Saturday, September 29, 2007

Dr Wahid Samsudin langgar arahan Naib Canselor UKM

Intan Abdullah
Harakahdaily
Sat | Sep 29, 07 | 11:34:40 am MYT

Di Universiti Kebangsaan Malaysia, kempen calon Pro-Mahasiswa di kolej-kolej kediaman tertentu seperti Kolej Ibrahim Yaakob dan Kolej DatoĆ¢€™ Onn dihalang dengan secara kekerasan oleh Jawatankuasa Kebajikan Siswa-siswi (Jaksa) bersama kumpulan Aspirasi sehingga menimbulkan kekecohan pada malam 27 September 2007.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Walhal sebelum ini, Naib Canselor UKM, Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin telah mengarahkan kepada pentadbir kolej untuk tidak campur tangan dalam pilihan raya kampus, bagi memberi ruang berkempen yang sama rata untuk semua calon.

Namun, pada 27 September lalu, di Kolej Ibu Zain, jam 9.30 malam, TNC HEP, Dr Mohd Wahid Samsudin mengadakan mensyuarat tergempar dengan semua pengetua kolej bagi membatalkan arahan tersebut dan beliau secara terbuka mengarahkan semua pengetua untuk berkempen buat calon-calon Aspirasi, dan menekan kumpulan Pro-Mahasiswa.

Majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo di dewan kuliah Bestari, 27 September digunakan sepenuhnya untuk berkempen calon Aspirasi.

Dr Wahid juga membuka ruang seluas-luasnya kepada pemimpin Umno Kelantan (misalnya Mustapa Mohamad, Anuar Musa, Fatmi Che Salleh dan Sazmi Miah) untuk bertemu mahasiswa dari negeri itu dalam beberapa perjumpaan khas, yang diperalatkan untuk kempen pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun, kumpulan Aspirasi di UKM juga berpecah dua, satu berkiblatkan Dr Wahid, dan satu lagi di bawah pengaruh Dr Muhamad Hussin. Salahguna kuasa dan penyelewengan besar berlaku apabila pegawai-pegawai kanan universiti bertindak sebagai jurukempen buat Aspirasi sedangkan mereka sepatutnya bersikap berkecuali dan membiarkan semua calon mendapat hak sama untuk berkempen.

No comments: