Monday, September 24, 2007

MPP IPT dibubar, siswa ditampar!

Intan Abdullah
Harakahdaily
Mon | Sep 24, 07 | 12:41:30 pm MYT

Semboyan Pillihan Raya Kampus (PRK) telah berbunyi pada hari ini menandakan 'peperangan' akan meletus.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Hari ini secara rasminya semua kabinet Majlis Perwakilan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam telah dibubarkan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor dan Sekretariat Timbalan Naib Canselor, Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia yang memutuskan bahawa tarikh pembubaran MPP sesi lepas, 2006/2007 mula berkuatkuasa pada 24 September, hari ini.

Namun, permulaan kepada PRK 2007 ini dipenuhi dengan pelbagai insiden yang mencemari keharmonian menara gading, tempat menuntut ilmu dan menimba pengalaman berharga.

Insiden terbaru yang memalukan Universiti Malaya(UM) apabila Pengetua Kolej Kediaman Ketiga UM telah bertindak menampar seorang pelajar tahun ketiga Akademi Pengajian Islam UM, Wan Mohd Afifi Wan Zainuddin.

Kejadian berlaku pada 21 September lalu di Kolej Kediaman Ketiga apabila seorang ahli Pro-Mahasiswa mengambil gambar Pengetua berkenaan ketika beliau sedang menyoal siasat beberapa siswi lain yang dituduh menceroboh kolej berkenaan.

Kesemua siswi tersebut didakwa mengedar risalah haram, walaupun ia dinafikan mereka. Bengang apabila gambarnya dirakam, pengetua tersebut bingkas bangun untuk merampas kamera tersebut. Namun, Wan Afifi bertindak pantas menghalang hasrat pengetua tersebut.

"Situasi terus menjadi tegang apabila kemarahan Pengetua yang juga merupakan tenaga pengajar UM ini memuncak hanya kerana gambarnya dirakamkan, kemudian bertindak mencekik kolar baju seterusnya menampar muka saya" jelas Afifi kepada sumber

"Saya tidak menyangka sama sekali seorang yang berpendidikan tinggi sanggup bertindak sedemikian terhadap saya, yang hanya seorang penuntut," ujarnya lagi.

Sebelum ini, berlaku pelbagai insiden di UM, termasuk beberapa siswa diugut, dibuang kolej, dikasari serta dirampas barang-barang peribadi, komputer riba dan kamera.

Menurut sumber, kejadian memalukan ini menunjukkan bahawa pengetua kolej kediaman terlibat dalam taktik kotor pilihan raya dan mereka juga takut berhadapan dengan mahasiswa yang berani menuntut keadilan bagi mengembalikan PRK yang bersih dan adil.

UPM: Surat kepada Ibubapa dan siswa dibuang kolej

Sementara itu di Universiti Putra Malaysia, ibu bapa kepada ahli-ahli Persatuan Mahasiswa Islam UPM telah menerima sepucuk surat yang kononnya dihantar oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) cawangan UPM.

Antara kandungan surat tersebut menjelaskan," Tahniah kerana anak anda telah terpilih menganggotai Solidariti Mahasiswa Putra yakni gerakan pejuang berani mati."

Walau bagaimanapun, Timbalan Pengerusi SMP, Simon menafikan beliau menandatangani itu sambil mendakwa ia adalah angkara kumpulan lawan mereka iaitu Aspirasi.

Situasi UPM dalam 'mood' PRK kini terus dicemari dengan insiden yang menekan mahasiswa.

Terbaru, ahli-ahli PMIUPM yang dipanggil oleh pengetua kolej sebelum dibuang daripada kolej dengan alasan menyertai persatuan tersebut.

Menurut sumber, ia adalah rentetan daripada proses 'pembersihan' ahli-ahli PMIUPM daripada terus menginap di dalam kolej walaupun tidak ada bukti yang jelas. - mns

No comments: