Wednesday, August 29, 2007

TV Indonesia ulas 'politik diam' mahasiswa Malaysia

harakahdaily, 28 ogos 2007

Intan Abdullah
Tue | Aug 28, 07 | 06:57:04 PM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Hrkh) - Sebuah stesen penyiaran tv di Indonesia, Metro TV telah menjadikan politik kampus Malaysia sebagai topik perbincangan.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Rencana dalam ruangan Metro Kampus bertajuk "Politik Diam Mahasiswa Malaysia" yang ditayangkan dalam masa lebih lima minit itu antara lain memuatkan perbandingan kebebasan berpolitik di kalangan mahasiswa Malaysia dengan Indonesia termasuklah aktiviti yang dijalankan oleh mereka.

Selain itu, Metro TV turut memberikan penekanan terhadap faktor penyebab mundurnya kematangan politik mahasiswa Malaysia yang antara lain mendedahkan sikap tidak terbuka kerajaan yang mengenakan pelbagai tindakan undang-undang bagi mengekang aktivisme politik kampus daripada berkembang subur.

Untuk mengikuti siaran rencana ringkas tersebut sila layari alamat laman tersebut di http://youtube.com/watch?v=dSRxXsRpb1g.

Monday, August 27, 2007

Menteri tidak peka - Mahasiswa kesal dengan Mustapa Mohamed

Harakahdaily, 27 ogos 2007

Intan Abdullah
Mon | Aug 27, 07 | 06:17:50 PM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Hrkh) - Mahasiswa terus bangkit menyatakan kekecewaan mereka terhadap layanan dan sikap yang ditunjukkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Mohamad berhubung isu pilihan raya kampus (PRK).

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Mustapa sebelum ini dikatakan pernah menjemput mahasiswa untuk berbincang, kini seolah-olah tidak serius mendengar pandangan dan kritikan mahasiswa.

"Buktinya, mereka hanya menghantar pegawai khas kepada menteri berkenaan iaitu Ahmad Ikmal, untuk mengambil dan menguruskan isu ini walaupun saban tahun kami menyuarakannya," ujar Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Syiekh Omar b. Ali

"Adakah ini bermakna bahawa beliau tidak serius mendengar pandangan kami atau isu ini dirasakan sebagai suatu isu yang tidak penting dan serius kepadanya?" soalnya.

Syeikh Omar berkata, mahasiswa berasa terpanggil untuk bertanggungjawab dalam soal keadilan kampus ditambah lagi terdapat bukti yang menunjukkan bahawa ada unsur campur tangan pihak tertentu dalam perjalanan pilihan raya yang menjadikannya berat sebelah.

"Sungguhpun pelbagai usaha telah cuba dijalankan oleh SMM termasuk menghantar wakil untuk berdialog dan bersemuka dengan KPT, namun setakat ini masih belum ada suatu jawapan yang konkrit," nyata beliau yang kesal dengan respon Mustapa.

"Kami mahu penjelasan, bukan penangguhan dan penelitian lagi. Cukuplah beberapa tahun yang lalu," tegasnya.

Atas kesedaran ini, lebih 1,000 mahasiswa telah berarak bagi menyerahkan memorandum menuntut PRK yang bersih dan adil daripada Masjid Negara menuju ke pejabat Suhakam pada 24 Ogos lalu.

Berhubung pandangan Menteri yang menyatakan bahawa hanya sebilangan kecil mahasiswa yang membuat protes dan tidak semua yang terlibat, SMM merasakan ini adalah kesan daripada Akta Universiti dan Kolej Universiti yang mencengkam mahasiswa daripada mencerna keberanian dan idealisme yang membentuk pemikiran agar lebih kritis.

SMM berpendapat senario keruntuhan akhlak kini memperlihatkan mahasiswa sudah tidak mempedulikan isu keadilan kampus lantaran minda mereka telah didominasi dengan budaya berhibur secara berlebihan.

Apa yang menyedihkan ujarnya, mahasiswa yang menunjukkan keprihatinan mereka terhadap isu berkaitan dengan keadilan dan demokrasi di kampus ini ditekan dengan ugutan dan kecaman oleh pihak Hal Ehwal Pelajar.

Sempena Kemerdekaan ke-50, mahasiswa berharap kemerdekaan di kampus dapat diperbaiki.

Diskriminasi untuk kepentingan Umno

Sementara itu, kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai We Unite For Islam (Wufi) di Universiti Islam Antarabangsa pula terkilan dengan sikap diskriminasi atau double standard, yang ditunjukkan oleh pentadbiran baru di bawah kepimpinan rektor, Prof Syed Arabi Idid yang lebih mirip kepada pendekatan politik kepartian berbanding rektor sebelum ini iaitu Prof Kamal Hasan selepas terlalu banyak perubahan drastik yang dilakukan sehinggakan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan mahasiswa mahupun staf universiti.

Pernyataan demikian dibuat Wufi, ekoran tindakan penggantungan operasi selama satu semester sebuah kelab dakwah atas dakwaan kelab tersebut telah mendapat sokongan dan suntikan dana daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Walaupun setakat ini tiada sebarang bukti yang mengaitkan kelab tersebut dengan parti politik itu, pihak Divisi Pembangunan Pelajar UIAM, memberikan arahan secara lisan tanpa bertulis untuk menggantung operasi kelab.

Menurut Jurucakap Wufi, Ahmad Fawwaz Abd Aziz jika dibandingkan dengan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan UIAM yang dikatakan mendapat layanan kelas pertama oleh pihak pentadbiran mahupun rektor sendiri dan operasi persatuan ini juga, disalah gunakan oleh juak-juak UMNO di UIAM.

"GPMS menafikan hak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM untuk menghadiri aktiviti-aktiviti luar MPP UIAM sendiri. Pihak pentadbiran memberikan aktiviti tersebut kepada pihak GPMS dan memaksa mereka mengaku bahawa AJK GPMS adalah Exco MPP. Pihak WufiI menyedari bahawa GPMS diperkudakan oleh Umno untuk bertapak di UIAM," tegasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Walaupun GPMS merupakan satu badan pelajar Melayu yang ditubuhkan khusus untuk membantu pelajar-pelajar sekolah dalam pendidikan, tetapi banyak programnya menjurus ke arah nasionalis dan perkauman sempit yang bertentangan dengan prinsip UIAM yang mengamalkan dasar ummah sejagat kepada setiap program-program yang dianjurkan oleh mahasiswa.

Yang Di Pertua GPMS UIAM sendiri telah menjadikan organisasi tersebut sebagai 'kambing hitam' Umno, yang kerap kali menganjurkan program dengan menjemput wakil Umno untuk mengisi slot-slot bersama mahasiswa seperti program Baktisiswa di Rawang yang melibatkan Ketua Wanita UMNO Bahagian untuk bersama dengan mahasiswa di samping menggunakan nama Kursus Asas Fasilitator sebagai nama samaran bagi kursus 'group binding' kumpulan Aspirasi Umno.

"Kami percaya bahawa GPMS mendapat sokongan penuh daripada Presiden GPMS Pusat, Rektor dan beberapa staf UIAM, pegawai JASA dan alumni aspirasi UIAM. Mereka juga cuba untuk mewujudkan jaringan bersama pihak gerakan mahasiswa Islam yang lain, Kolej Islam Antarabangsa, Pusat Asasi UIAM dan UIAM kampus Kuantan," ujarnya lagi.

Wufi dalam kenyataan tersebut juga mencabar pentadbiran UIAM agar membubarkan GPMS di UIAM kerana mengamalkan politik perkauman dan melanggar beberapa polisi universiti. Pihak pentadbiran seharusnya bersikap akauntabiliti dan telus dalam aspek tindakan tatatertib dan pengurusan mahasiswa.

"Kami jamin sekiranya tiada tindakan yang diambil oleh pentadbiran universiti berhubung hal ini, maka pihak kami tidak akan teragak-agak membongkarkan isu-isu yang melibatkan salah guna kuasa, penyelewengan dana UIAM dan lebih teruk daripada iaitu, pihak pentadbiran yang kini sudah berani menzahirkan figura-figura Umno di kampus," tegasnya memberi amaran kepada pentadbiran UIAM. - mr

Friday, August 24, 2007

SSM serah memorandum pada Suhakam tuntut pilihan raya kampus adil dan bersih

harakahdaily, 24 ogos 2007

Intan Abdullah
Fri | Aug 24, 07 | 06:21:16 PM

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Hrkh) - Laungan keramat 'Merdeka Mahasiswa' bergema kali ini di Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tepat jam 3 petang tadi.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Selesai menunaikan solat Jumaat, lebih 1,000 mahasiswa berarak bagi menyerahkan memorandum menuntut Pilihan raya Kampus (PRK) yang bersih dan adil daripada Masjid Negara menuju ke pejabat Suhakam.

Perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) yang dianggotai oleh beberapa front mahasiswa iaitu Dema, Umany, Gamis, PKPIM, Gabungan Anak Muda dan Pelajar Jerit melibatkan beberapa buah institusi pengajian tinggi awam iaitu Univeristi Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Univeristi Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia sambil membawa kain rentang 'Merdeka Mahasiswa' sepanjang tiga meter dengan slogan 'Bebaskan kampus dari Penjajahan HEP dan Sistem Pilihan raya Kuku Besi' serta sepanduk 'Student Independent Day From Auku'.

Mereka yang berjalan dengan melambai-lambaikan bendera Malaysia sambil dikawal dengan baik oleh pihak polis dan pasukan polis trafik Kuala Lumpur turut mendapat perhatian yang meluas daripada pihak media.

Seperti yang dijanjikan, pihak Suhakam menyambut kedatangan enam wakil SMM dalam sesi perbincangan ringkas bersama Pesuruhjaya Suhakam, Dato' Siva Subramaniam mengenai memorandum yang dikemukakan.

"Saya percaya sistem melantik pengawas sekolah lebih adil daripada sistem pilihan raya kampus," ujar Dato' Siva Subramaniam dalam sesi soal jawab bersama mahasiswa tersebut.

"Jangan label mereka sebagai proaspirasi kerajaan atau propembangkang. Ini akan memecah-belahkan perpaduan masyarakat kampus yang hidup harmoni," kata Siva memberi amaran kepada mana-mana pihak yang berniat untuk memecah belahkan perpaduan mahasiswa.

Beliau turut mengulas tindakan pihak yang cuba merosakkan kesatuan mahasiswa, dengan menyatakan bahawa tidak guna menjadi orang politik jika tidak mengotakan apa yang dikatakan serta mengabaikan aspek perpaduan .

SMM dalam memorandumnya kepada Suhakam menuntut agar badan itu dapat bertindak sebagai pemantau dan pemerhati bebas kepada perjalanan pilihan raya kampus yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Sejak 2005 kami tidak jemu-jemu datang ke Suhakam kerana kami masih menaruh keyakinan dan kepercayaan terhadap kewibawaan Suhakam bagi memastikan pilihan raya kampus dapat berlangsung secara adil dan bersih," kata Pengerusi SMM, Syeikh Omar Ali.

Siva pula dalam jawapannya kepada SMM menjelaskan bahawa Suhakam tidak duduk diam selepas menerima aduan yang telah dikemukakan oleh kumpulan mahasiswa sebelum ini.

Jelasnya, pada 5 September tahun lalu, beliau telah mengemukakan beberapa tuntutan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Mohamed yang membabitkan kajian semula terhadap seksyen 15 dan 16 Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.

Beliau menerangkan bahawa Suhakam telah menerima beberapa pandangan daripada kalangan mahasiswa IPTA mengenai beberapa peruntukan yang melanggar hak asasi manusia.

Antara enam perkara yang telah diklasifikasikan ialah seksyen 15, 15(c), 15(d), seksyen 16, pilihan raya kampus dan surat akujanji.

Suhakam berpendapat, perkara-perkara ini harus dikaji semula kerana terdapat beberapa seksyen yang menyekat mahasiswa bersuara dan berhimpun secara aman.

"Ini adalah kerana kami berpendirian bahawa hal ini akan memberi kesan yang negatif kepada perkembangan minda mahasiswa yang seharusnya lebih analitikal dan responsif kepada isu semasa yang berlaku," katanya tegas.

Beliau tidak menafikan bahawa terdapat beberapa peraturan pada era kepimpinan Perdana Menteri sebelum ini sudah tidak lagi relevan sekarang sesuai dengan peranan mahasiswa masa kini.

"Mereka mempunyai tanggungjawab bagi menyuarakan kesilapan dan kecacatan apatah lagi pandangan bagi memperbaiki keadaan sistem yang dijalankan," tambahnya lagi.

Beliau menyambut baik kedatangan mahasiswa ke Suhakam sebagai tanda tanggungjawab mereka terhadap kampus yang didiami.

Dalam sesi perbincangan selama setengah jam itu, beliau menjelaskan bahawa Suhakam tidak dibenarkan untuk masuk ke kampus oleh pihak pengurusan universiti bagi memantau perjalanan pilihan raya

"Namun begitu, kami menggunakan mekanisme tersendiri bagi memastikan kami mendapat maklumat secukupnya mengenai apa yang berlaku bagi menjalankan analisis," katanya.

Sementara itu, Siva turut mengucapkan terima kasih dan merakamkan setinggi penghargaan kepada universiti yang mengambil tindakan tidak membenarkan parti Umno berkempen sambil mengakui bahawa terdapat campur tangan parti politik sepanjang berlangsungnya pilihan raya kampus sebelum ini.

Walau bagaimanapun, beliau sangat optimis bahawa beberapa perubahan akan dibuat selepas ini oleh pihak KPT dan berjanji akan menyampaikan tuntutan mahasiswa ini kepada Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abdul Mutalib selepas ini untuk tindakan selanjutnya.

Ketika berucap kepada mahasiswa yang berhimpun di perkarangan pejabat Suhakam, Siva juga mengucapkan terima kasih kepada pihak polis dan keselamatan yang membantu mengawal perarakan dari Masjid Negara ke Suhakam serta membenarkan mahasiswa mengadakan perhimpunan aman.

Perhimpunan tersebut diakhiri pada jam 4 petang dengan seluruh mahasiswa menandatangani banner Merdeka Mahasiswa dan laungan "Merdeka Mahasiswa". - mns

Thursday, August 23, 2007

Tuntut keadilan di kampus, mahasiswa berarak ke Suhakam esok

harakahdaily, 23 ogos 2007

Intan Abdullah
Thu | Aug 23, 07 | 02:02:56 PM

KUALA LUMPUR, 23 Ogos(Hrkh) - Selepas penyerahan memorandum tuntutan pilihan raya kampus yang bersih dan adil kepada Menteri Pengajian Tinggi di Putrajaya baru-baru ini, mahasiswa merancang untuk melakukan tindakan yang sama pula kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengadakan perarakan Merdeka Mahasiswa dari Masjid Negara menuju ke Suhakam untuk menyerahkan memorandum kepada Suhakam berhubung isu terbabit selepas menunaikan solat Jumaat, 24 Ogos ini.

Mereka akan berhimpun di perkarangan Masjid Negara pada jam 2.15 petang.

Orang ramai dijemput hadir sebagai tanda sokongan kepada tuntutan tersebut. - mr

Wednesday, August 22, 2007

Bapa kesal UiTM anjur konsert hotlink di kampus

harakahdaily, 22 ogos 2007

Bapa Perihatin
Wed | Aug 22, 07 | 04:47:00 PM

Assalamualaikum..

SAYA merasa terpanggil sebagai seorang bapa untuk memberi pandangan saya mengenai Konsert HOTLINK 8TV Youth Tour , UiTM Shah Alam yang lalu.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Pertama sekali saya merasa amat kecewa dengan artikel yang dikeluarkan di ruangan Mahasiswa pada keluaran yang lepas kerana bagi saya UiTM adalah salah satu institusi pengajian tinggi yang disegani dan telah banyak melahirkan graduan profesional bumiputera.Tambahan pula kebanyakan pelajar dan stafnya adalah orang melayu yang beragama Islam seagama dengan saya .

Saya juga telah menghantar anak saya semasa pendaftaran pelajar baru Julai 2007 tempoh hari. Namun selepas membaca artikel tersebut saya terus menelefon anak saya bagi mengesahkan perkara tersebut.Tapi malangnya jawapan yang saya terima, " ya, betul ayah, kat UiTM ni kalau ada program-program sambutan yang besar-besar kalau takde konsert tak sah, dan ia dah jadi budaya di sini".

Kenyataan ini telah menyebabkan saya semakin hilang keyakinan terhadap UiTM untuk mendidik anak saya menjadi insan yang cemerlang di dunia dan apatah lagi akhirat. Sepatutnya, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi atau Gedung Ilmu, perkara-perkara seperti itu tidak sewajarnya berlaku.

Bagi saya, ilmu itu adalah Nur atau cahaya dan cahaya itu tidak akan masuk ke dalam hati yang telah gelap akibat maksiat yang dilakukan. Jadi tidak wajar budaya hiburan seperti ini diasuh oleh Institusi Pengajian tinggi bukan sahaja UiTM malah semua Institusi pengajian tinggi yang lain.

Baru-baru ini pula Perkampungan Hadhari telah diadakan pada 17 dan 18 Ogos yang berlangsung di UiTM Shah Alam. Dan anak saya memaklumkan bahawa semua mahasiswa baru wajib terlibat dalam program tersebut.

Persoalan yang saya ingin timbulkan di sini ialah bagaimana pihak UITM boleh mengadakan Konsert HOTLINK yang lebih menggalakkan mahasiswa ke arah budaya hiburan melampau kemudian menganjurkan pula perkampungan Hadhari yang bertujuan mengajak ke arah kebaikan. Kedua-dua elemen yang berbeza mahu diterapkan kepada mahasiswa UiTM .Saya melihat apa yang dilakukan ini seolah-olah ingin mengelirukan masyarakat kampus ataupun mungkin ia satu usaha untuk mempolitikkan kampus dengan program-program yang seringkali menjadi rutin kerajaan Barisan Nasional di luar sana.

Harapan saya agar perkara ini dapat diambil tindakan yang serius oleh pihak pengurusan UiTM .

Bapa perihatin



Wed Aug 22, 2007 9:14 am

"kelabu asap"
kelabu234@...
Send Email Send Email

Wednesday, August 15, 2007

Kepimpinan bukan bermula di kampus, Kamarudin sangkal Naib Canselor UM

Harakahdaily, 15 ogos 2007

Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Aug 15, 07 | 08:53:17 AM

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Hrkh) - Pendirian Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Dato' Dr Rafiah Salim bahawa melahirkan kepimpinan bukanlah bermula di kampus disangkal oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Menurut Kamarudin, kenyataan Rafiah itu kurang tepat kerana kebanyakan kepimpinan negara yang ada hari ini adalah lahir dari suasana kampus yang benar-benar terbuka dan bebas satu masa dahulu.

Meskipun melahirkan kepimpinan tidak semestinya dari kalangan mereka yang berdemonstrasi dan berpidato tetapi suasana penyuburan demokrasi di kampus adalah faktor penting menuju ke arah pembinaan insan bernama pemimpin, katanya.

Beliau berkata demikian semalam ketika mengulas pandangan Dr Rafiah berhubung isu kebebasan kampus setelah NC UM itu dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berpendirian melahirkan pemimpin bukanlah bermula di kampus sahaja.

Rafiah dilaporkan sebagai berkata, ada kepimpinan hari ini adalah di kalangan mereka yang bukan warga kampus.

Sambil tidak menafikan bahawa ada kempimpinan yang bukan lahir di kampus tetapi beliau meletakkan bahawa ramai di kalangan kepimpinan negara hari ini termasuk Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah mereka yang pernah mengalami proses kepemimpinan di kampus.

Untuk menyatakan bahawa keterbukaan kampus bukan faktor kepada penyuburan demokrasi yang melahirkan kepimpinan ianya adalah salah, katanya.

Jika dahulu ruang demokrasi di kampus dibuka seluasnya kepada mahasiswa dan ahli akademik untuk berforum, berpidato dan mengkritik kerajaan semata-mata untuk melihat proses melahirkan kepimpinan terus berjalan, katanya.

Malangnya kini demokrasi kampus ditutup oleh pentadbirnya dengan campur tangan oleh parti kerajaan yang memerintah sekaligus melahirkan mahasiswa yang tidak berpengetahuan luas termasuk soal politik, ekonomi dan keadaan semasa, katanya.

Justeru itu sebagai Naib Canselor yang baik, Dr Rafiah perlu mengamalkan urus tadbir universiti dengan baik seperti mana saranan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah dalam satu program di UM baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Raja Dr Nazrin bertitah, semua pihak perlu menetapkan minda dan pandangan mengenai tadbir urus baik sekiranya mahu sistem itu direalisasikan di Malaysia.

Baginda bertitah, dengan pemahaman umum bahawa tadbir urus baik merupakan proses yang cekap, berkesan dan beretika, maka proses perubahan ke arah sistem itu yang telah pun bermula boleh dipercepatkan.

Untuk berbuat demikian, titah baginda, ketelusan dan keterbukaan perlu wujud dengan menggalakkan aliran maklumat yang bebas serta mudah diperolehi agar masyarakat boleh membuat keputusan yang bijak dan mengurangkan kejadian salah guna kuasa.

Oleh itu, titah baginda lagi, negara ini perlu terus bergerak ke arah sistem tadbir urus yang semakin terbuka.

Menurutnya, pembasmian kerenah dan prosedur birokrasi boleh membantu mengurangkan kos ekonomi yang tinggi dan menghalang sebarang peluang bagi bayaran haram.

"Bilangan perundangan, permit dan lesen mesti dikurangkan. Proses tender perlu dijadikan lebih berdaya saing dan telus. Pembekal maklumat perlu dilindungi daripada tindak balas mereka yang diadu.

"Langkah-langkah ini boleh membantu mengurangkan peluang bagi rasuah," titah baginda ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa ‘Cabaran-Cabaran Pendemokrasian dan Tadbir Urus Baik dalam Sektor Awam Malaysia’ di Universiti Malaya 13 Ogos lalu.

Persidangan dua hari anjuran Universiti Malaya (UM) dan Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (Inpuma) itu turut dihadiri Naib Canselor UM, Rafiah Salim dan Pengerusi Lembaga Pengarah UM, Tan Sri Arshad Ayub.

Raja Nazrin Shah bertitah, tadbir urus baik turut memerlukan sifat bertanggungjawab oleh mereka yang memegang kuasa.

Titahnya, walaupun pegawai awam perlu diberikan kuasa yang secukupnya untuk menyalurkan tadbir urus yang baik, namun perlu ada halangan yang berkesan ke atas kuasa itu agar kepentingan awam dipenuhi, bukan 'kepentingan khas'.

"Kepentingan kebebasan kehakiman dan pengasingan kuasa yang rasmi antara cabang kerajaan yang berlainan tidak boleh diketepikan," titahnya.

Baginda bertitah, tadbir urus baik turut melibatkan penyertaan awam yang aktif dan berleluasa kerana masyarakat kini semakin berpendidikan, canggih dan lengkap.

Titah Raja Nazrin Shah, masyarakat kini mengalu-alukan dan menghargai kerajaan yang mudah didekati serta boleh dirunding, kerajaan yang memberi petunjuk dan bukannya mengarah.

"Oleh itu, adalah logik bagi gesaan ke arah tadbir urus baik diiringi gesaan bagi pendemokrasian yang lebih hebat kerana mereka berhubung kait walaupun berbeza dari segi konsep," titahnya.

Demokrasi, titah baginda, memberikan saluran kepada pelbagai pihak memberi suara mengenai cara mereka mahu ditadbir, iaitu kerajaan dengan keizinan.

"Proses pendemokrasian juga perlu mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Penyertaan mereka perlu digalakkan ke tahap mereka membantu institusi kuasa untuk berfungsi dengan lebih baik," titah Raja Nazrin Shah. - mks.

Monday, August 13, 2007

Laungan 'student power' bergema di Putrajaya

Harakahdaily, 13 ogos 2007

Oleh Intan Abdullah
Mon | Aug 13, 07 | 01:07:22 PM

PUTRAJAYA, 13 Ogos (Hrkh) - Laungan 'Student Power' bergema lagi buat kali keempat dan kali ini ia dilaungkan di parcel E, Putrajaya.

Hampir 1,000 mahasiswa daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di sekitar lembah Klang, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia hadir di perkarangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) selepas selesai menunaikan solat Jumaat, untuk bertemu dengan Menteri KPT, Dato' Mustapa Mohamed bagi menuntut pilihan raya kampus yang bersih dan adil yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.

Solidariti Mahasiswa Malaysia pada 10 Ogos yang lalu, telah menghantar satu memorandum mahasiswa Menuntut Kebebasan dan Keadilan dalam proses perlaksanaan Pilihan raya kampus bagi tahun ini.

Namun begitu, mereka gagal bertemu dengan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Mohamed tetapi pihak KPT hanya menghantar wakilnya iaitu pegawai Khas kepada Menteri tersebut, Ahmad Ikmal Ismail yang juga merupakan exco Pemuda Umno.

Sebelum ini, SMM juga mendesak untuk bertemu dengan menteri sendiri, tetapi mereka hampa kerana KPT hanya menghantar 'ikan bilis' mereka untuk menyelesaikan hal ini.

Bahkan, bagi pihak menteri, Ahmad Ikmal membenarkan kumpulan mahasiswa ini untuk datang sekali lagi dan beliau berjanji akan menyediakan makanan yang lazat serta ruang perbincangan yang lebih selesa tanpa perlu duduk di atas kaki lima di hadapan pintu masuk kementerian itu.

Namun begitu, pelawaan beliau tersebut ditempelak oleh SMM bahawa mereka tidak memerlukan layanan seperti yang ditawarkan bahkan menurut SMM mereka telah cukup kecewa dan terguris dengan sikap serta tindakan KPT terhadap demokrasi yang kini telah mati.

"Mahasiswa tidak perlukan kemewahan dan keselesaan, tetapi apa yang kami mahukan ialah kembalikan semula demokrasi di kampus," tegas Pengerusi SMM, Syeikh Omar sebagai respon kepada wakil KPT yang berjanji akan menyediakan makanan dan tempat perbincangan

"Meskipun wakil KPT tadi berkata beliau terguris dengan tindakan kami mengadakan perhimpunan di hadapan kementerian ini, tetapi ingin dijelaskan di sini bahawa kami telahpun lama terguris sejak tiga sesi yang lepas, kami sangat kecewa dengan layanan yang telah diberikan oleh pihak KPT," tegasnya lagi setelah selesai pertemuan dengan Ahmad Ikmal yang menyatakan rasa kesal dengan tindakan mahasiswa yang berkumpul di hadapan bangunan kementerian tersebut secara berbondong-bondong

Walaupun Ahmad Ikmal meminta agar SMM memperincikan aduan yang telah dikemukakan kepada beliau, SMM pula menuntut agar pihak KPT dapat turun sendiri ke kampus bagi menyiasat dakwaan SMM tersebut

Dalam perhimpunan tersebut juga, SMM mengadakan pelancaran kain rentang 'Mahasiswa Menuntut PRK bersih dan adil' dengan motif seorang pesalah yang dihukum gantung dengan label padanya, 'Auku - Kampus mati'.

Sementara menanti perbincangan antara pihak SMM dengan KPT selesai, mereka sempat menyanyikan lagu 'student power' dan ucapan wakil pelbagai pertubuhan mahasiswa bagi mengisi masa tersebut, sambil diperhatikan oleh beberapa orang pegawai keselamatan dan kakitangan KPT.

Kelibat serta laungan mereka turut menarik perhatian pegawai-pegawai polis bertugas yang meminta agar mahasiswa menurunkan semua sepanduk dan kain rentang yang dibawa.

Sepanduk-sepanduk dan kain rentang yang dibawa dengan slogan-slogan 'Mansuhkan Auku', 'HEP jangan campurtangan', 'mahasiswa bukan boneka', 'Mahasiswa tuntut PRK adil', ' mahasiswa bergotong royong menegakkan demokrasi' dalam pelbagai bahasa.

Perhimpunan yang bermula pada 2.30 petang diakhiri dengan nyanyian lagu 'student power' pada jam 4.45 petang.

Ia adalah anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan disokong oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(Gamis), Malaysia Youth and Students Democratic Movement (Dema), Forum Lorong Tengah (For - Lot), Gabungan Anak muda dan Pelajar (Gamp), Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Univesity Malaya Association of New Youth(Umany), Food Not Bomb (FNB) dan Jawatankuasa Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. - mks.



Thursday, August 02, 2007

Dr Azly sepatutnya di penjara, bukan universiti!

Detikdaily, 2 ogos 2007

Oleh Lee Ban Chen

DI BAWAH inisiatif dua orang intelektual tersohor dan bekas profesor di Universiti Malaya (UM), Dr Syed Husin Ali dan Dr Lim Teck Ghee, suatu kempen mansuhkan Akujanji Universiti telah dilancarkan baru-baru ini.

Dalam kempen tersebut, suatu petisyen yang ditandatangani oleh 40 profesor/bekas profesor serta pensyarah universiti telah dihantar kepada kerajaan mendesak agar Akujanji Universiti dimansuhkan dan mereka yang telah dipecat kerana enggan menandatangai Akujanji terbabit, termasuk Dr Azly Rahman dan Dr Mutiara Mohamad hendaklah diambil bertugas semula.

Petisyen tersebut menyifatkan ikrar taat setia itu sebagai satu hadangan terhadap perkembangan sihat universiti, kerana ianya menghakis hak asasi kebebasan untuk berpersatuan dan bersuara yang amat penting untuk dilindungi dan diperkuatkan jika negara mahu maju ke hadapan.

Amat dikesali ialah dalam jangka masa kempen mansuhkan Akujanji Universiti dilancarkan, pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) bukan saja tidak menyokong atau sekurang-kurangnya bersimpati dengan hasrat murni dan tindakan berani ahli-ahli akademi kita dalam mempertahankan kebebasan akademi di universiti kita, ia sebaliknya menghantar notis guaman kepada Dr Azly Rahman!



Dalam notis bertarikh 5 Julai 2007 terbabit, Dr Azly telah diberi masa empat belas hari “untuk memohon maaf secara terbuka kepada UUM” dan “menghentikan serta-merta segala penulisan fitnah dan hasutannya dalam mana-mana laman web dan mana-mana medium penyiaran yang ada”.

Jika gagal melakukan apa yang dituntut, maka tindakan saman terhadap Dr Azly yang merupakan perintah injunksi bagi menghalang beliau daripada terus menulis “artikel fitnah dan menghasut terhadap UUM ” akan difailkan dan beliau juga akan bertanggungjawab terhadap segala tuntutan kos yang akan ditaksirkan kemudian.

Ingkar perintah

Dr Azly padahal telah dibuang kerja oleh Jawatankuasa Tatatertib UUM mulai 8/12/04 kerana enggan menandatangani Surat Akujanji Universiti. Beliau menentang Akujanji kerana ia menyanggahi kebebasan-kebebasan asas Perlembagaan Persekutuan, khasnya artikel 10 yang menjamin:

(a) Setiap warganegara mempunyai hak kebebasan bersuara dan ekspresi;
(b) Semua warganegara mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa bersenjata;
(c) Semua warganegara mempunyai hak untuk berpersatuan.

Dr Azly menentang Akujanji khasnya fasal (viii) dan fasal (xi) yang berbunyi:

(viii) tidak akan membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan-tuntutan saya atau pegawai-pegawai lain berhubung dengan atau terhadap Universiti Utara Malaysia; dan

(xi) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah.

Dr Azly dan isterinya Dr Mutiara Mohamad amat keberatan untuk memberi ikrar taat setia kepada Naib Canselor, terutamanya kepada Dr Fawzi Basri, Naib Canselor UUM masa itu kerana menurut Dr Azly, antara lain, beliau:

• pernah cuba merencatkan kerjaya Dr Azly sebagai pengarah Center for Innovations in Education yang baru ditubuhkan pada masa itu;
• pernah mempersoalkan saranan Dr Azly untuk menggunakan Pedagogy of The Oppressed oleh Paulo Freire sebagai buku teks bagi kursus baru yang ditawarkan;
• tidak ambil berat tentang kebebasan bersuara, minat utamanya hanya untuk memperolehi manfaat politik melalui kedudukannya dalam universiti;
• pernah terlibat dalam menindas pelajar UUM yang mempunyai pandangan-pandangan radikal terhadap isu-isu negara sebagai warganegara sebuah negara bebas.

Hakis kebebasan

Dengan kata lain, anggapan atau penilaian negatif beliau terhadap Dr Fawzi Basri, Naib Canselor UUM masa itu, telah menekadkan lagi pendirian beliau enggan menandatangani Akujanji yang akan menghakis kebebasan dan hak beliau dalam aktiviti akademinya kelak.

Dr Azly mrmberi tiga contoh bagaimana Akujanji boleh disalahgunakan, ia amat relevan dan meyakinkan:

(1) Umpamanya naib canselor yang ingin melaksanakan Perkhidmatan Nasional tanpa disetujui fakulti-fakulti terbabit, atau diadakan sesi-sesi kawalan-minda Biro Tata Negara yang mengingkari falsafah sejagat tentang kebebasan manusia, yang menentang amalan-amalan tersebut mungkin diambil tindakan menurut Akujanji;

(2) Andainya naib canselor tidak setuju dengan isi kandungan kursus yang diberi oleh seseorang pensyarah sains politik yang menggalakkan sensitiviti kritikal, maka arahan naib canselor untuk mengubahkan isi kandungan kursus terbabit terpaksa diakuri;

(3) Jika seorang pensyarah berasa tidak adil atau mengingkari Perlembagaan pelajar yang mengemukakan soalan dalam forum awam dikenakan tindakan penggantungan dari sesi pelajaran seperti kes Rizal Anan UUM, maka pensyarah terbabit pun tidak dibenarkan mengemukakan bantahan kerana sekatan Akujanji.

Banyak lagi contoh yang boleh diberi, kerana tujuan Surat Akujanji Universiti justeru untuk menyekat kebebasan asas pensyarah supaya status quo dapat dipelihara buat selama-lamanya.

Yang paling ditakuti tentulah pendidik radikal seperti Dr Azly yang mempercayai falsafah “Mengajar adalah tindakan subversib” (Teaching is a subversive act) .

Jika sekarang ini adalah tahun 60-an abad ke-20, Dr Azly mungkin sudah masuk ke Universiti Batu Gajah (Batu Gajah Special Camp) menjadi teman sedarjah penulis ini di bawah ISA atas dakwaan “memudaratkan keselamatan negara kita” dengan aktiviti-aktiviti “subversib” beliau, kerana pada zaman itu, tempat bagi semua “anasir subversib” (yang dicap) ialah penjara, bukan universiti!