Aziz Bari, Dr Sidik Baba dan lainnya terhadap tunjuk ajar dan pengaruh dari dua pemimpin Umno ini yang berperangai kartun itu?

Di manakah hebat dan maruah mereka, seorang tewas bertanding dalam politik sebenar dan seorang menjadi presiden pertubuhan yang penuh kontroversi?

Setiap tahun pilihan raya kampus akan berlangsung dan setiap tahun juga pemimpin mahasiswa disogok dengan politik murahan dan tidak bermaruah. Inikah wajah-wajah bakal pemimpin masa depan negara yang benar-benar bermaruah, bertanggungjawab untuk mentadbir negara?

Jika demikian keadaannya, pemimpin pelajar dan mahasiswa boleh belajar dengan lulusan universiti ternama luar negara, misalnya Oxford. Mereka hanya perlu berfikiran sedikit kreatif dan gunakanlah pendekatan yang paling mudah untuk menjadi pemimpin dalam Umno.

Secara jenaka, carilah mana-mana anak perempuan atau lelaki yang bapa mereka adalah seorang Menteri Kabinet, Menteri Besar atau bakal Perdana Menteri.

Ketika itu, anda akan menjadi bakal pemimpin besar tanpa perlu bersusah payah seperti mana Dr Adham dan Reezal Meerican.

Apa pun, kasihanlah kepada pengorbanan ibu bapa mahasiswa yang bertungkus-lumus menghantar anak mereka ke menara gading tempatan. Mereka masih tidak tahu apa yang berlaku kepada masa depan anak-anak mereka di sana, sekadar dibuai slogan "mahasiswa adalah pemimpin pelapis" untuk masa depan negara etapi mereka sebenarnya dididik oleh ahli-ahli politik secara tidak bermaruah!

Lihat ucapan Salam Perantau & Adilfitri dari pembaca Harakahdaily.Net dari seluruh dunia. Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, menderma dan bantulah mereka yang memerlukan melalui Tabung Kemiskinan Harakah di Akaun (Maybank) 564070130442. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-40213343.

Wednesday, October 10, 2007

Tiada calon proaspirasi di Fakulti Perubatan UIAM

Ahmad Safwan Mohamad
Harakahdaily
Wed | Oct 10, 07 | 11:40:34 am MYT

Tindakan sesetengah pihak yang cuba mengheret pelajar universiti kepada hiruk-pikuk dunia politik kepartian adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Beberapa akhbar yang telah melaporkan bahawa Fakulti Perubatan UIAM telah dimenangi oleh pihak 'proaspirasi' dilihat sebagai tindakan yang salah dan tidak bertanggungjawab.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Kami tidak pernah mewakili mana-mana pihak semasa menyertai pilihan raya kampus ini. Atas dasar kesedaran untuk mewakili pelajar dalam memperjuangkan beberapa isu pelajar, maka kami menawarkan diri untuk bertanding. Ia tidak ada kena mengena langsung dengan mana-mana pihak, sama ada pembangkang, mahupun kerajaan.

Justeru, kami menganggap bahawa kemenangan kami adalah kemenangan pelajar sendiri. Kemenangan kami adalah simbolik bahawa pelajar mahukan kami berjuang bersama dengan mereka, bukan mewakili mana-mana pihak luar dan mengenepikan isu-isu pelajar.

Kami akan lebih memperjuangkan isu setempat, sambil memberikan pendedahan kepada pelajar tentang beberapa isu luar yang perlu mereka ketahui. Dalam menyuarakan pendapat, kami bebas untuk menyatakan idea kami sendiri tanpa terikat dengan mana-mana pihak, dan selagi tidak bercanggah dengan peraturan universiti.

Kami mengharapkan agar pihak akhbar terbabit memberikan penjelasan semula tentang laporan mereka yang mengelirukan. Kami ingin katakan sekali lagi bahawa kami tidak pernah dan tidak akan terbabit dengan mana-mana parti politik. Kami mempunyai harga diri sendiri untuk menyokong atau mengkritik mana-mana dasar kerajaan ataupun pembangkang berdasarkan kajian kami sendiri.

Kami juga menuntut agar nama kami dibersihkan semula oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini, dengan harapan agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi. Walaupun ramai yang berdiam diri terhadap kekeliruan yang anda lakukan, masih ada lagi golongan yang peka dengan persekitaran mereka.

Dengan rasa rendah diri, kami mohon kerjasama daripada semua pihak untuk akur dengan kebenaran ini.

Monday, October 08, 2007

Kenapa pro-Mahasiswa hanya berjaya di UIA?

Fathi Aris Omar
Harakahdaily
Mon | Oct 08, 07 | 10:12:23 am MYT

Keputusan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sudah selesai, dan keputusannya sudah dihebahkan. Faktanya: Kumpulan pro-Aspirasi menguasai kembali kampus-kampus kita.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Tetapi masih ada satu persoalan yang belum selesai: Sejak 2004, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) masih berjaya ditawan oleh kumpulan beraliran "pro-Mahasiswa", kem pelajar yang dilihat berbeza dengan pro-Aspirasi.

Apakah yang menjadikan UIA begitu unik sehingga ia berjaya menjadi kubu terakhir kumpulan pro-Mahasiswa?

Dato' Dr Shamsul Amri Baharuddin, pengarah Institut Kajian Oksidental (Ikon), berpendapat latar belakang penubuhan dan semangat UIA sendiri berlainan dengan IPTA lain.

Malah, katanya, pergaulan pelajar tempatan dengan luar negara di kampus itu menjadikan mereka lebih global. Mereka juga terdedah dengan jaringan badan-badan belia antarabangsa, tambahnya.

"Sifat UIA itu sendiri yang mengutamakan bahasa-bahasa Arab dan Inggeris menjadikan mereka lebih terbuka. Lagi pun universiti Islam menarik sekumpulan pelajar yang mempunyai perwatakan yang lebih kurang sama. Mereka ini berbeza," kata profesor sosiologi itu.

Pandangannya ini seolah-olah selari dengan tanggapan pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Azmi Sharom. "Saya lihat UIA seperti sebuah Akademi Pengajian Islam yang besar," katanya kepada mStar Online.

"Lihat akademi ini di Universiti Malaya. Calon-calon pro-Mahasiswa menang tanpa bertanding. Mustahil kumpulan pro-Aspirasi boleh membuka laluan di fakulti ini."

Bagaimanapun berbeza sedikit dengan keyakinan Dr Azmi, profesor sosiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini tidak begitu yakin pro-Mahasiswa boleh menguasai UIA selama-lamanya.

Sementara seorang bekas aktivis siswa Khairul Anuar Ahmad Zainuddin cuba menanggap UIA lebih jauh.

Beliau berhujah, jaringan gerakan Islam di kampus itu lebih kuat berbanding di kampus-kampus IPTA lain yang hanya bergantung pada aktivisme dan kepemimpinan barisan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) atau fakulti tertentu.

"Mungkin juga ahli-ahli akademik di UIA lebih kritikal, mereka lebih simpati pada kumpulan pro-Mahasiswa," katanya, kini sebagai naib ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat.

Selain pengaruh ahli akademik, pegawai pentadbiran kampus termasuk pengetua kolej sekarang dilihat semakin menonjol dalam percaturan politik kampus.

Beberapa laporan yang diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mendakwa campur tangan serius dalam mempengaruhi pelajar untuk menyokong kumpulan calon tertentu.

Namun menurut seorang pengamat Suhaimi Embong, sikap memihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) bukanlah baru, malah pernah wujud sejak beberapa dekad lalu lagi "tetapi beberapa tahun kebelakangan ini lebih ketara."

"Kadang-kadang saya nampak pegawai-pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) macam tidak ada kerja lain. Mereka lebih ghairah menyusun aktiviti untuk mahasiswa," katanya, yang pernah menghasilkan buku Di Sebalik Tabir Politik Kampus dan kini melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana pengurusan perniagaan.

Semua pengamat bersetuju trend pro-Aspirasi yang muncul mulai 2003 dicetuskan sebagai gelombang baru selepas krisis politik 1998, apabila gerakan-gerakan mahasiswa di IPTA semakin berani dan lantang mengkritik kerajaan, termasuk menyusun demonstrasi.

Mereka bagaimanapun tidak bersetuju peralihan angin politik ke arah pro-Aspirasi bermakna mahasiswa di IPTA kini menyokong kerajaan.

"Mereka bukanlah menyokong sangat. Mereka juga menuntut hak, khususnya hak mendapatkan kemudahan. Jika sokongan ini tidak berbalas, mereka akan marah dan mengugut. Ini satu cara mengugut melalui sokongan," kata Dr Shamsul Amri.

"Kita lihat wakil-wakil rakyat Barisan Nasional, bagaimana hebat pun mereka, tetap terima rungutan."

Khairul Anuar, seorang pemimpin pelajar IPTA yang ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001, boleh bersetuju dengan hujah ini.

"Tidak semestinya pelajar sokong kerajaan apabila mereka mengundi calon Aspirasi," katanya. "Lagi pun pelajar di IPTA sekarang tidak mempedulikan hal-hal politik. Kemunculan kumpulan pro-Aspirasi sekadar perubahan atas kertas. Tidak ada impak perubahan pada sikap atau cara berfikir. Semuanya masih di takuk lama."

Tambahnya, masyarakat kampus sendiri tidak ghairah dengan kehadiran pilihan raya kampus.

"Hanya media berminat membesar-besarkan berita ini, khususnya kemenangan pro-Aspirasi, sekadar untuk membentuk tanggapan umum masyarakat. Di kampus sendiri, tidak ramai yang keluar mengundi. Banyak calon menang tanpa bertanding. Saat-saat berkempen tidak meriah," dakwanya lagi.

Bersetuju dengan analisis ini, Suhaimi pula berpendapat campur tangan pihak luar dalam politik pelajar melemahkan kepemimpinan mereka. "Semuanya diurus oleh orang lain. Macam pelajar-pelajar sekolah," katanya.

Dr Azmi membuat tanggapan yang sama. "Bagi saya mahasiswa bak budak sekolah. Jadi, pemilihan MPP ini macam persaingan melantik pengawas sekolah. Umumnya mahasiswa tidak berminat politik," katanya.

Sifat keanak-anakan pelajar IPTA bukan gejala baru, katanya, malah ia sudah wujud sejak 1980-an. - mstar.com.my

Politik kampus UIA: Komplot Reezal Merican, Syed Arabi belum berakhir

harakahadaily, 8 oktober 2007

Ameen Rais
Mon | Oct 08, 07 | 12:32:02 pm MYT

Tahniah buat warga Taman Ilmu dan Budi kerana tidak memberi ruang kepada Pro-Aspirasi menguasai MPP untuk kesekian kalinya. Walaupun keputusan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ternyata berbeza dari universiti-universiti yang lain, namun tentu ada sebabnya yang amat kukuh menyebabkan penghuni Taman Ilmu dan Budi menolak Rejim Aspirasi yang jelas diketahui sebagai budak-budak suruhan Umno.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Penulis mengucapkan tahniah kepada para petugas jentera Pro-Mahasiswa di UIAM yang bekerja keras dan bertungkus-lumus sepanjang persediaan menghadapi pilihan raya kampus yang mengambil masa setahun! Anda berhak meraikannya dan memanjatkan rasa syukur pada yang Maha Kuasa.

Begitu hebat kasih Allah pada pendokong gerakan mahasiswa Islam.

Namun, kemenangan ini penulis sifatkan hanya umpama di peringkat pusingan kelayakan dan kini mahasiswa Pro-Mahasiswa UIA sudah melayakkan diri ke pusingan akhir seterusnya melangkah ke peringkat yang lebih jauh.

Cabarannya sengit kerana padang permainan tidak sama rata. 'Mereka' yang bakal menghalang anda adalah puak-puak yang diberikan amanah oleh rakyat untuk mendokong dasar pendidikan negara di peringkat menara gading dan mereka yang diberi kepercayaan menggunakan wang rakyat untuk menjulang nama universiti.

Namun, amanah itu dikhianati kerana separuh dari tugas mereka digunakan menumpu pada 'bagaimana mencantas kemudahan' mahasiswa yang bukan 'budak suruhan Umno' untuk bertugas bagi memenuhi amanah sebagai ahli MPP.

Untuk mara ke peringkat suku akhir, drama kelulusan kabinet MPP bakal menjadi sandiwara ulangan. Drama ini bukanlah baru. Pada era kepimpinan 2002/2003, kelambatan kabinet diluluskan adalah kerana alasan mahukan Presiden MPP dari pelajar antarabangsa atas dasar integrasi.

Namun kelewatan hanyalah sekitar dua minggu. Pada sesi 2003/2004 sewaktu MPPUIA di bawah kepimpinan Muhtar Suhaili, sekali lagi kelewatan kelulusan kabinet dipentaskan atas alasan sama ditambah alasan mahukan seorang mahasiswi sebagai Presiden. Kelewatan kabinet diluluskan berlarutan hingga tiga minggu.

Sewaktu Zarifi Daud menjadi Presiden MPP, beliau turut menghadapi kesusahan untuk menerajui organisasi pelajar terbesar UIA hanya kerana beliau didakwa sebagai pro-pembangkang tanpa sebarang bukti kukuh dan jelas!

Tiba-tiba, setelah peristiwa boikot besar-besaran berlaku dalam sejarah mahasiswa justeru memberi ruang kepada Aspirasi UIA (bukan semua, malah kerusi Presiden gagal diperoleh oleh Aspirasi) memimpin MPP, dalam masa dua minggu selepas keputusan pilihanraya kampus, kabinet MPPUIA siap diluluskan dan mengikuti kursus induksi anjuran HEP!

Cabaran paling sengit untuk layak ke suku akhir ialah pada sesi lalu di bawah kepimpinan Zukhairi. Bayangkan, selama empat bulan lebih, MPPUIA dibiarkan tergantung tak bertali! Tiada poster, tiada pejabat, tiada budget, tiada segalanya!

Adakah insiden ini akan berulang? Ya benar, hanya Menteri Pengajian Tinggi, Mustapa Mohammed, Setiausaha Politik Menteri Kewangan I, Reezal Merican dan sahabat karibya, Syed Arabi Idid yang tahu.

Suku Akhir

Jika MPPUIA sesi ini berjaya ke suku akhir dan untuk layak ke separuh akhir juga tidak kurang peritnya. Cabarannya ialah mengisi kemenangan. Apa yang pasti, halangan utama MPPUIA untuk layak ke separuh akhir adalah seperti berikut:

1. Menerima penasihat MPPUIA yang mengongkong dan menyusahkan MPPUIA dengan pelbagai karenah birokrasi.

2. Karenah birokrasi dalam meluluskan program-program MPP. 3. Budget 'ciput' yang diberikan oleh pentadbiran untuk MPPUIA melaksanakan agenda kebajikan pelajar.

4. MPPUIA dianaktirikan. Jika ada lawatan akademik ke luar negara dan ruang itu sepatutnya diberi pada MPP, maka MPP dianaktirikan dengan ruang tersebut diberi pada mana-mana pimpinan tertinggi GPMS.

5. Walaupun MPPUIA adalah pertubuhan pelajar terbesar di UIA, namun jika ada dasar dan polisi digubal yang melibatkan pelajar, MPPUIA tidak pernah dirujuk dan dijemput bersama dalam proses membuat keputusan.

6. Sepanjang tahun, MPPUIA akan dipinggirkan di peringkat kebangsaan khasnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi atas alasan kepartian!

Awas! Reezal Merican sedang berfikir teruk bagaimana untuk 'cover' semula kegagalannya menjadikan UIA sebagai cengkaman imperalism Umno. Kita tak tahu apa lagi yang bakal diarahkannya pada Syed Arabi. Mungkin arahan-arahan seperti di bawah:

1. Jangan luluskan kabinet langsung?

2. Jangan lulus apa-apa program MPP?

3. Cari kesalahan calon yang menang untuk dibatalkan kemenangan?

4. Pecat exco MPP kerana kesalahan yang direkacipta?

5. Pastikan GPMS diberi hak istimewa berbanding MPPUIA?

Semuanya tidak mustahil bagi Reezal Merican!

Separuh Akhir

Peringkat separuh akhir ialah ketika di separuh penggal sesi pemerintahan MPP. Ketika ini, MPP akan sibuk dengan projek-projek besar seperti kemasukan pelajar baru dan pesta konvokesyen.

Ironinya, sehingga tahun 2001, MPPUIA mempunyai hak untuk menganjurkan program suai kenal (Ta'aruf Week) di bawah Sekretariat Setiausaha MPP. MPPUIA diberi kuasa sepenuhnya untuk menganjurkan program suai kenal selama seminggu dengan kerjasama pihak universiti. Malah, diselitkan satu sesi khas selama satu jam setengah untuk pelajar baru mengenali MPP!

Sayangnya, itulah kali terakhir. Selepas itu, MPP dicabut hak menganjurkan Ta'aruf Week dan MPP hanya diberi 30 minit maksima untuk bersama pelajar ketika program tersebut yang kini dianjurkan oleh HEP sendiri melalui 'budak-budak' mereka. AJK ditapis agar mahasiswa yang didakwa pro-mahasiswa khasnya exco MPP tidak menjadi AJK Ta'aruf Week.

Begitu juga dengan pesta konvokesyen. Jika kali terakhir pada sesi 2003/2004, Pesta konvo atau Convest adalah sepenuhnya di bawah Sekretariat Bendahari MPPUIA, namun MPPUIA sudah disempitkan hak mereka. MPPUIA hanya bertanggungjawab menganjurkan Majlis Pembukaan yang dihadkan pelbagai kemudahan dan beberapa program kecil sahaja.

Inilah dia sebahagian dari sepak terajang sepanjang peringkat separuh akhir!

Peringkat Akhir

Akhir? Sebenarnya, tiada akhir dalam perjuangan mahasiswa. Perjuangan mahasiswa adalah perjuangan yang tidak bernoktah. Kezaliman akan terus wujud di dunia ini. Dan selagi mana kezaliman terus wujud, selagi itulah perjuangan mahasiswa akan diteruskan. Walaupun Pro-Mahasiswa di UIA telah melalui pelbagai keperitan dan kesusahan dalam mempertahankan MPPUIA.

Tak cukup bajet, program batal, program lambat lulus, tidak benarkan masuk pejabat MPP sehinggalah dilambatkan kelulusan kabinet, namun pro-mahasiswa UIA telah berjaya mengisi kemenangan dengan gaya dan cara mereka tersendiri.

Terima kasih mahasiswa UIA kerana terus menyokong Pro-Mahasiswa dan menterjemahkannya dalam undi anda. Tiada tempat untuk Rejim Aspirasi bertapak di Taman ilmu dan Budi kecuali dengan ‘tangan kotor’ Reezal Merican yang tidak mempedulikan prinsip dan peraturan UIAM! Selamat maju jaya MPPUIA sesi 2007/2008!

Sunday, October 07, 2007

Promahasiswa dihukum buang kolej kerana terlibat PRK?

Harakahdaily, 7 okt 2007

Ali Bukhari Amir
Wed | Oct 10, 07 | 12:10:01 pm MYT

SERDANG, 10 Okt (Hrkh) - "Adalah dimaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa Penginapan Kolej Tujuh Belas menarik balik penginapan saudara di Kolej Tujuh Belas dan saudara dikehendaki mengosongkan bilik 'serta merta' berkuatkuasa mulai 2 Oktober 2007 (Selasa).

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

“Ini adalah kerana saudara telah secara sengaja melanggar Arahan Tetap Kolej Kediaman (ATKK). Saudara adalah diminta agar mengisi Borang Permohonan Mahasiswa Luar Kampus secepat mungkin.”

Demikian petikan isi surat daripada pihak pengurusan Kolej kepada pelajar UPM, Mohd Sulhi Waqiyuddin Mohd Jufri yang diakhiri slogan - 'Berilmu Berbakti' serta 'Berilmu, Bertaqwa, Berjasa'.

Suatu sumber berkata, hal pembuangan kolej ke atas Sulhi mungkin disebabkan kegiatan rakannya (Sulhi) dalam pilihan raya kampus baru-baru ini.

"Dia dibuang kolej sekitar 12:20 tengahari. Apabila Sulhi persoalkan kembali kes itu, pengurus kolej berkata, hal ini adalah arahan Timbalan Naib Canselor," ujar sumber berkenaan.

Sumber itu berkata, kebanyakan calon promahasiswa yang menang PRK berdepan risiko akan dibuang kolej walhal mereka diundi untuk menjaga kebajikan pelajar.

"Sepatutnya wakil pelajar promahasiswa yang menang akan terus mendapat haknya di kolej kerana di situ mereka berpeluang bersemuka dengan pelajar yang mahu mengadu masalah seharian mereka.

"Tahun lalu hampir 38 ahli PMI dibuang kolej kerana terlibat dalam PRK. Ia melibatkan enam calon MPP promahasiswa yang baru saja menang pada waktu itu," tambah beliau lagi ketika mengulas kes pembuangan kolej ke atas Sulhi yang pernah menginap di D-3-12-2, Kolej Ke-17 sebelum ini.

Surat bertarikh 2 Oktober itu ditandatangani Penolong Pengurus kolej, Cik Rahiza Abu Hanipah, bagi pihak Pemangku Pengetua Prof Madya Dr Mohd Bakri Ishak. Sementara itu, salinan surat tersebut diberi kepada Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa Ahmad Razeen Zulkifli.

"Jadi, ada dua isu di UPM ini. Iaitu promahasiswa dikenakan yuran pendaftaran pencalonan PRK yang tinggi agar menyulitkan mereka bertanding. Namun, jika menang pula mereka berdepan risiko dibuang kolej," tambah sumber berkenaan.

Sementara itu, ketika mengulas kes pembuangan Sulhi tersebut, wakil Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB) Abdul Basit Abdullah berkata, tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan pegawai universiti yang mendapat pengiktirafan sijil ISO 9001.

"Pelajar bagaikan pelanggan universiti. Kalau beginilah layanannya, wajarlah ditarik kembali ISO 9001 kerana layanan buruk ke atas pelanggan.

"HEP tak sepatutnya mengarahkan pengetua kolej membuang pelajar yang tidak sehaluan dengan mereka. Amanah jawatan TNC HEP bukan untuk menindas, tapi untuk membantu pelajar," jelas Abdul Basit.

Nota: Maklumat terkini mengenai kampus UPM, sila layari www.upmkini.blogspot.com

Friday, October 05, 2007

Aspirasi kalah di UTM, Kuala Lumpur

Intan Abdullah
harakahdaily
Fri | Oct 05, 07 | 8:02:40 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - Walaupun kumpulan Aspirasi berjaya di kebanyakan kampus dalam pilihan raya kampus (PRK) sesi 2007/2008 ini, mereka tewas di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Kuala Lumpur.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Aspirasi hanya memperolehi satu daripada lima kerusi yang dipertandingkan di kampus cawangan tersebut.

Walau bagaimanapun, Aspirasi masih menguasai kerusi-kerusi yang lain di kampus induk Skudai, Johor Bahru.

UTM terpaksa mengadakan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah berupa tiket penerbangan pergi balik Johor Bahru-Langkawi, kamera digital, pen parker dan pemain MP3 untuk menggalakkan mahasiswa kampus tersebut mengundi, kata sumber.

Bahkan para pensyarah juga diminta mengiringi mahasiswa mengundi, serta memperuntukkan masa yang secukupnya kepada mereka pada 2 Oktober lalu bagi membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab tersebut, katanya.

Pro mahasiswa menang 9 kerusi di UM

Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin
Harakahdaily
Fri | Oct 05, 07 | 8:22:54 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) – “Seluruh negara menunggu kita” - begitulah ungkapan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Prof Dr Mohd Nor Azrae sebelum mengumumkan keputusan pilihan raya kampus UM petang semalam.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.Image

Pilihan raya kampus (PRK) sesi 2007/2008 menyaksikan pro mahasiswa hanya memperolehi sembilan kerusi, berbanding 32 oleh Aspirasi.

Namun, keputusan tersebut memperbaiki rekod pro mahasiswa dalam PRK lalu dengan pertambahan empat kerusi.

Pro mahasiswa mendapat dua daripada sembilan kerusi umum dan mendapat kerusi percuma di Akademi Pengajian Islam, dan Fakulti Undang-undang.

Selain itu, di Fakulti Pergigian, Kejuruteraan dan Pusat Sukan, mereka hanya meperolehi satu kerusi di setiap fakulti tersebut.

UM antara kampus terakhir selain Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang Imagemengumumkan keputusan PRK selepas pengundian semula diadakan ekoran terdapat pengundi hantu di Kolej Kediaman ke-12 pada 2 Oktober lalu.

Proses pengundian berlangsung semula semalam dari jam 9 pagi sehingga 3 petang.

Selepas solat Asar, Dewan Tunku Canselor (DTC) menjadi tumpuan mahasiswa serta kakitangan universiti yang terlibat termasuk jawatankuasa pemantau, penyiasat serta Naib Canselor yang turun melihat proses penjumlahan undi.

Kira-kira 500 penyokong pro mahasiswa mengadakan perhimpunan sambil duduk bersila di pekarangan DTC sambil mengadakan sesi tazkirah dan berzikir. Image

Mereka kemudiannya masuk ke dalam DTC tersebut pada jam 6.30 petang bagi mendengar keputusan yang diumumkan, yang dimulai dengan nyanyian lagu universiti, 'Varsiti'.

DTC yang dipenuhi mahasiswa untuk sesi pengumuman gamat selepas diselangi sorakan kumpulan, apabila calon yang disokong mendapat kemenangan.

Ia berakhir pada jam 6.45 petang dengan perhimpunan aman kumpulan pro mahasiswa yang memberi taklimat dan kata-kata semangat kepada penyokong mereka yang telah bekerja keras.

Walau kalah, pro mahasiswa UM baiki pencapaian PRK lalu

Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin
harakahdaily
Fri | Oct 05, 07 | 8:57:22 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - 'Seluruh negara menunggu kita' begitulah ungkapan pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Prof Dr Mohd Nor Azrae sebelum mengumumkan keputusan pilihan raya kampus UM petang semalam.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

ImagePRK 2007/2008 menyaksikan pro mahasiswa hanya memperolehi 9 kerusi, berbanding Aspirasi yang berjaya mengatasi mereka dengan 32 kerusi.

Namun, keputusan tersebut memperbaiki rekod yang telah dicapai dalam PRK lalu dengan pertambahan sebanyak empat kerusi.

Pro mahasiswa mendapat dua daripada sembilan kerusi umum, manakala mendapat kerusi percuma di Akademi Pengajian Islam, dan Fakulti Undang-undang.

Selain itu, di Fakulti Pergigian, Kejuruteraan dan Pusat Sukan, mereka hanya meperolehi satu kerusi di setiap fakulti tersebut.

ImageUM merupakan antara kampus terakhir selain Universiti Malaysia Sabah yang mengumumkan keputusan PRK selepas pengundian semula diadakan ekoran terdapat pengundi hantu di Kolej Kediaman ke 12 pada 2 Oktober lalu.

Proses pembuangan undi berjalan semula pada 4 Oktober, semalam dari jam 9 pagi dan berakhir pada 3 petang.

Selepas menunaikan solat 'Asar, Dewan Tunku Canselor menjadi tumpuan mahasiswa serta kakitangan universiti yang terlibat termasuk jawatankuasa pemantau, penyiasat serta Naib Canselor yang turun melihat perkembangan perjalanan proses penjumlahan undi dijalankan.

Kira-kira 500 penyokong pro mahasiswa mengadakan perhimpunan sambil duduk bersila di perkarangan DTC sambil mengadakan sesi tazkirah dan berzikir.

ImageMereka kemudiannya masuk ke dalam DTC tersebut pada jam 6.30 petang bagi mendengar keputusan yang diumumkan, yang dimulai dengan nyanyian lagu universiti, 'Varsiti'.

DTC yang dipenuhi mahasiswa untuk sesi pengumuman gamat selepas diselangi sorakan kumpulan, apabila calon yang disokong mendapat kemenangan.

Ia berakhir pada jam 6.45 petang dengan perhimpunan aman kumpulan pro mahasiswa yang memberi taklimat dan kata-kata semangat kepada penyokong mereka yang telah bekerja keras atas hasil yang telah dicapai dalam PRK kali ini. - mks.

Thursday, October 04, 2007

Pengalaman dikejar kereta TNC HEPA dan geng 'Harimau Maut'

Ali Bukhari Amir
Thu | Oct 04, 07 | 8:07:16 am MYT

SERDANG, 4 Okt (Hrkh) - Tiada apa yang lebih mendebarkan Fatihah Imran (samaran) dan rakannya Hafizah Yahya (samaran) selain dari peristiwa dikejar sebuah kereta yang dipercayai milik TNC HEPA UPM pada malam sebelum pengundian PRK baru-baru ini.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

"Kereta itu adalah jenis Perdana V6, BHW 9870 yang kami yakini sebagai kereta milik pegawai tertinggi HEPA," kata Fatihah yang turut dikejap geng 'Harimau Maut' malam itu yang mungkin diupah khas oleh pihak tertentu dalam UPM ketika PRK.

Kumpulan itu, menurut beliau, adalah beberapa orang luar yang tidak dikenali beliau dan tiada perawakan sebagai pelajar UPM dan tidak kelihatan seperti orang berpendidikan.

Malam itu sekitar 1.00 pagi, Fatihah dan Hafizah bertugas bagi memastikan banner dan poster calon promahasiswa yang kebetulan rakan mereka sendiri, berada dalam keadaan baik di perhentian bas berhampiran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi itu.

"Sekitar 2.30 pagi seorang rakan menyuruh pulang kerana risaukan keselamatan kami. Ketika pulang dengan motor, di perhentian bas Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi itulah telah bermulanya kejar mengejar.

"Ada kereta kancil putih berhenti di situ dan agak mencurigakan. Ada banyak flyers kecil ditabur di situ. Rupa-rupanya ia berisi fitnah ke atas calon promahasiswa, Nur Amalina Mat Zahari daripada Fakulti Ekologi Manusia," kata Fatihah.

Ketika Hafiza mengutip flyers itu, Fatihah bertindak mengambil gambar kereta kancil putih di seberang jalan itu. Pada mulanya, pemandunya tidak menunjukkan reaksi apa-apa.

"Jadi, kami rasa ia tidak berbahaya ke atas kami. Tiba-tiba, pada masa itu Perdana V6, BHW 9870 lalu di situ dan mula memberi lampu tinggi pada saya yang berada di tepi jalan.

"Kami pulang sebab tak sedap hati. Dari jalan ke kampus utama UPM ke selekoh masjid, kami dapati Perdana V6 itu berhenti tepi jalan. Apabila kami lewat di situ, penumpang kereta tu, menjengah kepalanya melalui tingkap kereta untuk memerhatikan pergerakan kami.

"Rupa-rupanya, beliau adalah Pengetua KMR, Pensyarah Fakulti Ekonomi Pengurusan dan Ahli Jawatankuasa Naib Cancelor Bantahan Rayuan Pemilihan MPP. Terus mereka berundur dan kereta itu mula mengekori kami," jelas beliau.

Fatihah dan Hafizah seterusnya ingin menguji apakah benar mereka sedang diekori.

"Jadi, kami pusing pada bulatan selepas masjid itu hampir 3 kali. Terbukti, mereka ekori kami kerana Perdana V6 itu turut mengelilingi bulatan tersebut.

"Di bulatan itu, ada ketika kereta itu mengejar kami, kemudian kami pula membelakangi mereka. Apabila pening, kami pun masuk simpang menuju Kolej 10. Ketika inilah saya kirim SMS kepada rakan. Rakan saya memecut dan Perdana V6 itu masih ikuti motor kami dengan laju.

"Kemudian, kami dapati ada dua pemuda berbadan besar seperti bukan pelajar, wajah agak berusia dan seperti bukan orang berpendidikan turut mengekori kami bersama motor mereka. Wajah mereka kelihatan garang.

Fatihah berkata, dalam ketakutan beliau terus menguatkan semangat sambil membaca dengan nyaring beberapa ayat pelindung daripada Ma’thurat.

"Saya baca bismillahillazi la yadhurru ma'as mihi sayai'un fil ardhi wa la fis sama... syukur, ada semacam ketakutan terpalit di wajah mereka dan motor mereka semakin perlahan," ujarnya.

Hafizah kemudiannya membelok masuk ke Petronas kerana berasa lebih selamat berada di tempat yang ada ramai orang awam.

"Pada masa itu, hanya ada dua orang pekerja Petronas sahaja. Sementara tu, motor yang mengekori kami tadi telah berhenti dan menunggu kami di luar stesen minyak itu.

"Kereta Perdana V6 tadi terus ke jalan lain. Mungkin dia serahkan urusan kejar-mengejar itu kepada geng Harimau Maut. Kami hubungi rakan untuk bantuan. Kurang 5 minit, tiba-tiba dua buah kereta dan lebih kurang lima buah motor yang dipercayai geng Harimau Maut masuk Petronas itu. Pada ketika itulah rakan Muslimin kami tiba," kata Fatihah lagi.

Rakan Fatihah dan Hafizah kemudian memutuskan membuat pusingan terlebih dulu ke arah bulatan berdekatan masjid.

"Jadi, ketika kami keluar dari Petronas," katanya. "Motor-motor Harimau Maut itu ikut keluar sama dari arah bertentangan. Ketika itulah saya lihat dua pemuda berbadan besar tadi.

"Motor di belakang kami beri isyarat untuk ikut ke sebelah kami. Ketika menuju masjid sekali lagi, lima buah motor itu masih mengekori," kata beliau.

Akhirnya, kata Fatihah, mereka membuat pusingan, untuk menuju ke bulatan masjid.

"Pada waktu ini keadaan tidak tegang kerana kami ada sahabat metemani. Saya ambil kesempatan untuk ambil sekali lagi gambar budak-budak motor tadi.

"Rakan saya Razuan (samaran, ingin kembali ke Petronas bagi meninjau keadaan. Ketika itu situasi dah selamat apabila dua motor rakan tiba untuk melihat keadaan kami," kata Fatihah.

Fatihah dan Hafizah tiba ke rumah sewa sekitar 3:25 pagi diiringi rakan-rakan.

Di fikiran mereka dan rakan-rakan berlingkar dengan rencam soalan dan penuh berselirat teka-teki.

Siapakah orang luar (Harimau Maut) itu dan apa hubungannya dengan pihak universiti?

Sejauhmanakah akrabnya hubungan kumpulan tersebut dengan pihak tertentu dalam universiti?

Apa yang pasti, pandangan kelompok penulis HEP terbatal apabila mereka menyatakan siswi diperalatkan siswa untuk kerja-kerja merbahaya seperti aksi demonstrasi.

Buktinya terbatal pandangan itu ialah siswi diminta balik setelah lewat pagi kerana risaukan keselamatan mereka. Mereka turut diiring sehingga ke rumah untuk menjaga mereka daripada ancaman pihak luar.

Sebaliknya, siswi kian terdedah kepada ancaman pihak luar sehingga lewat 3:00 pagi. - mks.

Rasuah dalam PRK, pengundi UTM ditawar tiket Air Asia

Intan Abdullah
Harakahdaily
Thu | Oct 04, 07 | 10:49:31 am MYT

Tekanan pihak pentadbir kepada mahasiswa yang tidak menyokong Aspirasi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai bukan lagi rahsia. Beberapa persatuan aliran Islam telah diugut agar tidak menyertai PRK atau menghadapi tindakan persatuan mereka dibubarkan.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama, universiti mahu memastikan seramai mungkin mahasiswa turun mengundi. Mereka bimbang pelajar tidak ambil hirau lagi soal PRK dan ini akan memberikan imej yang buruk.

Jumaat lalu, 27 September, pihak universiti memberi taklimat kepada para pensyarah agar mereka memperuntukkan masa yang secukupnya kepada mahasiswa pada 2 Oktober untuk keluar mengundi

Malah pensyarah digalakkan untuk mengiringi mahasiswa ke pusat pengundian.

"Macamlah mahasiswa itu budak sekolah, kena iring pula," kata seorang pensyarah kanan.

"Kalau dah tekan mereka, apa pula nak minta turun mengundi beramai-ramai. Pelik sungguh."

Sebahagian pensyarah yang tidak senang dengan kejadian tersebut terutamanya apabila diminta mengiringi pelajar-pelajar mengundi.

Lebih melucukan, terbentang banner yang menawarkan cabutan bertuah kepada sesiapa yang mengundi. Antara hadiah ialah tiket penerbangan Air Asia pergi balik Johor Bharu ke Langkawi, kamera digital, pemain MP3, pen parker dan banyak lagi hadiah lain.

"Kalau mengundi, disuruh-suruh, sampai nak bagi hadiah. Tetapi calon bukan Aspirasi kena tekan kalau nak bertanding," tegas pensyarah itu lagi.

Dalam satu Bengkel Jabatan Dakwah anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar UTM, seorang pegawai kanan universiti telah meminta kata putus daripada peserta bengkel tersebut yang terdiri daripada pimpinan tertinggi persatuan-persatuan aliran Islam mengenai pembabitan mereka semasa PRK nanti.

Jika kumpulan selain Aspirasi ini tidak meletakkan pencalonan,ada pihak yang beranggapan bahawa ia merupakan usaha yang didalangi oleh pihak tertentu yang sengaja untuk mencipta situasi seolah-olah wujud pertandingan dua kumpulan yang berbeza, walhal ia adalah daripada kalangan mereka sendiri.

Oleh sebab itu, sumber membuat kesimpulan bahawa apa yang berlaku di peringkat awal adalah usaha terancang bagi memastikan tidak ada pihak 'lain' yang menjadi peserta dalam PRK 2 Oktober ini.

Manakala di sesetengah IPT, hampir semua bangunan serta tempat strategik dalam kampus dilengkapi dengan kamera litar tertutup atau cctv bagi memantau pergerakan warga kampus, lebih-lebih lagi menjelang PRK tidak lama lagi. - mks.

Naib Canselor UKM tawar kenalan jadi Prof bergaji RM168,000 sebulan

Harakahdaily
Thu | Oct 04, 07 | 12:02:55 pm MYT

BANGI, 4 Okt (Hrkh) - Belum reda kontroversi pelantikan Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof Dr Saran Kaur a/p Delio Singh, dari Pusat Bahasa dan Linguistik, mulai 1 September lalu, yang tidak dibuat secara telus dan terbuka mengikut tatacara dan prosedur Kementerian Pengajian Tinggi, kini Universiti Kebangsaan Malaysia gempar lagi.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Dalam perkembangan terbaru, Naib Canselor UKM, Prof Dato' Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, telah menawarkan jawatan Distinguished Profesor kepada Prof Dr Tan Hock Lim, seorang rakyat Malaysia, Profesor Paediatric Surgery, Universiti Adelaide, Australia dengan bayaran perkhidmatan RM8,064,000 selama 48 bulan, iaitu sebanyak RM168,000 sebulan.

Dr Tan juga akan diberikan dua permit import (AP) kereta bagi kegunaan peribadinya nanti. Ramai bertanya, "mengapa perlu sehingga dua AP?" Dr Tan kini menjadi profesor pelawat UKM dengan elaun RM4,000 sebulan, manakala kontraknya dengan Universiti Adelaide telahpun berakhir.

Difahamkan kebanyakan warga UKM, khususnya para pensyarah kanan, terutama di Fakulti Perubatan meragui kemampuan Dr Tan untuk memenuhi tanggungjawab menubuhkan Advanced Surgical Skills Center di Hospital UKM sehingga beliau diberi ganjaran yang begitu besar.

Mereka beranggapan, risiko kegagalan untuk mencapai target melalui kemasukan Dr Tan ke UKM cukup tinggi sedangkan RM8 wang rakyat telah dibelanjakan.

Peliknya, Dr Tan tidak pernah memohon jawatan berkenaan, sebaliknya Dr Sharifah Hapsah sendiri yang menawarkan kepada beliau, dan ini bercanggah dengan prosedur. Ia juga tidak dibawa ke dalam mesyuarat pengurusan universiti, badan yang mesti dirujuk sebelum keputusan-keputusan penting seperti berkaitan perlantikan jawatan strategik dan dasar universiti diputuskan.

"Kami bukan mahu memperkecilkan Dr Tan tetapi selama ini tidak pula kita dengar kehebatannya yang luar biasa sehingga perlu dibayar sebanyak itu," ujar seorang kakitangan senior UKM. "Dengan RM8 juta kita boleh lahirkan sehingga sembilan orang pakar bedah. Lagi pun beliau kini sedia berkhidmat dengan gaji RM4,000 sebulan, jadi apa perlu ditawar sesuatu yang tidak berbaloi dengan wang yang akan dibelanjakan?"

Malah Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Dato' Dr. Lokman Saim hanya dimaklumkan mengenai kes Dr Tan ini oleh Naib Canselor melalui SMS sahaja. Justeru, dalam satu mesyuarat fakulti berkenaan, ahli-ahli mesyuarat merakamkan rasa tidak puas hati mereka dengan tindakan Dr Sharifah Hapsah yang mengetepikan segala ketetapan asas yang wajib dipatuhi. Pakar-pakar bedah tempatan turut terasa demoralise.

Kini Dr Tan sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian Kewangan sebelum berkhidmat walaupun mengikut perjanjian beliau sepatutnya bertugas bermula dari 1 September 2007 sehingga 31 Ogos 2011. Khabarnya pihak Perbendaharaan sendiri mencurigai keupayaan Dr Tan untuk merealisasikan objektif UKM itu.

Rungutan terhadap stail pentadbiran Dr Sharifah Hapsah, yang dilihat hanya ghairah dengan perkara remeh-temeh dan bersifat luaran khususnya aspek keceriaan universiti, selain kecenderungannya untuk melantik staf wanita ke jawatan kanan walaupun tanpa memenuhi kriteria, hangat dibincangkan kakitangan UKM.

Menurut sumber, kes Dr Tan hanya satu daripada banyak kes lain. Dr Sharifah Hapsah dikatakan begitu teruja untuk meningkatkan ranking UKM sehingga sanggup membelanjakan ratusan ringgit membeli iklan dalam sebuah akhbar di London, 31 Ogos lalu. Kini tumpuannya ialah meletakkan UKM di tangga lebih tinggi dalam Times Higher Education Supplement, walaupun melalui publisiti murahan.

UKM menduduki tangga 175 dalam THES World University Ranking tahun 2006 dan tangga 56 dalam THES Ranking 2006 dalam bidang Perubatan dan Kesihatan, di samping menduduki tangga 62 dalam THES Ranking 2006 dalam bidang Sains.

"Saya perhatikan satu bentuk pentadbiran cara feudal sedang berlaku di UKM. Apa yang Naib Canselor mahukan mesti dapat walaupun ia bercanggah dengan prosedur," luahan hati seorang bekas pensyarah. "Jika ini berterusan, hasrat UKM untuk menjadi sebuah universiti penyelidikan tersohor dan universiti Apex bukan saja tidak kesampaian, malah tinggal mimpi."

Menurut satu laporan, ASSC yang akan ditubuhkan oleh Dr Tan nanti merupakan satu strategi untuk meningkatkan Hospital UKM sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan perubatan, latihan dan perkhidmatan pembedahan bertaraf dunia yang akan menerima pelatih dan pesakit dari luar negara. ASSC diharap bukan sahaja meningkatkan nama baik UKM bahkan membawa faedah ekonomi kepada negara melalui health tourisme.

* Bagi mempertingkatkan laman ini menjelang pilihan raya umum ke-12, kami amat mengalu-alukan sumbangan yang boleh disalur terus kepada akaun Maybank atas nama HARAKAHDAILY DOT COM (564070000336)

Sindrom kotor pilihan raya umum melanda politik kampus

Intan Abdullah
Harakahdaily
Thu | Oct 04, 07 | 3:27:05 pm MYT

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Hrkh) - Walaupun keputusan Pilihan raya Kampus 2007/2008 (PRK) telah diketahui, namun masih terdapat dua kampus iaitu Universiti Malaya dan Universiti Malaysia Sabah yang masih belum diumumkan.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Apa yang dikesali, laporan dalam Berita Harian semalam yang menyiarkan kenyataan Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ustaz Hamidon Abdul Hamid yang menyatakan bahawa kampus tersebut telah dimenangi oleh kumpulan Aspirasi sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Mantan MPP UIAM, Hanipa Maidin berkata kenyataan Hamidon tersebut seolah-olah tidak dapat menerima kekalahan Aspirasi seterusnya berusaha untuk membodek pihak kerajaan.

Mengulas tentang perjalanan PRK tahun ini, beliau membuat perbandingan yang katanya sangat ketara perbezaannya pada zaman beliau dengan masa sekarang yang begitu menekan dan tidak lagi bebas.

"PRK sudah jadi tersangat teruk kerana wujudnya arahan-arahan tertentu daripada luar kampus. Universiti tidak lagi bebas, kerana kakitangannya rela menjadi budak suruhan," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Hanipa yang juga merupakan AJK PAS Pusat berpandangan bahawa PRK begitu sinonim dengan pilihan raya umum yang akan datang.

"Sekiranya anda lihat keadaan seperti penamaan semula di UIAM, keganasan di UPM, pengundi hantu di UM, cctv mengawasi pelajar, maka hal demikian jugalah yang telah dan akan berlaku pada PRU nanti," jelasnya.

Ujarnya, senario yang berlaku ini menandakan kepincangan politik luar telah meresap masuk ke dalam universiti-universiti seterusnya dibudayakan kepada generasi intelek muda ini.

"UIAM akan mengikut perangai dan budaya Umno-BN, macam kembar siam," tegasnya lagi.

Hanipa yang juga seorang pengamal undang-undang berkata, apa yang terjadi dalam PRK adalah refleks daripada seluruh sistem demokrasi yang telah hancur seumpama kejadian 5 September di Batu Buruk.

Tegasnya, ini adalah berpunca daripada tindakan parti pemerintah yang menyalahgunakan kuasa dan jentera kerajaan untuk menghancurkan sistem demokrasi mengikut nafsu serakah mereka tanpa memikirkan kesannya pada generasi dan masa depan negara.

Tambahnya, kerajaan Umno-BN perlu menerima hakikat bahwa ramai pengundi yang tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi dalam PRU 12 adalah terdiri daripada generasi muda yang telah kecewa dengan sistem yang ada setelah melihat kepincangan yang berlaku dalam Institusi Pengajian Tinggi.

"Hal ini sangat merbahaya kerana ia akan mengambil undang-undang negara yang ada mengikut tafsiran sendiri," katanya lagi.

Mengulas mengenai kemungkinan MPP UIAM yang baru diisytiharkan menang ini akan berhadapan dengan masalah yang sama seperti kabinet yang lalu, Hanipa tidak menolak dakwaan itu.

"Aspirasi UIAM sekarang ini umpama singa yang sedang luka, dan biasanya ia semakin garang. Jadi mereka boleh melakukan apa sahaja," ujarnya.

Apapun, beliau berharap agar jangkaan tersebut tidak benar bahkan mereka akan mendapat kerjasama yang lebih baik dalam menjalankan aktiviti yang dirancangkan.

MPP UIAM sesi 2006/2007 telah digantung tanpa disahkan kabinetnya selama lebih empat bulan selepas diisytiharkan menang dalam PRK tanpa sebarang alasan yang kukuh.

Mereka juga tidak dibenarkan menggunakan bilik operasi persatuan serta dihalang daripda menjalankan sebarang program di kampus tersebut. - mks.

Wednesday, October 03, 2007

Pengundi hantu ditangkap, pengundian KK12 dibatalkan!

Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin
Harakahdaily
Wed | Oct 03, 07 | 10:49:39 am MYT

Proses pengundian di Kolej Kediaman ke-12 semalam kalut dan menimbulkan kegemparan apabila beberapa pengundi hantu dikesan sehingga pihak universiti terpaksa membuat keputusan bagi membatalkan pengundian di kolej berkenaan.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

ImageKejadian yang berlaku malam tadi dikatakan dikesan oleh beberapa pelajar yang berada di situ, apabila penuntut-penuntut program Asasi Sains dikesan cuba untuk membuang undi dengan menggunakan kad pengenalan.

Harakahdaily dimaklumkan bahawa, para pelajar Asasi Sains tidak dibenarkan mengundi dalam pilihan raya kampus.

Menyedari senario tersebut, beberapa mahasiswa telah menangkap 'pengundi hantu' ini dan telah membawa ke pengetahuan Timbalan Naib Cancelor (HEP) yang kemudiannya telah merujuk kepada Naib Cancelor UM yang akhirnya telah memanggil mesyuarat senat di awal pagi lalu membuat keputusan dengan membatalkan pengundian yang dilakukan di Kolej Kediaman Ke-12.

Pihak universiti telah memutuskan untuk mengadakan semula pengundian di kolej tersebut pada hari Khamis (esok) pada jam 9 pagi hingga 3 petang.

Ketika ini semua calon tidak dibenarkan menjalankan sebarang kempen, di samping peraturan asas pilihan raya tetap diguna pakai.

ImageHarakahdaily difahamkan, setakat ini keputusan pengundian secara tidak rasmi telah diketahui dan pihak universiti kini hanya menunggu keputusan daripada Kolej Kediaman Ke-12.

Sementara itu, kejadian yang berlaku ini, telah menimbulkan kegemparan di Dewan Tunku Canselor (DTC) yang menjadi pusat penjumlahan pengundian.

Sementara menunggu proses pengiraan dijalankan di Dewan Tunku Canselor (DTC) yang berakhir lewat jam 4 pagi, penyokong-penyokong kumpulan pro mahasiswa dan Aspirasi mengadakan perhimpunan.

Lebih 400 penyokong pro mahasiswa serta kumpulan Aspirasi bersorak serta melakukan aksi-aksi kebiasaan dilakukan dalam sebuah demonstrasi.

Image"Mereka pun dah pandai bersorak dan mencipta slogan untuk demonstrasi," ujar seorang penyokong pro mahasiswa mengulas aksi penyokong Aspirasi mahasiswa di pekarangan DTC pagi tadi.

Sungguhpun begitu, keadaan tersebut masih berada dalam kawalan pihak keselamatan universiti dan ia berlangsung dalam suasana yang tenteram.

Turut kelihatan beberapa 'mata-mata' yang ditugaskan untuk memantau kegiatan tersebut untuk dilaporkan kepada pihak atasan mereka. - mks.