Tuesday, October 10, 2006

Gerakan sistematik matikan gerakan, idealisme mahasiswa

Malaysia Today, 10 oktober 2006

Oleh Amirudin Shari
Harakahdaily


Akhir September lalu kita dihidangkan melalui laporan-laporan di media tentang pilihan raya kampus yang dijalankan serentak pada 21 September 2006 di seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam negara kecuali di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dijalankan pada keesokannya.

Dato' Mustapa Mohamad, Menteri Pengajian Tinggi yang kali pertama mengendalikan pilihan raya kampus setelah mengantikan Dato' Dr Shafie Salleh mengambarkan pilihan raya kampus kali ini sebagai pilihan raya kampus yang paling bebas dan adil.

Keputusan menunjukkan sebanyak 22 kampus IPTA telah dimenangi oleh kelompok yang mengelar diri mereka pro-aspirasi nama lain bagi kelompok mahasiswa yang pro-kerajaan BN-Umno.

Hanya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sahaja menunjukkan keputusan yang sebaliknya. Di UIA kelompok pelajar yang dipercayai kumpulan persatuan Islam telah memenangi pilihan raya kampus tahun ini, setelah mereka memboikot pilihan raya tersebut tahun sebelumnya kerana bantahan terhadap pilihan raya elektronik yang diperkenalkan pihak universiti.

Keputusan pilihan raya kali ini seolah-olah sekali lagi mengambarkan sokongan padu di kalangan mahasiswa dan mahasiswi negara kepada kerajaan BN-Umno, berbeza semasa zaman krisis hebat politik negara 1999 - 2001.

Sebenarnya kemenangan besar kali ini dan sapu bersih proaspirasi BN-Umno pada tahun lalu adalah lanjutan daripada usaha penuh strategis oleh kerajaan untuk membunuh gerakan dan idealisme mahasiswa lalu dengan mudah menguasai kampus-kampus.

Realitinya kemenangan kelompok yang pro kepada pemerintah sebenarnya tidak utuh. Mahasiswa yang mengundi tiada pilihan di samping sekatan maklumat dan aktiviti kepada kelompok yang membawa aspirasi mahasiswa.

Oleh itu boleh dikatakan mereka sebenarnya tidak begitu berminat untuk menyertai mahupun mengundi pilihan raya kampus, kalau tidak kuatkuasakan kewajipan turun mengundi semenjak tahun 2003 oleh semua universiti.

Kemunduran minat dan sikap mahasiswa adalah digerakkan oleh langkah berterusan pihak kerajaan dengan kerjasama pentadbir universiti untuk mematikan idealisme mahasiswa dan gerakan pelajar yang tumbuh segar semula sekitar 1998-2001.

Nafas baru gerakan pelajar

Penyingkiran Anwar Ibrahim pada September 1998 telah memulakan episod baru dunia gerakan mahasiswa ketika itu yang lesu berserta dengan menuanya Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) .

Tentangan terhadap akta drakonian ini yang mulanya sengit pada awal-awal pengenalannya telah membibit lemah sehinggalah mati sekitar akhir tahun 1980-an akibat tiada daya di kalangan kelompok progresif mahasiswa untuk mengerakkan kempen anti Auku.

Pada ketika yang sama kealpaan wujud di kalangan mahasiswa juga pensyarah, seiring memecut pantasnya pembangunan ekonomi negara sehingga zaman emas ekonomi negara 1995-1997.

Bermula dengan kebangkitan kelompok mahasiswa Islam pada tahun 96/97 dan dilonjakkan pula dengan krisis 98 sehingga tahun 2001 semua kampus kecuali Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah dimenangi oleh kelompok pro-mahasiswa dan pro-pembangkang yang bersatu.

Serentak dengan itu juga bangkit pertubuhan-pertubuhan bebas pelajar seperti Universiti Bangsar Utama (UBU), Dema, Gerakan Mahasiswa Lantang (GMLN) bersama kukuhnya kembali beberapa persatuan peringkat kebangsaan seperti Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Persatuan kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma).

Persatuan-persatuan terbabit bukan hanya aktif di kampus tetapi mula menyatakan sokongan dan pendirian dalam isu-isu semasa, termasuk bantahan terhadap penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA) masalah kemiskinan dan polisi negara yang pincang.

Perkembangan tersebut menimbulkan rasa gelisah pentadbiran BN-Umno di bawah Dr Mahathir. Sehingga lawatan Mahathir dan pimpinan negara ke universiti-universiti sering mendapat sambutan dingin dan kadangkala disambut dengan demonstrasi.

Lebih-lebih lagi dengan sikap penakut dan lembik pentadbiran universiti yang menapis soalan-soalan kepada pemimpin kerajaan yang hadir ke universiti.

Gertakan Auku dan peraturan universiti

Semenjak tahun 1999 hingga 2000 kerajaan telah mula mengertak mahasiswa dengan mengenakan tindakan kepada beberapa pelajar yang terlibat dalam gerakan mahasiswa yang diistilahkan mereka sebagai “persatuan haram”.

Beberapa aktivis mahasiswa ketika itu seperti Yong Kai Peng, pengerusi Democracy Youth for Malaysia (DEMA) telah dikenakan tindakan denda RM 200, oleh mahkamah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) atas dakwaan menghantar memorandum bantahan terhadap keganasan polis kepada Ketua Hakim Negara.

Perkara malang turut menimpa Ahmad Zaki Yamani, Setiausaha Agung PKPIM (sekarang Exco Angkatan Muda Keadilan) yang telah dibuang oleh Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) atas kesalahan yang tidak bersebab. Namun dipercayai kesalahan yang dilakukan termasuklah menyertai demonstrasi dan menyebarkan risalah secara haram di kampus.

Namun begitu ketakutan yang cuba diwujudkan telah tenggelam dengan gelombang reformasi. Buktinya pada pilihan raya umum ke-10 pihak mahasiswa telah bergerak secara bebas ke seluruh negara untuk menyatakan manifesto mahasiswa mirip apa yang telah dibuat oleh gerakan mahasiswa tahun 1970-an.

Selepas daripada itu kelompok mahasiswa terus aktif menyertai demonstrasi-demonstrasi aman dalam pelbagai isu selain memperkukuh bantahan mereka kepada Auku.

Polis dan ISA

Pada tahun 2001, berlaku penangkapan terhadap 10 aktivis reformasi dan pemimpin parti KeADILan. Persatuan-persatuan mahasiswa sekali telah bangkit dan bersatu untuk mencapai deklarasi masjid negara di perhimpunan bantahan mahasiswa pada Julai 2001 dan menubuhkan Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI).

Seramai 7 orang telah ditahan dalam perhimpunan itu. Mereka terus digantung oleh universiti masing-masing sehingga sekarang walaupun telah dibebaskan mahkamah pada tahun 2005.

Tidak lama selepas itu berlaku pula kebakaran Dewan Tunku Canselor (DTC) Universiti Malaya (UM) yang menjadikan alasan kepada kerajaan untuk menahan Khairul Anuar Ahmad Zainudin (Jonah) dan Ahmad Fuad Ikhwan di bawah ISA.

Dalam tempoh penahan Jonah dan Fuad, lebih kurang dua minggu bertali arus disiarkan oleh media rus perdana yang mengkritik dan menuduh beberapa persatuan sebagai persatuan subversif dan haram.

Penahanan tersebut di samping mainan media arus perdana yang mengaitkan mereka sebagai pertubuhan haram telah memberikan impak yang kuat untuk menakutkan mahasiswa yang terlibat dalam persatuan mahasiswa sekali gus ibu-bapa mereka di kampung.

Pengenalan Akujanji dan pengawalan pilihan raya kampus

Bermula dari tahun 2002 juga Dr Mahathir meminta mahasiswa dan kakitangan unversiti menandatangai akujanji agar tidak menentang dan vokal terhadap kerajaan. Ada ugutan verbal yang dilepaskan di kampus-kampus yang menyebutkan mereka yang enggan menandatangi akujanji ini akan tidak layak untuk bergraduat.

Dengan akujanji ini kerajaan sebenarnya menujukan kepada pihak mahasiswa yang simpati kepada gerakan mahasiswa dan ibu-bapa yang bimbangkan pengajian anak mereka tersekat.

Apatah lagi sebaik menerima surat tawaran universiti dan pinjaman terdapat baris-baris ingatan kepada pelajar dan ibu-bapa yang mengugut pemberhentian pelajar - pelajar yang didapati terlibat dalam aktiviti 'menentang kerajaan.'

Pada tahun itu juga pihak universiti secara terang-terangan mulai menyempitkan proses pilihan raya di kampus melalui undang-undang 'sekolah tadika'.

Contohnya di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada ketika itu mereka mensyaratkan pelajar lelaki Islam hanya diboleh bergambar dengan songkok hitam dan tidak boleh berkopiah putih yang sering menjadi imej gerakan Islam di kampus.

Pada tahun yang sama ada universiti yang mensyaratkan itu poster calon dicetak dan sediakan oleh pihak universiti. Pernah pada tahun 2003 seorang mahasiswa di UPM yang telah menang nyaris digugurkan kemenangan kerana menggunakan gambar yang diambilnya sendiri di kedai dan tidak menggunakan gambar yang diambil oleh jurugambar universiti.

Dan pada tahun 2004 kesalahan yang sama telah menyebabkan seorang wakil pelajar yang menang pilihanraya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) digugurkan kemenanganya.

Di Universiti Kebangsaan Malaysia pula , ceramah dan pidato umum pelajar hanya boleh disampaikan melalui rakaman video, di samping kekangan masa berkempen yang disingkatkan kepada 3 hari berbanding 7 hari sebelum itu untuk semua universiti.

Manakala secara perlahan-lahan tahun demi tahun mula ditambah peraturan seperti kekangan CGPA, temuramah kepada calon, ujian ucapan awam dan bahasa Inggeris kepada calon yang ingin menyertai pilihan raya kampus.

Selain itu ugutan kepada penyokong dan mereka yang aktif seperti disingkirkan untuk dapat tinggal di kolej kediaman dan kesukaran berurusan dengan pentadbiran juga mula dijalankan oleh pihak universiti.

Undi dan kerja mereka yang dilihat tidak selari dengan aspirasi BN-Umno “dihadiahkan” risiko yang memeritkan kehidupan mereka sebagai mahasiswa.

Aturan dan kekangan peraturan pelik ini telah merudumkan aktiviti dan minat mahasiswa untuk terlibat dalam persatuan mahasiswa. Dan hasilnya pada pemilihan 2003/2004 pihak kerajaan telah mula menguasai hampir kesemua universiti kecuali UM dan UIA.

TNC menjadi ketua memenangkan budak-budak Umno

Pada sesi 2004/2005 bersama juga perpindahan tampuk kekuasaan negara kepada Abdullah Ahmad Badawi bermulalah serangan secara brutal kepada kelompok pro mahasiswa dan pembangkang di kampus.

Banyak kejadian seperti pencerobohan, kekangan fizikal, kekacauan dan pengharaman persatuan dilakukan universiti-universiti awam, mengikut dari laporan yang dibuat oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) seramai lebih daripada 50 orang telah dikenakan tuduhan menyalahi Auku selepas dari pilihan raya kampus sesi 2004/2005.

Antara kesalahan yang dikenakan termasuklah membuat sidang akhbar, menulis di akhbar arus perdana dan menyertai perhimpunan menemui menteri di Parlimen untuk menuntut pilihan raya kampus yang bebas dan adil, menganjurkan pertemuan dengan pelajar tahun 1 dan membuat kajian tanpa kebenaran. Sebahagian kes-kes terbabit masih dalam perbicaraan.

Akhbar Siasah dan Suara Keadilan juga mendedahkan bagaimana penglibatan Kementerian Pengajian Tinggi, anggota exco pendidikan Pemuda dan Puteri Umno telah mengadakan mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersama Timbalan-Timbalan Naib Canselor (TNC) untuk memenangkan kelompok-kelompok penyokong Umno.

Pendedahan juga menyebutkan wang rakyat melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dipercayai digunakan untuk misi tersebut.

Terdapat juga kes mahasiswa pukul sebagaimana yang terkena kepada Zainulfakar di UM dan beberapa pencerobohan kepada bilik pelajar di UPM.

Ternyata dengan penglibatan secara terus TNC arahan kepada pegawai-pegawai Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa dan pengetua-pengetua kolej khasnya tidak dapat dibantah lagi.

Bermakna seluruh pentadbiran kolej, dan Hal Ehwal Mahasiswa (HEM) digunakan untuk memenangkan kelompok aspirasi Umno.

Menurut rungutan dari pihak dalam kampus menyebutkan antara tindakan dan arahan lain yang diberikan termasuklah mengarahkan fellow-fellow kolej kediaman agar mengetuk dan membuat semakan sikap pelajar di kolej kediaman terhadap pilihan mereka.

Lanjutan itu pihak pengetua akan membuat pertemuan khusus dengan alasan program ramah mesra untuk mempengaruhi pelajar agar mengundi calon pilihan pentadbir yang juga membawakan aspirasi kerajaan BN-Umno.

Pembunuhan idealisme dan semangat universiti

Tindakan secara berperingkat ini sebenarnya telah membunuh secara perlahan-lahan sikap sensitif mahasiswa kepada masyarakat malahan dalam isu mereka sendiri.

Langkah pertama kerajaan yang menanggalkan isu luar dari perbualan dan perbincangan mahasiswa, telah menyebabkan mereka tidak peka dan tertinggal dengan perkembangan isu semasa.

Kemudianya, perlahan-lahan kekangan mula diwujudkan dalam isu mereka seperti Auku dan peraturan pilahanraya telah melengkapkan usaha merosakkan perkembangan sihat mahasiswa.

Langkah tersebut bukan sahaja menyenangkan kerajaan untuk bertindak sesuka hati seperti menaikan harga minyak dan gas, penswastaan ambulan dan polisi lain. Malahan ia menyebabkan kampus telah mati dan hilangnya budaya debat dan memberi pendapat di ladang ilmu yang subur seperti universiti.

Budaya mengampu dan samseng seperti kes pembulian di UPM baru-baru ini, pelajar dipukul oleh pentadbir pada tahun 2005 dan ugutan penutupan persatuan pelajar yang berdaftar menunjukkan universiti sudah semakin hampir menjadi sekolah tadika.

Sunday, October 08, 2006

Situasi paling memalukan bagi UM

Malaysia Today, 8 oktober 2006

Malaysia Today

Universiti Malaya, universiti tertua dan berprestij di negara ini suatu masa dulu. Tetapi kini, ia sedang menghadapi situasi yang memalukan.

Pertama, usaha universiti tersebut bagi berada dalam 200 buah universiti yang terulung di dunia mengikut The Times Higher Education Supplement (THES) World University Rankings 2006, tidak kesampaian. Sebaliknya, ia jatuh lagi 23 tangga ke bawah ke tempat ke-192 daripada kedudukan ke-169 dan daripada tangga ke-89 dalam tahun 2004.

Penyenaraian THES ialah satu-satunya senarai di mana Universiti Malaya berada. Tiada satu universiti dari Malaysia berada dalam senarai Newsweek’s 100 Best Universities, Shanghai Jian Tong Universities’ 500
Top Universities atau Webometrics Rank (WR) of 3,000 Premier Universities.

Jika Universiti Malaya tidak mampu berpaut di kedudukan yang sedia ada dalam senarai THES di masa akan datang, ia tidak lagi akan menjadi antara universiti yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Keduanya, Universiti Malaya telah kalah dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang mencapai kejayaan yang memberansangkan termasuk dalam liga THES 200 universiti terbaik dunia, di kedudukan ke-185, melompat 104 tempat ke atas daripada kedudukan yang ke-289 tahun lalu.

Syabas kepada UKM tetapi memalukan bagi UM, kerana ia menandakan gugurnya kedudukannya sebagai universiti terulung negara selepas sambutan ulangtahunnya ke-30, tahun lepas.

Baru tahun lepas, ketika sambutan ulangtahun UM, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencabar UM bagi meningkatkan kedudukannya daripada 89 kepada 50 universiti teratas dalam senarai THES pada tahun 2020.

Setelah tiga tahun lamanya, Perdana Menteri menyeru kepada revolusi pelajaran bagi membolehkan pelajaran di Malaysia mencapai taraf dunia dan menjadikan negara pusat kecemerlangan serantau dalam pelajaran, pentadbiran masih tidak menampakkan keazaman politik (political will) bagi melaksanakannya. Tiada usaha membebaskan universiti-universiti daripada budaya ‘mediocre’ dan bebaskan pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar mengejar kecemerlangan akademik dan idealisme siswa.

Universiti-universiti Malaysia patut meletakkan kecemerlangan akademik paling utama dan tidak berkompromi dengan perkara yang bukan akademik.

Thursday, October 05, 2006

SMM tuntut KPT siasat salah laku pihak berkuasa universiti

Malaysia Today, 5 oktober 2006

Oleh Nyza Ayob
Harakahdaily


Gerakan pelajar, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menggariskan beberapa tuntutan ke arah menjernihkan demokrasi di universiti termasuk mendesak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengadakan siasatan ke atas kes salah laku yang melibatkan pihak berkuasa universiti sepanjang pilihan raya kampus lalu.

SMM dalam kenyataan medianya menyatakan, tuntutan tersebut dibuat berdasarkan pemerhatian serta 'post mortem'nya yang mana pihaknya dapat mengesan beberapa salah laku dan penyelewengan dalam pilihan raya kampus yang berlangsung serentak di seluruh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada 21 September lalu.

Untuk itu, SMM sedang berusaha mengumpulkan bukti serta saksi-saksi yang terlibat dengan ugutan dan halangan-halangan sewaktu melalui proses pilihan raya, katanya.

SMM turut mempertikaikan fungsi KPT yang sepatutnya bertindak menjernihkan amalan korup bagi memastikan prinsip demokrasi tertegak khususnya terhadap pentadbiran universiti.

Justeru SMM mendesak KPT mengadakan siasatan ke atas kes salah laku yang melibatkan pihak berkuasa universiti sepanjang pilihan raya kampus sebelum Disember ini serta mengemukakannya kepada Perdana Menteri serta pelajar di semua IPTA.

Di samping itu, SMM mengharapkan pihak KPT memberikan ruang kepada para pemimpin mahasiswa di dalam Majlis Perwakilan Pelajar untuk bersuara dan mengemukan pandagan sama ada melalui media atau cara lain.

Gerakan pelajar yang ditubuhkan pada 2002 itu juga menuntut pihak pentadbiran universiti serta KPT supaya mengkaji semula sistem pengurusan dan pelaksanaan pilihan raya kampus agar sejajar dengan prinsip demokrasi dan piawaian antarabangsa.

Selain itu, SMM juga melahirkan kekesalan dengan tindakan pentadbiran universiti di kebanyakan kampus yang berat sebelah dan mengamalkan sikap 'double-standard' dalam pengurusan pilihan raya yang mana amalan ini menimbulkan budaya politik takut (political culture of fear) di kalangan mahasiswa.

Dalam pada itu, media massa juga diharapkan agar menghentikan segera tindakan melabelkan mahasiswa sama ada sebagai Pro-Aspirasi Kerajaan atapun Pro-Pembangkang, selain melaporkan berita dengan seimbang dan berasaskan fakta yang kukuh dan tepat terhadap isu mahasiswa samada berkenaan pilihan raya mahupun Majlis Perwakilan Pelajar.

SMM juga akan mengemukakan laporan daripada pilihan raya tersebut kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) supaya mengadakan siasatan menyeluruh di semua IPTA terhadap laporan-laporan salah laku pegawai pentadbiran semasa pilihan raya kampus, katanya.

Selain itu, badan hak asasi manusia ini juga diharapkan dapat mengadakan proses inkuiri awam terhadap pegawai-pegawai universiti yang didapati bersalah dalam penyelewengan pilihan raya kampus di samping mengemukakan laporan rasmi berkenaan pilihan raya itu sebelum Disember ini.

Monday, October 02, 2006

Dakwaan 'undi hantu' di UM

oleh: SALHAN K. AHMAD (mStar)
sumber: Malaysia Today Monday, October 02, 2006

Pilihanraya kampus sudah selesai dua minggu lepas. Malah pembuangan undi bagi dua kerusi di Fakulti Undang-undang di Universiti Malaya sudahpun selesai Rabu lalu, namun sekumpulan pelajar masih menuntut pihak berkuasa universiti memberi penjelasan mengenai kehadiran pengundi hantu.

Pemimpin pelajar dari kumpulan pro-pembangkang UM mahu pihak berkuasa universiti menjalankan siasatan rapi terhadap dakwaan kehadiran pengundi hantu semasa pemilihan wakil pelajar bulan lepas yang memaksa pembuangan semula undi dibuat.

Mereka mahu supaya beberapa ketidaklaziman yang berlaku semasa pemilihan wakil pelajar berlangsung di universiti berkenaan bermula 21 September lalu itu diperjelaskan.

Sumber dari bahagian hal ehwal pelajar universiti berkenaan bagaimanapun menjelaskan masalah itu tidak berkaitan isu pengundi hantu, tetapi mungkin disebabkan oleh rekod pelajar yang tidak seragam di antara pihak Fakulti Undang-undang dan Bahagian Kemasukan dan Rekod Pelajar.

"Mungkin ada loophole di mana-mana, sama ada di Fakulti atau Rekod Pelajar. Pihak universiti sedang mengenalpasti punca sebenar masalah itu sekarang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau yang menafikan kewujudan pengundi hantu turut menolak dakwaan bahawa masalah tersebut berpunca daripada penempatan peti undi di kolej-kolej kediaman sehingga membolehkan mereka yang tidak sepatutnya membuang undi.

"Cuma pelajar yang berdaftar di kolej sahaja yang layak mengundi dan mereka boleh menyemak status mereka melalui senarai yang dipamerkan di tempat membuang undi," jelasnya.

Kesan daripada pembuangan undi semua itu, salah satu kerusi fakulti yang sebelumnya dimenangi golongan penyokong kerajaan, akhirnya jatuh ke tangan seorang calon bebas.

Pemimpin pelajar dari kalangan penentang kumpulan pro-aspirasi bagiamanapun terus mempertikaikan ketelusan proses pengundian di pusat-pusat pengundian di kolej kediaman.

"Pada awal lagi kami memang tidak bersetuju pemilihan dilakukan di kolej kediaman kerana bimbang ada undi hantu. Tapi bila berlaku macam ini, kami tidak pula diberitahu apa sebenarnya yang berlaku," kata seorang pemimpin pelajar universiti berkenaan ketika dihubungi hari ini.

Beliau bertegas bahawa wujud pengundi hantu yang membuang undi untuk calon pro-aspirasi kerana pihak penganjur pilihanraya mengumumkan 72 kertas undi dikira daripada 71 orang pengundi sedangkan bilangan pelajar fakulti yang layak mengundi hanya 68 orang.

Pengundi hantu, menurutnya lebih mudah dikenalpasti jika pusat pembuangan undi diadakan di fakulti kerana setiap pelajar hanya akan membuang undi di fakulti masing-masing.

Presiden gabungan pertubuhan pelajar itu juga yakin ramai pengundi hantu boleh dikenalpasti di Kolej Ke-12 yang menempatkan paling ramai pelajar di kampus berkenaan.

Selain itu, beliau juga mahu supaya Kolej Pertama, Kedua dan Kelima yang menempatkan ramai pelajar Fakulti Undang-undang juga diberi perhatian.

Kolej-kolej tersebut dihuni lebih 3,000 pelajar pelbagai jurusan berbanding sekitar 1,000 pelajar di 11 kolej lain.

mStar Online difahamkan pihak universiti tidak setakat ini belum berhasrat tunduk kepada desakan pelajar berkenaan.

Menurut sumber, pihak pengurusan universiti berpendapat penjelasan bahawa masalah itu berpunca daripada ketidakseragaman rekod pelajar yang berdaftar sudah memadai.

Friday, September 29, 2006

Mustapa, Anuar peralat 17 naib canselor untuk Umno tawan Kelantan

Malaysia Today, 29 september 2006

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Harakahdaily


Dato' Mustapa Mohamed jelas tidak mengambil iktibar daripada kes bekas Menteri Pengajian Tinggi yang disingkirkan, Dato' Dr Shafie Salleh, ekoran memperalatkan timbalan-timbalan naib canselor hal ehwal pelajar universiti awam, demi kepentingan politik sempit.

Pertengahan September lalu, pegawai khas Mustapa, Dr Azmi Setapa melalui surat kepada semua 17 naib-naib canselor dan rektor 17 institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Semenanjung, mengarahkan mereka hadir dalam satu pertemuan khas di Kelantan, yang bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan politik Mustapa.

Selain itu, tentunya majlis di Hotel Renaissance, Kota Bharu, jam 5-6.30 petang, 22 September, yang menghimpunkan kebanyakan timbalan-timbalan naib canselor HEP, membawa satu mesej jelas daripada Mustapa bagi membantunya untuk Umno-BN menawan Kelantan dalam pilihan raya akan datang.

Bincang kertas konsep

Sebenarnya mesyuarat petang Jumaat itu adalah untuk membincangkan kertas konsep mengenai program khidmat masyarakat mahasiswa kepada Mustapa di majlis makan tengah hari esoknya, Sabtu, 23 September.

Dalam suratnya, Dr Azmi menjelaskan bahawa Mustapa selaku Menteri Pengajian Tinggi mahu program khidmat masyarakat oleh IPTA di negeri Kelantan perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teratur "untuk mendapat kesan yang memuaskan".

Setiap IPTA akan diperuntukkan satu kawasan angkat, berdasarkan sempadan kawasan parlimen di Kelantan, bagi mempastikan impak paling berkesan, untuk mempengaruhi pengundi setempat melalui pendekatan halus, yang membabitkan para mahasiswa dan juga kakitangan universiti, agar menyokong BN dan menamatkan pemerintahan PAS sejak 1990.

ImageKertas konsep yang diputuskan mesyuarat timbalan-timbalan naib canselor HEP itu kemudiannya dikemukakan dalam pertemuan khas, pada 23 September, bukan saja membabitkan Mustapa tetapi juga bersama Dato' Anuar Musa. Difahamkan Anuar turut berucap, lebih kurang selama 40 minit.

Mengapa perlu Anuar Musa bagi taklimat kepada TNC?

Dalam kertas aturcara majlis yang dihantar kepada 17 IPTA itu, Anuar diperkenalkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan.

Dan di sinilah terserlah niat sebenar pertemuan itu, yakni membincangkan operasi sulit di atas nama "program khidmat masyarakat IPTA" bagi memperkemaskan usaha Umno untuk menguasai Kelantan dalam pilihan raya yang dijadualkan tidak lama lagi.

Apa perlunya Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Anuar Musa, dijemput bersama dan diperuntukkan aturcara khas untuknya memberi taklimat dalam satu majlis rasmi anjuran Kementerian Pengajian Tinggi?

Bukankah ini menunjukkan bukti penyalahgunaan kuasa Mustapa Mohamed yang cukup ketara, yang memperalatkan pegawai-pegawai kanan univerisiti, dengan menghanguskan wang rakyat demi kepentingan politik beliau dan Umno Kelantan?

Ini mengingatkan kita bagaimana menjelang pilihan raya kampus tahun lalu, apabila semua timbalan naib canselor dan rektor IPTA seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak diarahkan menghadiri mesyuarat khas di Tingkat 38, Menara Dato' Onn, PWTC, yang menempatkan ibu pejabat Umno Malaysia.

Mesyuarat yang diadakan saban minggu, selama enam minggu berturut-turut itu membincangkan taktik dan strategi bagi memenangkan calon-calon Aspirasi pro-Umno di semua IPTA. Lebih mengejutkan apabila kebanyakan arahan-arahan yang dibuat kepada para "profesor dan dato'-dato'" itu datangnya daripada anggota Exco Pemuda dan Puteri Umno biro pendidikan!

Mustapa penceramah tetap untuk calon Aspirasi?

Lebih menarik apabila Mustapa, ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sering juga diundang untuk turut memberi penjelasan dalam mesyuarat berkenaan.

Mustapa juga dikatakan pernah membentangkan kertas kerja dalam pertemuan calon-calon Aspirasi pro-Umno di sebuah hotel di pinggir Kuala Lumpur.

Mustapa harus sedar, walaupun Shafie Salleh bertungkus-lumus memenangkan calon-calon Aspirasi pro-Umno dalam pilihan raya kampus 2005, melalui taktik kotor dan juga membazirkan wang awam, akhirnya Shafie kalah juga dalam pemilihan Majlis Tertinggi Umno dan digugurkan terus dalam rombakan Kabinet!

Thursday, September 28, 2006

APA PENTINGNYA PILIHAN RAYA DI KAMPUS?

Buletun Online, 28 september


Isu Semasa Pelawat
naj1888

Orang sibuk bercerita tentang salah guna kuasa oleh pihak atasan pengajian tinggi di dalam urusan undian kampus, dan campur tangan kerajaan dan badan politik negara, sehinggakan ada perasaan tidak puas hati dan membawa masaalah ini ke mahkamah dan sebagainya. Yang jelas ialah isu ini timbul kerana adanya pilihan raya itu sendiri. Apa pentingnya pilihan raya kampus?

Pilihan raya umum Malaysia nampaknya tidak cukup untuk memberikan semangat berpolitik kepada rakyat Malaysia keseluruhannya. Sehinggakan anak-anak kita digalakkan berpolitik sejak dari di institusi pengajian tinggi. Perebutan kuasa diajar pada mereka dan nampaknya aktiviti ini semakin parah. Malah kini ia ditaja oleh badan-badan politik di negara kita dan melibatkan jumlah wang besar. Mungkin duit sendiri, namun disyakki duit kerajaan dan duit rakyat. Tentu tidak mustahil.

Maka sibuklah bermesyuarat di PWTC, makan dihotel-hotel dan menyiapkan persiapan-persiapan untuk pilihanraya. Kalau dulu anak susah untuk balik kampung kerana banyak tesis dan menyiapkan projek yang diberikan oleh pensyarah, kini anak susah untuk balik kampung akibat sibuk berpolitik. Pelajar kini berpecah pada dua pihak, pro-pembangkang dan pro-pemerintah atau dikenali dengan nama Aspirasi.

Kakitangan dan Pengetua pusat pengajian juga nampaknya beria-ia dalam menyokong pemerintah sehinggakan mereka juga turut bersekongkol dalam memenangkan calon pro-pemerintah. Mengikut saudara saya yang berada di institut pengajian tinggi, terdapat ramai juga yang memasuki kawasan pusat pengajian yang terdiri dari orang-orang luar yang cuba untuk memberikan sokongan dan campur tangan dalam sistem politik kampus itu sendiri.

Dalam isu politik kampus ini, kebanyakan pelajar yang bergiat adalah terdiri dari bangsa Melayu, sedangkan kebanyakan bangsa asing tidak ambil peduli langsung tentang politik. *****a diarah turun undi, maka turunlah mereka. Selepas itu lesap, hilang, masuk khutub-khanah. Menjadi kebanggaan setengah-setengah pihak untuk melibatkan diri dalam politik kerana menjadi terkenal dan mempuyai kuasa yang tidak seberapa dalam kampus. Namun jelasnya tumpuan pelajaran mereka terjejas. Walaupun dinafikan tentang kejatuhan prestasi, namun masa untuk pembelajaran akan terjejas akibat menumpukan masa mereka dengan merancang, menyiapkan dan berkempen untuk pilihanraya tersebut.

AKIBAT PILIHANRAYA

Sudah banyak contoh kepincangan dan kasih berbelah bagi kepada rakyat akibat fahaman politik negara sekarang. Tidak dinafikan juga bahawa politik di kampus juga akan mengakibatkan sikap sedemikian. Layanan yang tidak seimbang, dalam berpolitik dan memberi kemudahan untuk pembelajaran, malah lebih merosakkan lagi ada yang sanggup memukul dan menghina pelajar yang berfahaman politik pro pembangkang. Banyak risiko boleh diperolehi dari politik di kampus, contohnya seperti berikut: -

RISIKO SEMASA

1. Pembaziran masa pembelajaran untuk sibuk dalam pilihan raya
2. Berpuak-puak di dalam kampus dan sikap bermasam muka di antara pelajar satu bilik dan satu kuliah.
3. Permusuhan di antara penyokong mengakibatkan kehancuran bangsa MELAYU.
4. Sikap tidak adil kakitangan kampus dan sokongan kakitangan kampus.
5. Penyalahgunaan kuasa oleh kakitangan kampus termasuk pengarah dan HEP.
6. Pembaziran wang dalam menyediakan persiapan pilihan raya termasuk duit sediri dan duit kerajaan.
7. Pemunduran prestasi pelajaran pelajar yang ketara, namun cuba ditutup dengan kelulusan bagi pihak propemerintah.
8. Melibatkan campurtangan kerajaan dalam pilihan raya kampus sehinggakan tanggungjawab sebenar kerajaan ditinggalkan.

RISIKO JANGKA PANJANG

1. Rasuah dan merosakkan jabatan serta urusan pekerjaan mereka (seperti masa kini).
2. Sifat menjaga kroni (seperti masa kini).
3. Gila Kuasa seterusnya menjadikan mereka Gila Pangkat. (seperti masa kini).
4. Lupa tanggungjawab (seperti masa kini).
5. Kelulusan yang rendah dalam jumlah CGPA (seperti masa kini).
6. Berpolitik di tempat kerja (seperti masa kini).
7. Sikap bermusuhan sesama pekerja yang PRO-Pengarah 1 dan PRO-Pengarah2. (seperti masa kini).
8. Lupa tanggungjawab untuk memajukan syarikat (seperti masa kini).
9. Sikap negatif dalam menerima tugas dari majikan (seperti masa kini).
10. Sikap memerintah dan bukan menerima arahan di kalangan bekas pelajar (seperti masa kini).
11. Kenaikan pangkat ketika alam pekerjaan dihasilkan lebih dari pengetahuan politik dibandingkan dengan kebolehan sebenar pekerja menunaikan tanggungjawab (seperti masa kini).

Jika difikirkan dengan logiknya, mencari wakil ketua di dalam kampus, tidak memerlukan pilihan raya. Pihak kampus sendiri boleh memilih siapa yang mereka mahu berdasarkan tahun pengajian, keputusan CGPA penuntut dan rekod kokurikulum mereka. Kenapa boleh dicari pelajar terbaik, sedangkan ketua pelajar perlu dipilih melalui pilihan raya. Memilih ketua mudah sahaja, macam pilih ketua kelas ketika sekolah rendah dan menengah. Kenapa perlu ada pilihan raya sehingga menghabiskan masa sehingga berminggu-minggu untuk membuat persiapan dan pelajar yang turut melibatkan diri dalam semua proses pilihan raya telah membazirkan banyak masa? Jika dikatakan pemilihan wakil pelajar selama ini adalah tidak adil, adil sangatkah kalau wakil pelajar dipilih melalui pilihan raya? Adil sangatkah jikalau kemenangan pilihan raya lebih kepada pro kampus dan kerajaan? Jangan cerita pasal demokrasi jika demokrasi digunakan untuk kemenangan bagi satu pihak? Adil sangatkah demokrasi? Akibatnya keputusan peperiksaan pelajar tidak seberapa dan sebagai tukang kempen, yang gagal tetap ditendang atau menjalani tempoh perhatian tambahan semestar. Sayangnya kerajaan terus memupuk remaja yang masih bersekolah menengah dengan penubuhan PUTERA. Sudah diberitahu, yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari UMNO.


KESIMPULAN

Apa rasionalnya pilihan raya diadakan di kampus, selain dari melalaikan, menjatuhkan dan merosakkan bangsa itu sendiri. Tidak ada guna kampus menghasilkan produk politik untuk masa depan negara, sedangkan produk professional semua bidang masih kekurangan. Malaysia akan lihat di masa akan datang, PWTC penuh, cakap banyak sedangkan tiada siapa untuk melakukannya. Contoh lain seperti, isu Noh Omar dengan dadahnya, tiada kejayaan. Sebab apa? Ramai sangat yang bercakap, sedangkan untuk melakukan kerja ke arah itu, dua ke tiga kerat. Siapa yang rugi? Peruntukan kerajaan 13 juta setahun habis juga, peruntukan kondom dan jarum sebanyak 150 juta kini menunggu pula untuk dihabiskan, sedangkan dadah masih berleluasa dan terus menghancurkan rakyat dan negara.

Kepada pemimpin negara, kalau setakat bercakap, semua orang boleh. Yang susahnya untuk melakukan atau untuk mempraktikkan. Negara kini kekurangan jawatan dan pekerjaan di dalam bidang professional dan penyediaan kelulusan pelajar sepatutnya berdasarkan kepada jumlah kekosongan jawatan semasa. Rasanya graduan lulusan politik, sudah berlebihan dan berlambak. Tak payah keluarkan lagilah produk ini. Jangan nanti berdegar hanya di dewan, membisu pada kenyataan.
"

Sunday, September 24, 2006

Pilihan raya kampus: Gamis berikrar menjadi 'pembangkang' terku

Malaysia Today, 24 september 2006

Oleh Ali Bukhari Amir
Harakahdaily


Walaupun ditekan dalam pilihan raya kampus (PRK) yang menyebelahi Aspirasi baru-baru ini, namun Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) yang berjaya menawan UIA berikrar akan menjadi 'pembangkang' yang terkuat dalam Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bagi memastikan situasi semak dan seimbang wujud badan tersebut.

Gamis yang dikenali sebagai 'We Unite For Islam' (Wufi) di UIA telah berjaya menawan 28 kerusi daripada 32 buah kerusi yang dipertandingkan di kampus induk di Gombak pada 21 Sept lalu. Wufi juga berjaya menawan 10 buah kerusi yang dipertandingkan di kampus cawangannya di Kuantan, Pahang.

Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini, Presiden Gamis, Ahmad Tarmizi berkata, Gamis juga akan mencari pendekatan terbaik untuk menjadikan PMI setiap IPT kembali berpengaruh sebagai 'pembangkang' yang mantap dan paling aktif di kampus masing-masing.

"Walaupun menang di UIAM, tapi kita masih menerima laporan mengenai kes-kes ugutan yang berleluasa di UTM, UPSI dan lain. Jadi, kami akan terus membuat kenyataan akhbar, road show anti Auku. Sekarang, kami sudah melancarkan Gerakan Mansuhkan Auku.

"Mengenai penyelewengan pilihan raya kampus kali ini, kami akan terus membuat perjumpaan bersama menteri dan pihak-pihak tertentu untuk membincangkan masalah tersebut," kata Ahmad Tarmizi.

Amalan menekan bukan calon pro aspirasi masih berleluasa

Sementara itu, berhubung isu tekanan dalam PRK baru-baru ini, Harakahdaily turut menerima laporan kes ugutan ke atas calon bukan pro aspirasi yang berlaku di kampus Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Menurut laporan sebuah perkumpulan mahasiswa yang dikenali sebagai Gagasan UTM, seorang calon siswi telah diugut oleh pengetua kolej kediamannya, agar pelajar tersebut berundur dengan alasan, calon itu bertanding tanpa pengetahuannya sebagai pengetua kolej kediaman.

"Sebagai hukuman, siswi itu dikecam di depan ahli jawatankuasa kolej. Hal ini menjatuhkan maruah beliau sebagai seorang calon kerusi umum.

"Ada kes lain yang menunjukkan pengetua kolej kediaman mengugut pelajar agar menarik diri dari menjadi calon pilihan raya kerana tindakan mereka itu menjejaskan imej kolej," lapor Gagasan UTM.

Selain itu, tambah Gagasan UTM, ada calon yang diminta berundur hanya kerana beliau didakwa bertanding bagi mewakili pakatan tertentu, walhal calon itu bertanding di atas tiket bebas.

Calon diugut, dilarang bertanding

Di Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) Tanjung Malim pula turut menyaksikan kejadian yang sama. Di bawah peraturan tertentu, manifesto calon perlu mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (SPMPP) terlebih dahulu, sedangkan manifesto adalah hak mutlak calon sebagai ikatan janji antara calon dengan mahasiswa.

Menurut sumber Upsi, kempen juga dilarang secara bersemuka seperti di tempat ibadat, bilik bacaan dan dari bilik ke bilik.

"Kempen di bilik kuliah dibenarkan, tapi mestilah mendapat kelulusan pegawai akademik dan hal itu tidak boleh melebihi 10 minit.

"Selain itu, hanya poster dan kain rentang yang mendapat kelulusan SPMPP sahaja yang boleh digunakan. Kita hanya dibenarkan mengguna tali yang disediakan oleh SMPP sahaja dan menampal pada papan kenyataan yang dibenarkan sahaja mereka," jelas sumber berkenaan.

Sumber itu berkata, ada sesetengah calon yang diugut dan dilarang bertanding oleh pengetua kolej dan felo-felo, bahawa nama mereka akan dihantar kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pro pembangkang.

"Calon-calon yang bukan ditaja oleh HEP tidak mendapat tandatangan Dekan malah diugut oleh Dekan sekiranya menang akan memberi kesan untuk 'posting' dalam kerjaya perguruan setelah tamat pengajian.

"Selain itu, pihak HEP sendiri telah menyediakan senarai calon Aspirasi di pihak mereka sahaja. Senarai itu telah digunakan untuk memudahkan rujukan para Dekan sebelum menurunkan tandatangan bagi mengesahkan pencalonan," kata sumber berkenaan.

Menurut sumber, pihak polis turut berada di sekitar pejabat HEP pada hari penjualan borang pencalonan dilakukan.

Friday, September 22, 2006

Pelajar pro-kerajaan kuasai hampir keseluruhan kerusi MPP

sumber: Malaysia Kini Sep 22, 06 1:05pm

Kumpulan pelajar pro-establishment yang dikenali sebagai Kumpulan Aspirasi memenangi hampir keseluruhan kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dalam pilihanraya kampus di universiti awam yang berlangsung semalam.

Daripada 17 universiti awam terbabit, hanya Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berjaya dikuasai oleh kumpulan anti-establishment selepas memenangi 28 daripada 32 kerusi MPP yang dipertandingkan. Kumpulan Aspirasi menang empat kerusi.

Pihak kerajaan mendakwa kumpulan pelajar anti-establishment di universiti tersebut ada kaitan dengan parti pembangkang Islam, PAS.

Bagaimanapun, di universiti awam yang lain, kumpulan Aspirasi menguasai hampir keseluruhan kerusi MPP, terutama di universiti awam yang baru ditubuhkan.

Di Universiti Malaya – universiti tertua di negara ini – kumpulan Aspirasi memenangi 36 kerusi MPP manakala kumpulan anti-establishment menang tiga kerusi. Bagaimanapun, pengundian semula akan diadakan untuk dua kerusi Rabu ini – kedua-duanya di Fakulti Undang-undang – selepas keputusannya semalam dipertikaikan.

Di Pulau Pinang pula, Kumpulan Aspirasi di University Sains Malaysia turut menang besar apabila mengondol 23 kerusi MPP manakala kumpulan anti-establishment menang lima kerusi. Begitu juga di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di mana Kumpulan Aspirasi memenangi 29 kerusi berbanding lima kerusi yang dimenangi kumpulan anti-establishment.

Sementara itu, keputusan pilihanraya kampus di Universiti Putra Malaysia (UPM) juga berpihak kepada kumpulan Aspirasi yang memenangi 42 kerusi. Walaupun kumpulan anti-establishment memulaukan pemilihan di UPM, namun calon-calon bebas berjaya memenangi enam kerusi.



Bagaimanapun, kumpulan Aspirasi menghadapi saingan hebat daripada kumpulan anti-establishment. Kumpulan Aspirasi memenangi 27 kerusi manakala kumpulan anti-establishment berjaya memenangi 18 kerusi MPP.

Hilang penguasaan

Sejak tiga tahun lalu, kumpulan Aspirasi, dengan bantuan pihak berkuasa kampus, berjaya menguasai kampus-kampus utama di negara ini.

Pihak universiti juga turut memperkenalkan peraturan baru, termasuk pengundian secara elektronik (e-voting) yang didakwa oleh kumpulan anti-establishment sebagai menguntung pihak Aspirasi.

Mereka juga mempertikaikan peraturan pemilihan yang didakwa tidak adil dan telah berulangkali mendesak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) supaya memantau pilihanraya kampus. Bagaimanapun, ia dibantah oleh pihak berkuasa universiti.

Pada tahun 2004, kumpulan anti-establishment menguasai lebih separuh daripada universiti awam, terutama kampus-kampus universiti utama.

Bagaimanapun, kumpulan anti-establishment memulaukan pilihanraya kampus 2005 sebagai membantah peraturan yang didakwa mereka tidak adil dan taktik kotor oleh pihak lawan mereka.

Berikutan itu, buat pertama dalam sejarah aktivisme pelajar, kumpulan anti-establishment hilang penguasaan di semua universiti awam tahun lalu.

Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak mengadakan pilihanraya kampus semalam kerana pelajarnya sedang bercuti. Ia akan diadakan pada 1 Oktober membabitkan 39 kerusi bagi MPP sesi 2006/2007.

Kumpulan bukan pro aspirasi kuasai pilihan raya kampus di UIAM

Malaysia Today, 22 september 2006

Oleh Nyza Ayob
Harakahdaily


Kumpulan bukan pro aspirasi menguasai pilihan raya kampus di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berlangsung semalam.

Salah seorang pelajar UIAM yang menghubungi Harakahdaily menyatakan berdasarkan keputusan yang diterima kira-kira jam 6.30 petang semalam yang diumumkan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, pelajar bukan pro aspirasi memenangi 28 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan.

Keputusan tersebut sekaligus mengenepikan pelajar pro aspirasi yang hanya memenangi empat kerusi tanpa bertanding daripada dua kuliyyah (fakulti).

Peratusan jumlah pelajar yang mengundi ialah 87 peratus daripada 15,000 pelajar UIAM.

Dalam pilihan raya tersebut, 38 orang calon telah bertanding. Penamaan calon telah diadakan pada 18 September yang mana calon-calon perlu melepasi beberapa ujian kelayakan.

Pada 13 September, calon-calon telah menduduki ujian kelayakan bahasa Inggeris melalui pengucapan awam. Setelah itu, mereka juga perlu menghadiri sesi dialog bersama dekan kuliah.

Sementara pada 14 September mereka juga menghadiri sesi bersama Timbalan Rektor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan sesi bersama Presiden UIAM, Tan Sri Sanusi Junid.

Calon-calon hanya diperuntukkan selama tiga hari untuk berkempen.

Thursday, September 21, 2006

Akhbar tabloid berkempen untuk pro-aspirasi

oleh: Kuek Ser Kuang Keng and Ng See Yin
sumber: Malaysia Kini Sep 21, 06 7:37pm

Keluaran khas sebuah akhbar tabloid, Akhbar Mahasiswa setebal lapan muka surat yang memburuk-burukkan kumpulan pro-mahasiswa telah diedarkan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pagi ini, sebelum pengundian pilihanraya kampus bermula.

Akhbar tersebut yang diberikan secara percuma kepada para pelajar yang pergi mengundi itu dimuatkan dengan berita dan rencana yang menggambarkan kumpulan Barisan Pelajar Progresif (SPF) sebagai musuh utama masyarakat kampus.

Laporan muka depannya dimuatkan dengan berita “eksklusif” bertajuk: ‘Pendedahan kes buli UPM’. Laporan ini merujuk kepada insiden anggota SPF dikasari oleh sekumpulan pemimpin pelajar pro-aspirasi baru-baru ini.

Dalam keluaran khas itu, anggota SPF dikatakan memulakan ketegangan tersebut dengan pertolongan orang luar seperti kumpulan pejuang hak asasi manusia, Suaram dan portal Internet berbahasa Mandarin, Merdekareview.com.

Menurut laporan itu, insiden tersebut merupakan sebahagian dari strategi untuk membantu SPF melebarkan pengaruhnya di kalangan pelajar UPM.

Turut disiarkan ialah wawancara dengan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UPM, Abdul Manaf, yang turut terbabit dalam insiden berkenaan.

Abdul Manaf mendakwa, anggota SPF telah melakukan provokasi. Beliau juga mendakwa, SPF adalah pertubuhan pelajar yang tidak berdaftar, maka ia tidak boleh menganjurkan aktiviti di kampus.

Satu lagi laporan di dalam keluaran khas itu menuduh SPF memainkan isu perkauman dan tindak tanduk mereka menjadi penghalang kepada integrasi nasional.

Dilaporkan SPF menerbitkan risalah dan bahan bacaannya dalam bahasa Mandarin sahaja.

Satu rencana lain mendakwa SPF didalangi dan dipimpin oleh “orang luar”

Keluaran khas itu juga memuatkan temubual dengan dua orang penjaga asrama UPM, Abu Sofian dan Jasni Sabri yang turut mengkritik SPF.

Pelajar anti-establishment menang besar di UIA

oleh: Kuek Ser Kuang Keng dan Bede Hong
sumber: Malaysia Kini Sep 21, 06 7:16pm

Calon-calon kumpulan pelajar anti-establishment telah mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya kampus bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Kumpulan pelajar tersebut yang dikenali sebagai WUFI (Kami Bersatu Untuk Islam) memenangi 28 daripada 32 kerusi di kampus induk UIA di Gombak, dan menyapu bersih 10 kerusi yang dipertanding di kampus cawangan UIA di Kuantan, Pahang.

Keputusan tersebut telah diumumkan oleh Timbalan Rektor UIA Bahagian Halehwal Pelajar dan Alumni, Hamidon Abdul Hamid.

WUFI meletakkan 14 calon, termasuk empat pelajar antarabangsa (dua dari Palestin, dua dari Afghanistan). WUFI dan kumpulan pro-establishment masing-masing menang empat kerusi tanpa bertanding pada hari penamaan calon Isnin lalu.

Di Kampus UIA di Kuantan, pertandingan bagi 10 kerusi membabitkan calon individu. Kumpulan Aspirasi tidak meletakkan sebarang calon di kampus Kuantan.

Manakala proses pengundian di Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dilanjut kepada jam 8 malam ini. Ini berikutan sistem pengundian secara elektronik (e-voting) di universiti tersebut tidak berfungsi selama lebih tiga jam - dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari.

Proses pengundian di semua universiti lain berjalan lancar dan tamat jam 5 petang tadi.

Sementara itu, tinjauan malaysiakini ke beberapa kampus universiti hari ini mendapati pengundian dalam pilihanraya kampus berjalan lancar walaupun di beberapa universiti wujud usaha-usaha terakhir untuk memastikan kemenangan kumpulan pelajar pro-establishment.

Di UPM, Universiti Putra Malaysia, Para pelajar yang tidak dapat mengundi telah menyuarakan kekecewaan mereka terhadap pihak universiti. Contohnya, di Asrama 13, didapati ramai pelajar yang terpaksa berbaris panjang hingga ke luar bangunan. Sesetengahnya basah apabila hujun turun kira-kira jam 12 tengahari.

Pihak berkuasa UPM mewajibkan kesemua pelajar mengundi. Pelajar yang tidak mendaftar untuk mengundi, diarah supaya memberi surat penjelasan kepada pihak berkuasa.

Hari ini, dewan UPM dikawal ketat di mana pegawal keselamatan ditempatkan di semua pintu masuk ke asrama. Setiap kenderaan diperiksa dan pihak media tidak dibenarkan masuk ke kawasan kampus.

Di Universiti Malaya (UM) pula, proses pengundian juga berjalan lancar walaupun pelajar yang tinggal di asrama telah ‘dikurantin’ dan hanya dibenarkan keluar dari asrama selepas mereka mengundi. Semua pintu utama kolej-kolej kediaman ditutup dan orang luar tidak dibenarkan masuk.

Dalam pilihanraya tahun ini, jawatankuasa pilihanraya UM tidak lagi mencatatkan nombor siri setiap kertas undi ketika proses pengundian berjalan di dewan auditorium utama. Bagaimanapun, malaysiakini tidak dapat pasti sama ada perkara yang sama juga berlaku di asrama lain.

Ketika ditemui, beberapa pemimpin pelajar kumpulan anti-establishment mendakwa pihak pengurusan asrama universiti tersebut telah menghadkan kempen dalam kawasan kolej. Tempoh kempen dikurangkan kepada setengah jam dan setiap ucapan dihadkan kepada lima minit.

Bekalan elektrik diputuskan

Pemimpin pelajar berkata mereka menghadapi masalah ketika menggunakan sistem pembesar suara. “Tetapi bila pelajar pro-establishment yang berucap, sistemnya elok balik,” dakwa seorang pelajar

Terdapat juga dakwaan bahawa pelajar pro-establishment mengedarkan baju-T percuma sewaktu mereka berkempn.

Para pelajar yang tinggal di asrama juga mendakwa bahawa mereka dipanggil oleh pengetua asrama supaya menghadiri majlis dialog yang diadakan.

“Bila ada pelajar yang enggan datang, pihak berkuasa asrama memotong bekalan elektrik,” kata pelajar tahun kedua pentadbiran perniagaan Fou Hou Thek.

Dalam majlis dialog tersebut, para pelajar diminta supaya mengundi calon-calon Aspirasi. Pelajar mendakwa pihak berkuasa asrama telah memotong bekalan elektrik ke Kolej 10 bagi memastikan penghuninya turun menghadiri majlis dialog tersebut. Terdapat beberapa siri dialog yang diadakan – sekurang-kurangnya satu dalam bahasa Mandarin, satu dalam Bahasa Malaysia, satu untuk pelajar senior dan satu lagi untuk pelajar tahun pertama. Dialog tersebut dikendalikan oleh para pelajar, yang mendakwa mereka mendapat kebenaran daripada pengetua asrama. Ada juga dakwaan bahawa pelajar diberitahu jika lebih 90 peratus keluar mengundi, pihak pengurusan asrama akan mengurangkan sewa daripada RM6.50 sehari kepada RM5.50 sehari. Para pelajar juga berkata maklumat mengenainya terkandung dalam notis yang diletakkan di Kolej 12, yang turut menasihatkan pelajar supaya mengundi calon-calon Aspirasi.

Taktik jaga air muka

Bagi tahun ini, pengundian dijalankan secara elektronik dan sejumlah 11 pusat mengundi dibuka di UIA Gombak hari ini. Jurucakap WUFI berkata, pihaknya telah menugaskan tiga pelajar untuk memantau pusat pengundian terbabit.

“Kami tahu jumlah pelajar yang mengundi. Kami mahu memastikan angkanya tidak bertambah,” kata Penyelaras pilihanraya WUFI, Zikul Amin.

WUFI juga mendakwa bahawa kumpulan Aspirasi menjalankan kempen memburukkan mereka pada saat-saat terakhir.

“Kira-kira jam 6 pagi tadi, kita mendapati sesetengah pelajar sedang mengedar risalah yang memaparkan logo WUFI,” kata seorang pelajar. Tempoh berkempen tamat jam 12 tengah malam tadi.

“Risalah itu mendakwa mereka yang mengundi calon-calon Aspirasi adalah kafir dan jika WUFI menang pilihanraya kali ini, peraturan akan diperketatkan, dan pelajar lelaki dan perempuan akan dipisahkan sepanjang masa,” kata pelajar tersebut.

Para pelajar berkata, kumpulan Aspirasi kurang meletakkan calonnya pada tahun ini kerana masalah prestasi akademik yang rendah. Setiap calon diwajibkan mendapatkan Purata Markah Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurang 2.8.

Bagaimanapun, seorang bekas pemimpin pelajar kumpulan WUFI, Amin Idrus berpendapat sebaliknya: “Mereka tidak bertanding banyak kerusi kerana mereka tahu mereka akan kalah. Ini taktik untuk menjaga air muka.”

.


Wednesday, September 20, 2006

VCD dakwa pembangkang dan NGO 'dalang' aktivis pelajar

oleh: Kuek Ser Kuang Keng
sumber: Malaysia Kini Sep 20, 06 8:23pm

Kumpulan pelajar ‘pro-establishment’ Universiti Putra Malaysia (UPM) dituduh mengedar VCD yang mendakwa parti-parti pembangkang, beberapa pertubuhan media dan badan bukan kerajaan (NGO) telah menjadi ‘dalang’ untuk mencetuskan kekecohan dan ketidakharmonian’ di kalangan pelajar universiti awam.

VCD yang mula diedarkan minggu lalu itu, mensasarkan kumpulan pelajar ‘anti-establishment’ – Barisan Progresif Pelajar (SPF) – menjelang pilihanraya kampus esok. Bagaimanapun, SPF di UPM telah memboikit pilihanraya tersebut.

Seorang pelajar UPM, yang tidak mahu namanya disebut berkata, VCD itu diedarkan oleh pegawai Jabatan Halehwal Pelajar kepada anggota majlis perwakilan pelajar dan jawatankuasa asrama.

Bagaimanapun, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Sulhairil Hafiz Sulaiman, menafikan terbabit dalam pengedaran VCD tersebut.

“Majlis tidak terbabit...Dakwaan itu palsu,” katanya ketika dihubungi.

VCD berlatarbelakang muzik itu memaparkan foto dan maklumat melalui sarikatanya. Butiran terperinci mengenai penerbitnya tidak dinyatakan.

Terdapat tujuh klip video selama tiga minit, setiap satu membawa tema yang berbeza – dua daripadanya diperolehi malaysiakini – mengenai SPF dan para pemimpinnya.

Klip mengenai SPF itu mendakwa ianya sebuah kumpulan haram yang menggunakan Persatuan Bahasa Mandarin untujk menjalankan aktiviti politiknya, Ia menyatakan bahawa sebahagian besar anggota kumpulan tersebut terdiri daripada pelajar kaum Cina.

Menurut sarikatanya, kumpulan rersebut menrekrut pelajar baru dan membawa mereka menyertai demonstrasi, mencetuskan kekecohan dan menjejaskan keharmonian dalam kampus.

Klip itu juga memaparkan wajah-wajah pemimpin SPF bersama maklumat mengenai aktiviti mereka. Malah, ia turut memaparkan foto-foto peribadi mereka bersama rakan dan anggota keluarga mereka.

‘Mudah diperolehi’

Seorang pelajar berkata, VCD itu ditayangkan di bilik am di sebuah blok Hostel 7 Rabu lalu, selepas ketua jawatankuasa blok asrama itu memanggil kira-kira 30 pelajar untuk menontonnya.

Dia tidak sedar yang VCD tersebut sudahpun diedarkan secara meluas di kampus. Ia juga mudah diperolehi daripada jawatankuasa asrama,” kata pelajar tersebut.

Parti-parti pembangkang dan NGO itu dinamakan dalam klip tersebut ialah DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS, Parti Socialis Malaysia (PSM), Suaram and Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH).

Turut disiarkan ialah foto pemimpin DAP Lim Kit Siang, Anthony Loke dan Teng Chang Kim, Ketua Penerangan PKR Tian Chua dan Setiausaha Agung Penaja PSM S Arulchelvan, Pengarah Eksekutif Suaram Yap Swee Seng, Ketua Pemuda KLSCAH Tan Soon Lim dan Ketua Pengarang malaysiakini Steven Gan turut disiarkan. Mereka dianggap sebagai ‘mentor’ SPF.

Pertubuhan media yang menyiarkan berita mengenai UPM – terutama mengenai pergelutan antara kumpulan pelajar dan buku panduan hubungan antara kaum yang dianggap berat sebelah terhadap SPF. Malaysiakini, MerdekaReview and stesen televisyen ntv7 turut menjadi sasaran.

VCD tersebut mendakwa bahawa anggota SPF telah memprovokasi 40 pelajar yang diketuai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UPM, Abdul Manaf Ariffin. Anggota SPF itu didakwa enggan bekerjasama dan tidak mendengar nasihat.

Ini bukan kali pertama maklumat seperti ini disebarkan terhadap kumpulan ‘anti-establishment’ di universiti awam.

Jun lalu, Biro Tatanegara Negara dan Kementerian Pengajian Tinggi menerbitkan sebuah buku kecil yang diedarkan kepada pelajar baru, yang melabelkan kumpulan ‘anti-establishment’ sebagai pro-pembangkang.

Ogos lalu, USM mengadakan seminar yang diwajibkan ke atas pelajar tahun pertama di mana kumpulan pelajar ‘anti-establishment’ didakwa telah ditaja oleh unsur-unsur Yahudi untuk melemahkan keselamatan negara.

Tuesday, September 19, 2006

Politik "luar kampus" pengaruhi kempen MPP

Malaysia Today, 19 september 2006

Oleh SALHAN K. AHMAD
mStar


Walaupun bahang pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk sesi 2006/2007 baru hendak mula hangat, ada pihak yang telah menjangka keputusannya -- iaitu tidak banyak berbeza berbanding tahun lalu yang didakwa dipengaruhi oleh pihak tertentu.

Dakwaan mengenai ketidaktelusan proses pemilihan MPP juga masih galak di samping kebimbangan mengenai penggunaan isu perkauman yang boleh memecah-belahkan pelajar bagi memancing populariti.

"Setakat ini, tidak nampak Mahasiswa yang membawa idea jati mahasiswa sendiri. Mereka seolah-olah menyambung pemikiran daripada luar sama ada dengan mengambil pandangan parti kerajaan mahupun pembangkang," kata Aqil Fithri, seorang pelajar sarjana semasa dihubungi semalam.

"Pemimpin pelajar sekarang masih belum mampu membina idea daripada kerangka fikiran mereka sendiri. Mereka sekadar memugarkan lagi idea-idea sesetengah pihak berkepentingan semasa berkempen," jelasnya.

Beliau yang berpengalaman memerhatikan pilihanraya kampus selama lebih lima tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata pemilihan wakil pelajar di universiti itu tidak melalui proses yang telus sepenuhnya dan khuatir ia akan berulang lagi tahun ini.

"Tidak wujud suasana di mana pelajar berani menyuarakan pandangan walaupun bercanggah dengan ketetapan pihak berkuasa sedangkan pelajar harus diberi peluang untuk membuat pilihan dan bereksperimen dalam suasana demokratik.

"Kalau idealisme sebegini dibungkam, mahasiswa kita sebenarnya tidak dilayan sebagai penuntut institusi pengajian tinggi tetapi lebih kepada pelajar sekolah yang masih perlu dilarang itu dan ini setiap masa," kata Aqil.

Antara perkara yang masih menjadi pertikaian adalah peraturan berkempen yang ketat dan keperluan gred minimum untuk menjadi calon. Ramai melihat suasana ini sebagai peraturan yang mengekang intelektualisme mahasiswa daripada menjana idea-idea baru yang boleh dimanfaatkan.

Pemerhati juga menjangkakan pertembungan sengit berlaku di antara calon-calon Aspirasi (penyokong kerajaan) dan pelajar-pelajar anti-establishment sepanjang tempoh berkempen bermula semalam hinggalah tarikh pembuangan undi pada 21 September.

Di UKM, bahang pilihanraya sudah mula dirasai sejak minggu lalu (minggu orientasi pelajar) apabila risalah-risalah "berbau perkauman" dilaporkan mula diedarkan ke kolej-kolej kediaman pelajar.

Bagi seorang bekas calon MPP di UPM, Amiruddin Sari, pilihanraya kali ini seolah-olah akan "melengkapkan lagi proses membunuh demokrasi di kampus."

Beliau mendakwa perkara ini berlaku kesan daripada kebaculan golongan bekas pelajar yang kini menjadi pentadbir kampus. Golongan inilah juga, dakwanya, yang bertanggungjawab memastikan kampus IPTA di seluruh negara "diambil-alih oleh golongan tententu dalam satu operasi besar-besaran" pada 2005.

Amiruddin berpendapat pilihanraya kampus pada Disember tahun lalu adalah di antara projek paling berjaya bagi golongan itu.

Pun begitu, pemilihan kali ini tetap menarik untuk diperhatikan kerana ini adalah kali kedua pemilihan MPP dijalankan serentak di kesemua IPTA, memandangkan pilihanraya pertama yang memakai kaedah ini tahun lepas berakhir dengan calon Aspirasi (pro-kerajaan) memenangi kesemua kerusi tanpa bertanding di tujuh kampus pada hari penamaan calon di samping majoriti kerusi di empat universiti lain.

"Perkara yang paling berbahaya di dalam kampus adalah kebaculan intelektual, apabila mereka tidak berani bersuara sedangkan mereka melihat sendiri ketidakadilan yang berlaku.

"Bila diasak sedikit dengan undang-undang Akta Universiti dan Kolej Universiti, takut. Pelajar sudah terdidik supaya takut dengan pentadbir dan pelajar junior pula sudah dipupuk supaya takut dengan pelajar senior," katanya.

Senario baru menjelang pilihanraya Isnin ini lebih membimbangkan kerana menurutnya para pelajar sudah mula dilaga-lagakan di antara mereka sendiri oleh pihak tertentu

Hal ini, menurutnya dikesan daripada aduan terdapat penceramah dalam program tersebut didakwa cuba mengapi-apikan pelajar Cina dengan pelajar Melayu/Islam dengan mengaitkan beberapa kumpulan pelajar Cina dengan pertubuhan Yahudi.

"Bila mereka dipisah-pisahkan dan diasuh supaya mencurigai satu sama lain, lebih senanglah mereka menerima apa saja saranan daripada pihak tertentu," kata Aminuddin.

Beliau percaya isu perkauman yang dijangka akan memanaskan lagi suasana pilihanraya kampus kali ini berpunca daripada program orientasi yang dijalankan oleh Biro Tata Negara kepada pelajar-pelajar baru sesi pengajian ini minggu lalu.

Beliau berkata, ketelusan tidak wujud di dalam pilihanraya kali ini selagi pelajar tidak dibenar menyatakan pendapat dengan bebas dan membentuk kumpulan mereka sendiri.

Pemilihan yang bakal melihat 850 calon bertanding kali ini juga dijangka tegang apabila kumpulan pelajar anti-establishment dikatakan akan mengadakan demonstrasi 'besar-besaran' hari ini untuk menarik sokongan pelajar bagi memboikot pilihanraya depan, menurut sebuah laman web komuniti pelajar yang dibangunkan untuk "mendedahkan kemelut politik kampus IPTA."

Kumpulan pro-aspirasi menang banyak kerusi

Malaysia today, 19 september 2006

Oleh SALHAN K. AHMAD & RADIN SRI GHAZALI
mStar


Apabila tempoh penamaan calon tamat petang tadi, beberapa kerusi di universiti-universiti tempatan dimenangi tanpa bertanding oleh kebanyakan calon yang memihak kepada kumpulan yang menyokong dasar kerajaan atau lebih dikenali sebagai kumpulan pro-aspirasi.

Jika keputusan di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dijadikan asas, cakap-cakap kedai kopi mengenai tentangan hebat yang akan diberikan oleh kumpulan pelajar yang menentang kumpulan pro-aspirasi setakat ini tinggal sebagai khabar angin sahaja.

Di UM misalnya, 8 daripada 32 kerusi fakulti yang tidak menyaksikan pertandingan, enam daripadanya dimenangi oleh calon kumpulan pro-aspirasi.

Di UIAM pula, daripada 11 kerusi yang tidak pertandingankan, sebahagian besarnya di dominasi oleh calon pro-aspirasi, walaupun secara rasmi kumpulan itu dikatakan tidak wujud di universiti itu yang sehingga tahun lepas sentiasa menjadi tumpuan umum setiap kali pilihanraya kampus berlangsung.

Di Universiti Kebangsaan Malaysia pula semua kerusi akan dipertandingkan membabitkan pertembungan satu lawan satu antara calon pro-aspirasi yang menggondol majoriti kerusi dalam pemilihan tahun lepas dan pro-pembangkang yang menamakan kumpulan mereka Mahasiswa Penyelamat Umat Pelajar Universiti (Mampu).

Menurut cakap-cakap di kalangan pelajar UKM, pengaruh dua kumpulan itu hampir sama, presiden Mampu Suhaini Abdullah merendah diri mengatakan kumpulannya yakin akan menang sekurang-kurangnya satu kerusi.

Kekuatan atau kerapuhan kumpulan pro-mahasiswa itu akan hanya diketahui pada pemilihan bagi 23 kerusi fakulti dan 11 kerusi awam di universiti itu selesai Khamis ini.

Di UM, pula 44 calon akan bertanding bagi 24 kerusi fakulti yang belum dimenangi sementara 19 calon lagi akan berebut sembilan kerusi umum. Beberapa kerusi akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara dua kumpulan dominan itu dan calon bebas.

Naib Cancelor UM Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus ketika ditemui selepas tamat penalonan dan tempoh bantahan berkata: "Tidak ada pihak yang kita sekat daripada bertanding kali ini, semuanya mempunyai peluang yang sama untuk menang."

Walau bagiamanapun, katanya kebebasan 100% memang tidak wujud di kalangan pelajar dan menjelaskan bentuk sekatan yang boleh dikenakan oleh pihak universiti termasuk menarik kelulusan untuk melakukan sesuatu aktiviti.

Beliau berkata keseluruhan proses penamaan calon hari ini berjalan dengan lancar walaupun terdapat lebih 500 pelajar yang mengiringi calon ke tempat penamaan dikesan berarak sambil melaungkan takbir dan slogan-slogan kebebasan.

Di UIAM, 22 calon akan bertanding merebut 14 kerusi untuk pilihanraya kampus kali ini. Beberapa calon bertanding bagi lebih daripada satu kerusi.

Menurut Naib Rektor Hal Ehwal Pelajar Alumni, Hamidon Abdul Hamid beberapa sekatan "tidak langsung" dikenakan terhadap pelajar, bukan bertujuan menyekat kebebasan mereka, tetapi bagi memastikan ia tidak memberikan impak negatif kepada pencapaian akademik pelajar.

"Saya berharap agar tiada kumpulan-kumpulan yang bergelar pro aspirasi atau sebaliknya di kalangan calon.

"Kesemua pelajar di universiti ini adalah sama dan mereka menyokong aspirasi universiti ini," ujar beliau mengulas cakap-cakap mengenai pembabitan pelajar dengan parti-parti ataupun kelompok berlandaskan idealogi politik.

Kenyataan Hamidon disokong salah seorang calon, Mohd Radzin Jalaludin yang berkata: "Saya berentap dengan tiket diri sendiri dan keseluruhan kempen saya dibiayai oleh bapa."

Monday, September 18, 2006

Only one campus to boycott student polls

source: Malaysia Kini Sep 18, 06 8:05pm

Both ‘pro-establishment’ and ‘anti-establishment’ student camps are to slug it out at major universities when nominations closed today for Thursday’s campus polls.

Unlike last year, where ‘anti-establishment’ students boycotted the polls in five top universities after complaining about unfair election rules, there will contests between the two rival groups in all campuses apart from Universiti Putra Malaysia (UPM).

The other major universities that will see a face-off between the factions are Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM) and Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

At UPM, ‘anti-establishment’ student camp held a press conference at 11am to announce that they will be boycotting this year’s campus poll - the second year in a row.

The boycott was sparked by, among others, the use of the electronic voting system by the campus authorities which they claimed to be “not transparent”.

The electronic voting system - first implemented in 2003 - had been strongly criticised by ‘anti-establishment’ student camp because the voting process could not be subject to independent monitoring.

In USM, the 'pro-establishment' student camp drew blood by winning 10 students representative council’s seats uncontested when nominations closed this morning. There will be a contest for 15 seats.

In UIAM, each rival camp won four seats uncontested. Both factions will be vying for the remaining 24 seats.

However, candidates of 'pro-establishment' camp are believed to be at a distinct disadvantage in their attempt to retain control of the students council, which they won last year due to the poll boycott.

No clashes

At UM, the candidates of ‘anti-establishment’ student camp (left), Gagasan, and ‘pro-establishment’ camp Aspirasi, were both accompanied by 300 supporters respectively for the nominations.

The 'pro-establishment' student bag four seats uncontested while 'anti-establishment' students got two seats.

Both student camps are vying for the remaining 35 seats in the university’s students representative council.

They were armed with banners and posters, and chanted slogans throughout the nomination process but no untoward incidence was reported.

Meanwhile, in UKM, students from both camps will be contesting for 34 students representatives council’s seats.

In UTM, all 40 seats are up for contest.

As for institutions that are newly established, such as Universiti Pendidikan Sultan Idris and a number of university colleges, the 'pro-establishment' student camp is expected to score a landslide victory.

Last year, for the first time in the history of student activism, anti-establishment students lost control in all universities.

Over the years, pro-establishment students have made inroads into campuses with the active help from the university authorities.

Anti-establishment students have cried foul over ‘unfair’ elections rules and have repeatedly called for the Human Rights Commission, or Suhakam, to monitor the polls.

This has however been rejected by the university authorities.

Other than Universiti Utara Malaysia (UUM)'s students who are away for holidays, students at the remaining 17 local universities will vote for their 2006/2007 student representatives' council on Thursday































P'raya kampus: Pertembungan sengit di lima universiti

sumber: Malaysia Kini Sep 18, 06 8:07pm

Penamaan calon pilihanraya kampus berlangsung hari ini dengan pertembungan sengit antara kumpulan pro-kerajaan dan pro-pembangkang berlaku di lima universiti manakala di Universiti Putra Malaysia (UPM) kumpulan anti-kerajaan memboikot pilihanraya itu buat kali kedua.

Lima institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Univerisiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM) and Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Kumpulan anti-kerajaan yang memboikot pilihanraya kampus pada tahun lalu, kali ini kembali ke gelanggang politik kampus walaupun mendakwa pelbagai peraturan yang tidak adil dikenakan oleh pentadbir universiti.

Sementara itu di UPM, kumpulan anti-kerajaan dalam sdiang medianya pagi tadi melahirkan ketidakpuasan terhadap penggunaan sistem pengundian eletronik yang disifatkan sebagai suatu yang tidak adil dan tidak demokratik.

Mereka akan menjalankan kempen memboikot pilihanraya di kampus tersebut. Tandatangtan para pelajar akan dikumpul untuk dihantar kepada Naib Cancelor UPM, Prof Dr. Nik Mustapha R.Abdullah selepas tamat pilihanraya berkenaan.

Sistem pengundian eletronik diperkenalkan pada tahun 2003 dan telah dikritik hebat oleh kumpulan anti-kerajaan kerana menurut mereka di bawah kaedah itu pengundian dan pengiraan undi sukar dipantau.

Di kampus induk USM pula, kumpulan pro-kerajaan menang tanpa bertanding di 10 kerusi apabila pencalonan ditutup pagi tadi. Sebanyak 15 kerusi akan menjadi rebutan calon kedua-dua pihak.

Sebanyak 34 kerusi ditawarkan di UIAM dengan lapan kerusi dimenangi tanpa bertanding. Kedua-dua kumpulan masing-masing memenangi empat kerusi berkenaan. Sebanyak 22 kerusi lagi akan menjadi rebutan antara kem pro-kerajaan dan pro-pembangkang.

Sementara itu di Universiti Malaya (UM), calon-calon anti-kerajaan bernaung di bawah kem GAGASAN dan kumpulan pro-kerajaan di bawah kem ASPIRASI. Kedua-dua kem memenuhi dewan pencalonan dengan diirinigi lebih 300 penyokong.

Sebanyak 41 kerusi dipertandingkan di UM. Apabila pencalonan ditutup, kumpulan pro-kerajaan memenangi 4 kerusi tanpa bertanding dan kem pro-pembangkang mendapat dua kerusi.

Semasa menghantar borang pencalonan, para calon diiringi dengan poster dan sepanduk serta laungan slogan. Bagaimanapun keadaan adalah terkawal.

Di Kampus UKM, Bangi pula, kedua-dua kumpulan akan bertanding merebut 34 kerusi yang ditawarkan. Dalam pada itu di UTM, situasinya masih tidak dapat dipastikan kerana pihak pentadbir universiti tersebut belum mengeluarkan senarai calon.

Bagi universiti-universiti awam lain termasuk Universiti Institut Teknologi Mara, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan beberapa kolej universiti yang baru ditubuhkan kumpulan pro-kerajaan dikatakan akan menyapu bersih kampus-kampus berkenaan.

Selain Universiti Utara Malaysia (UUM) yang para pelajarnya sedang bercuti, para pelajar di semua 17 IPTA tempatan itu akan memilih wakil Majlis Perwakilan Pelajar masing-masing bagi sesi 2006/2007 pada Khamis ini.

Saturday, September 16, 2006

Demokrasi kampus caca merba, 200 mahasiswa buat bantahan depan PWTC

Malaysia Today, 16 september 2006

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
Harakahdaily


PERJALANAN pilihan raya kampus sejak tiga tahun kebelakangan ini sememangnya cukup memalukan warga kampus dengan pelbagai laporan mengenai dakwaan salahguna kuasa pihak tertentu yang mahu gerakan mahasiswa yang tidak sehaluan dengan aspirasi mereka tidak lagi menjadi 'leader' kepada mahasiswa di kampus.

Setiap kali menjelang pilihan raya kampus, ada sahaja suara-suara keluhan dari 'mahasiswa marhaen' yang menuntut satu pilihan raya yang telus, adil, wibawa tanpa sebarang campur tangan politik dari pemerintah mahupun pentadbir kampus seperti Bahagian Hal Ehwal pelajar (HEP).

Meskipun bantahan demi bantahan terhadap penyelewengan pilihan raya kampus dikemuka setiap tahun kepada pihak berwajib seperti Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan pihak Parlimen, namun insiden 'politik ugut' tetap berlaku di kampus.

Ramai mahasiswa yang menjadi mangsa kepada kerakusan pihak tertentu yang mahu cita-cita 'politik boss' mereka dilaksana meskipun jalan yang diambil membenam demokrasi.

'Rear culture' dimomok pentadbir?

Akibatnya lahir pula golongan mahasiswa yang kini berada dalam suasana 'fear culture' malah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku)diperguna untuk membibitkan budaya takut ini dikalangan mahasiswa 'junior'.

Pilihan Raya Institut Pengajian Tinggia Awam (IPTA) sesi 2006/2007 yang akan berlangsung pada Khamis depan (21 September 2006) ini sekali lagi didakwa berlaku campur tangan politik dan penyelewengan seperti tahun-tahun terdahulu.

Tidak puas hati dengan kaedah perlaksanaan pilihan raya kampus yang akan berlangsung minggu hadapan itu Gerakan Mansuhkan Auku (GMA) hari ini mengadakan satu perhimpunan aman di hadapan Pusat

Dagangan Dunia Putra (Bersebelahan Bangunan Umno) ketika Menteri KPT, Dato' Mustapha Mohamed dan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bertemu di tempat yang sama.

Kira-kira 200 mahasiswa berkumpul sejak jam 3.45 petang di sepanjang jalan berhadapan PWTC dan Hotel Seri Pasific dengan slogan 'hidup mahasiswa, hapuskan Auku dan kembalikan demokrasi kampus'.

Anak-anak muda yang tidak mengenal erti kalah ini bingkas berjalan menuju ke dalam bangunan PWTC untuk bertemu dengan Mustapha bagi menyerahkan memorandum berhubung penyelewengan pilihan raya kampus.

Meskipun pada masa yang sama beberapa pegawai polis telah mula cuba menghalang, namun kumpulan mahasiswa tersebut tidak berganjak dengan niat mereka bertemu 'pak menteri' yang cukup sukar ditemui.

Gagal bertemu menteri

Bagaimanapun usaha mereka untuk bertemu menteri gagal dan hanya dibenarkan bertemu dengan wakil menteri di lobi PWTC.

Ini kerana pada masa yang sama, Najib dan Mustapha sedang mengadakan perjumpaan tertutup dengan 300 pelajar di bangunan tersebut untuk membincang isu-isu yang berkaitan dengan pelajar.

Kecewa dengan layanan itu 100 mahasiswa berkenaan duduk di hadapan lobi tersebut sambil melaungkan 'hidup mahasiswa' dan terus menuntut untuk bertemu menteri terbabit.

E-Voting melenyapkan demokrasi

Menurut jurucakap GMA, Zainur Faqar Yaacob, perhimpunan itu diadakan sebagai tanda mahasiswa kecewa dengan proses perjalanan pilihan raya kampus dari awal lagi dimana tarikh yang ditetapkan untuk membuang undi bergitu singkat hanya tiga hari selepas penamaan calon (18 September 2006).

Malah menurut beliau, kini pihak pentadbir kampus telah memulakan sistem e-voting untuk menafikan hak mahasiswa mendapatkan pilihan raya yang lebih telus dan adil.

"Ianya dijalankan di Unbiversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).HEP juga mengenakan sistem penyaringan calon bagi memudahkan penyingkiran calon bukan dari kalangan pro aspirasi dibuat,"katanya kepada Harakahdaily ketika ditemui di PWTC.

Dalam memorandum GMA menyebut, GMA Auku dimansuhkan selain mendedahkan pelbagai penyelewengan yang berlaku menjelang pilihan raya kampus yang dilihat lebih menyebelahi kumpulan pro-establishment.

Perhimpunan tamat pada jam 6.15 petang dalam keadaan aman.

Boikot pilihan raya di UPM

Sementara itu seorang mahasiswa UPM yang ditemui selepas perhimpunan aman tersebut menyatakan kumpulan bukan aspirasi akan memboikot pilihan raya kampus pada kali ini.

Boikot ini dibuat kerana mahasiswa berasa amat kecewa dengan pengendalian dan kaedah pembuangan undi dijalankan.

"Kita akan boikot kerana kecewa, perkara yang sama seperti tahun lalu tetap akan berulang," kata beliau yang tidak mahu namanya disiarkan.

Friday, September 15, 2006

SMM kesal tidak dimaklum kelonggaran p’raya kampus

oleh: Muhammad Razif
sumber: Malaysia Kini Sep 15, 06 6:46pm

Kumpulan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang bernaung di bawah gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendakwa pihak pentadbir universiti bertindak tidak adil apabila tidak memaklumkan lebih awal perubahan dalam syarat berkempen pilihanraya kampus tahun ini kepada semua pihak yang bertanding.

Mereka mempersoalkan mengapa dan bagaimana kumpulan pro-aspirasi atau pro-kerajaan boleh tahu lebih dahulu kelonggaran waktu berkempen sedangkan ia sepatutnya diberitahu kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihanraya berkenaan.

Pengerusi SMM, Ahmad Rifaudin berkata, kumpulannya amat kesal dengan tindak-tanduk Pengerusi Sekretariat Timbalan Naib Canselor dan Alumni (HEPA) IPTA, Prof Datuk Dr Mohd Wahid Samsudin mengumumkan perubahan syarat berkempen itu di akhbar.

“Sepatutnya masyarakat kampus dimaklumkan terlebih dahulu menerusi notis atau cara-cara lain. Sekarang kami hanya mengetahuinya melalui akhbar sahaja sedangkan tiada sebarang hebahan dibuat di kampus-kampus di seluruh negara.”

“Saya diberitahu kumpulan pelajar pro-aspirasi di beberapa kampus mengetahuinya semalam dan terus memasang poster dan sepanduk mereka. Ini adalah tidak adil,”katanya.

Laporan akhbar hari ini yang memetik kenyataan Dr Mohd Wahid yang menyatakan para pelajar yang bertanding boleh mula berkempen semalam.

Sebelum ini mereka hanya dibenarkan berkempen selama tiga hari selepas penamaan calon pada 18 September ini. Hari pengundian ialah pada 21 September.

Tempoh berkempen

Dr Mohd Wahid berkata, keputusan memanjangkan tempoh berkempen dibuat selepas mengambilkira rungutan para pelajar terhadap tempoh berkempen yang singkat.

Ahmah Rifaudin berkata, walaupun pihaknya mengalu-alukan tempoh berkempen yang lebih panjang itu namun mereka tetap menyesali tindakan pihak universiti yang membuat keputusan mengejut.

“Sebarang perubahan sepatutnya dihebahkan secara rasmi di kampus-kampus, bukannya menerusi akhbar. Perubahan-perubahan mengejut ini menjejeskan persiapan para calon,” katanya.

Bagaimanapun katanya, jentera pilihanraya kumpulan SMM telah digerakkan serta merta hari ini bagi memanfaat ruang dan peluang yang diberikan oleh pihak pentadbir universiti itu.

“Kami memang sudah bersedia, calon-calon telah lama dipilih dan telah mula mengatur program masing-masing,” ujarnya.

Rifaudin juga menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan kumpulan pelajar pro-pembangkang menghadapi kesukaran mendapatkan calon untuk bertanding dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kali ini.

“Kita mempunyai ramai calon, walaupun pada mula mereka agak keberatan untuk menonjolkan diri kerana bimbangkan tekanan daripada pihak tertentu tetapi semuanya telah dapat diselesaikan dengan baik,”jelasnya.

Rifaudin menambah, pertandingan antara calon-calon pro-aspirasi dan SSM dilakukan atas dasar individu kerana pihak universiti melarang pertandingan antara kumpulan.

Pengundian elektronik

“Tiada menang percuma kali ini, kami akan bertanding di semua kampus IPTA,” ujarnya.

Ini adalah kali kedua pilihanraya di semua kampus diadakan serentak. Ia diperkenalkan pada tahun lalu tetapi kumpulan pelajar pro-pembangkang memboikotnya kerana tidak puas hati dengan tindakan dan peraturan yang dikenakan oleh pihak universiti.

Ini menyebabkan semua 18 kampus awam di seluruh negara dimenangi oleh kumpulan pelajar pro-aspirasi.

Dalam pada itu Dr Mohd Wahid dalam kenyataannya semalam turut mengumumkan pengundian secara eletronik (e-voting) diperkenalkan dalam pilihanraya MPP kali ini.

Katanya, buat permulaan ini, “e-voting” akan dilaksanakan di tujuh IPTA iaitu Universiti Putra Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kolej Universiti Islam Malaysia, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia dan Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia.

Pengundian eletronik ini juga dilakukan di Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia dan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

Beliau juga menyatakan, proses pembuang undi akan diadakan dari jam 8 pagi hingga 5 petang, 21 September ini dan keputusan terawal dijangka diketahui pada sekitar jam 9 malam.

Monday, August 14, 2006

GPMS: Suhaimi undur, Reezal menang tanpa bertanding

oleh: Muda Mohd Noor
sumber: Malaysia Kini Aug 14, 06 4:58pm

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Suhaimi Ibrahim menjelaskan, beliau tidak bertanding mengekalkan jawatannya kerana mahu menyelamatkan gabungan itu daripada berpecah dan berkubur.

Katanya, jika kedua-dua pihak terus berdegil dan tiada jalan penyelesaian, sudah tentu nasib GPMS menjadi tidak menentu.

“Atas kesedaran ini dan juga atas nasihat Datuk Seri Najib Tun Razak saya mengambil keputusan tidak bertanding mengekalkan jawatan Presiden GPMS walaupun ramai ahli yang kecewa.

“Ada ahli yang kecewa kerana mereka begitu bersungguh-sungguh mempertahankan saya semasa krisis dengan Reezal,” katanya ketika berucap di mesyuarat khas GPMS di ibu negara hari ini. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam ucapannya terakhirnya sebagai Presiden gabungan itu, Suhaimi berkata, krisis kepimpinan selama sembilan bulan 10 hari membabitkan kem beliau dengan kem Reezal Marican Naina Marican adalah sesuatu yang tidak dijangka.


“Krisis kepimpinan ini telah berlarutan hingga menjejaskan ahli-ahli dan gabungan ini. Saya mengucapkan banyak terima kasih kepada Datuk Seri Najib yang membantu menyelasaikan krisis tersebut, jika tidak mungkin GPMS hanya tinggal nama sahaja,” katanya.

Sementara itu Reezal yang menggantikan Suhaimi selepas menang tanpa bertanding pula berkata, beliau dan pucuk pimpinan lain gembira kerana kemelut GPMS dapat diselesaikan secara baik.

Katanya, beliau mahu melihat GPMS dapat memainkan tanggungjawabnya secara kolektif dan lebih berkesan demi kepentingan pelajar Melayu yang masih memerlukan pembelaan.

Krisis kepimpinan GPMS berlaku sejak Oktober tahun lalu apabila kumpulan yang diketuai Suhaimi berebut jawatan dengan kem yang dikepalai oleh Reezal hingga menimbulkan ‘rampasan kuasa’ dan pergantungan beberapa orang pemimpin kanan dari jawatan masing-masing.

Masalah yang dihadapi oleh GPMS itu akhirnya terpaksa ditujuk kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi menentukan pihak mana yang sah dan layak memimpin gabungan tersebut.

Pada mesyuarat hari ini pemilihan ahli Majlis Tertinggi GPMS juga diadakan.



Thursday, August 10, 2006

PMIUSM Di Ambang Kesesatan Kerana Menentang Firman Allah Di Dalam Islam Hadhari

PMIUSM Di Ambang Kesesatan Kerana Menentang Firman Allah Di Dalam Islam Hadhari


Hit = [ 1215 ]

oleh Kencana Dewi melalui Borang Penulis Tamu

Assalamualaikum kepada semua pembaca IM. Kehadiran penulisan saya di dalam ruangan ini hanyalah sekadar untuk membuka ruang pemikiran kita bersama terhadap prinsip perjuangan berteraskan kepada pengetahuan agama. Mungkin para pembaca melihat banyak penulisan yang saya hasilkan terlalu kontra dengan PMIUSM. Sahabat pembaca mungkin merasakan bahawa saya merupakan penentang PMIUSM. Untuk menjawab persoalan tersebut, maka saya lahirkan melalui kupasan 10 prinsip Islam Hadahari di dalam penulisan kali ini.

Jujur dan ikhlas saya katakan, saya tidak menentang dan memusuhi PMIUSM. Yang saya tidak suka kepada kepimpinan PMIUSM ialah kerana mereka tidak berpijak di bumi yang nyata dan terlalu totok dengan prinsip dan pemahaman PAS. Dahulu pada penghujung tahun 70an PMIUSM dipimpin oleh mahasiswa yang pro kepada Kerajaan kerana ketika itu mahasiswa perlu bersatu untuk memartabatkan pengetahuan bangsa. Namun sejak tahun 1982 iaitu apabila Dewan Pemuda Pas mula campur tangan di dalam urusan politik kampus, maka saya mula tidak percayakan prinsip perjuangan PMI. PMI diseluruh negara semuanya sama memperjuangkan ideology PAS. Hampir semua kepimpinan tertinggi PMI akan menjadi kepimpinan PAS di peringkat kawasan apabila mereka menamatkan pengajian. Sewaktu di universiti mereka menafikan penglibatan mereka dengan PAS, namun setelah keluar, sifat munafik mereka mula terserlah. Inilah yang dinamakan ketentuan Allah.

Penulisan kali ini saya tumpukan kepada perbincangan PMIUSM berada di ambang kesesatan kerana tidak mempersetujui Islam Hadhari walaupun kupasan dan prinsip pelaksanaannya berteraskan Firman Allah dan Hadis Nabi. Bagi mereka, pemimpin UMNO tidak layak menggunakan Firman Allah. Apa-apa jua ayat-ayat Al Quran yang digunakan oleh pemimpin UMNO harus ditentang. Kesan daripada itu, firman Allah yang diambil untuk melaksanakan Islam Hadhari juga perlu ditentang. Di dalam Islam menentang Firman Allah hukumnya sesat dan individu tersebut perlu dinasihatkan. Oleh kerana PMIUSM merasakan MT-nya dan ahli-ahlinya syumul belaka, maka mereka layak untuk mempertikaikan firman Allah. Ulasan 10 prinsip Islam Hadhari di bawah jelas menerangkan maksud saya yang sebenarnya sebagai penilaian dari pembaca-pembaca IM.

10 PRINSIP ISLAM HADHARI

KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH

Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sebagai teras utamanya. al-qur’an dan sunnah Rasulullah S.A.W sebagai teras pegangan dan rujukannya. Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan), syariah (perundangan), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT. dalam surah al-A’raaf: 96, maksudnya: “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan(rasul kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”

Pada prinsipnya penentuan pegangan agama atau akidah bagi mereka yang berada di luar Islam terbahagi kepada dua iaitu tiada paksaan dalam agama dan kebebasan dalam menganut agama masing-masing seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah: 256 maksudnya: “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)”

Dan dalam surah al-Kaafiruun: 6, Allah SWT berfirman, Maksudnya: “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”

KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH

Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar masing-masing. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah an-Nahl: 90, maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya”.

Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama. Ini bersesuaian dengan peruntukan dalam al-qur’an dan hadis Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman dalam surah al-Maa’idah: 8, maksudnya :

“Dan jangan sekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.

Dan hadis Nabi SAW diriwayatkan oleh Bukhari maksudnya, “Sekiranya (anakku) Fatimah mencuri nescaya aku akan memotong tangannya”.

Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya. Ini bersumberkan dari al-qur’an dan hadis Nabi SAW. Dalam al-qur’an Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’: 58 Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat”.

Dan hadis nabi SAW, yang diriwayatkan oleh Ahmad, maksudnya: “Dan tidak beriman bagi seseorang yang tidak amanah”.

Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik, maju, dan dirahmati Allah SWT sebagaimana ditegaskan dalam al-qur’an surah Saba’: 15

Maksudnya: “Demi Sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba’ satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur)”. Yang terletak disebelah kanan dan disebelah kiri (Kariah mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka):”makanlah dari re4zeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya: (negeri kamu ini adalah)negeri yang baik(aman dan Makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun”.

RAKYAT BERJIWA MERDEKA

Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka. Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-qur’an surah al-Isra’: 70 maksud: “Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan”.

Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah, bersikap terbuka kepada kemajuan dan perubahan orang lain, tidak bersikap jumud dalam menghasilkan pemikiran berdaya maju dan menolak amalan-amalan negatif yang boleh menyebabkan jiwa terus terbelenggu.

Masyarakat yang berjiwa merdeka bukanlah masyarakat yang terlepas daripada peraturan undang-undang dan etika, sebaliknya asas-asas murni itu hendaklah digunakan sebagai landasan membangunkan masyarakat dan negara yang teguh dan utuh.

Setiap potensi anggota masyarakat harus digerakkan sebijaksana mungkin sehingga mampu memartabatkan jatidiri, imej keluarga, integriti masyarakat, keutuhan negara berasaskan patriotisme yang tinggi dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.

Jiwa merdeka harus mampu melakukan pilihan dan membuat saringan serta bersikap terbuka terhadap faktor dari luar lingkungan budaya dan tradisi yang tidak bercanggah dengan nilai etika dan sejagat yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan tamadun mengikut acuan kita sendiri.

Makna jiwa merdeka bukan hanya terletak pada slogan atau pernyataan luaran semata-mata tetapi lebih daripada itu menuntut pengorbanan dan keperluan bekerja bersungguh-sungguh ke arah menyumbang dan membangunkan negara.

PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN

Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara intergratif boleh menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara kita. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam al-qur’an surah al-Mujaadalah: 11 maksudnya: “Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah maha mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan”.

Dalam mana-mana sejarah masyarakat yang maju dan bertamadun ianya tidak akan berlaku tanpa menjadikan ilmu sebagai sumbernya. Tamadun Baghdad dan Tamadun Andalusia menjadi contoh nyata bagaimana ilmu yang integratif mampu menyumbang ke arah pembangunan tamadun Barat dan Timur.

Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan cabaran semasa, faktor ilmu intergratif, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi fokus bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat.

Melalui pengukuhan ilmu fardu ain yang dilengkapkan dengan penguasaan ilmu fardu kifayah, hasrat untuk mencapai kecemerlangan terbuka luas. Melalui system pendidikan yang melengkapi dwi pengkhususan dan double Major, kita boleh melahirkan sumber tenaga yang mampu menerajui program pembangunan negara dan ummah.

Usaha penggalian dan penerokaan serta penemuan ilmu sains dan teknologi amat digalakkan dalam tradisi Islam. Amat disedari umat Islam ketinggalan dalam penguasaan sains dan teknologi pada masa kini. Sewajarnya usaha pengkajian dan penyelidikan (tadabbur) dijadikan matlamat keilmuan supaya asas pembangunan intelek, rohani dan jasmani dapat berlaku secara seimbang, menyeluruh dan teratur. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Ali ‘Imraan: 190 Maksudnya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda(kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

PEMBANGUNAN EKONOMI SEIMBANG DAN KOMPREHENSIF

Dalam usaha untuk memajukan negara, aspek ekonomi turut sama diberi keutamaan oleh Islam. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif memberikan satu pendekatan yang menggabungkan kepada usaha memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai dengan perkembangan ekonomi di dalam negara dan diperingkat antarabangsa. Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-Jumu’ah: 10 bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu dimuka bumi(untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa-apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak(dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya(di dunia dan akhirat)”.

Untuk menjayakan pendekatan tersebut, pihak kerajaan dan sektor swasta perlu sama-sama berperanan secara bersepadu. Ini sudah pun diberi penekanan dalam konsep pensyarikatan Malaysia. Islam Hadhari menuntut setiap masyarakat merebut peluang untuk memaju pencapaian ekonomi mereka.

Usaha-usaha untuk memantapkan keadilan dan kestabilan ekonomi di dalam negara akan terus diberi keutamaan. Melalui strategi pembasmian kemiskinan, mencapai guna tenaga penuh, kestabilan paras harga dan pertumbuhan ekonomi yang mapan, keadilan dan kestabilan ekonomi akan dapat dicapai. Bahkan strategi tersebut menepati aspirasi Islam Hadhari.

Melalui strategi tersebut negara mampu mengembeling kesemua tenaga rakyat semoga mereka dapat berprestasi di peringkat optimum. Dalam rangka yang sama pendekatan Islam Hadhari akan terus berusaha untuk meningkat kecekapan sistem penyampaian sektor awam dan prestasi sektor swasta. Justeru itu mutu sistem pendidikan dan Institusi Latihan Negara perlu sentiasa dipertingkatkan semoga kesemua aspek keperluan tersebut dapat dibekalkan kepada rakyat.

Dalam suasana ekonomi dunia yang sangat mencabar dan tidak menentu, perancangan dan dasar ekonomi yang digubal perlu sensitif kepada perkembangan tersebut. Walaupun sektor pembuatan dan perkhidmatan menyumbang secara besar-besaran kepada pertumbuhan ekonomi negara, demi keselamatan negara, sektor pertanian akan turut diberi perhatian yang sewajarnya. Pembekalan kepada makanan asasi rakyat, adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam. Melalui kemajuan bidang sains bioteknologi, negara akan berusaha untuk memaju sektor pertanian dengan teknologi tersebut.

Jelas sekali bahawa pendekatan Islam Hadhari adalah suatu pendekatan yang komprehensif di mana pencapaian pembangunan ekonomi negara mampu menjana kepada wujudnya sebuah masyarakat yang bertamadun dan progresif.

KEHIDUPAN BERKUALITI

Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian kehidupan masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Bahkan Islam menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material.


Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam al-qur’an surah al-Qasas: 77 bermaksud: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu(keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu(dengan pemberian nikmat-nikmatnya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan dimuka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan”.

Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan negara memenuhi keperluan kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki harta dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang.

Bermula dengan pencapaian keperluan asasi tersebut kualiti kehidupan mengikut Islam tidak bersifat statik, malah usaha untuk meningkat maju dalam kesemua aspek tersebut perlu diusaha dan dijayakan dari masa ke semasa semoga tahap pencapaian setanding dengan masyarakat yang maju di dunia.

Di samping itu, Islam memberi keutamaan kepada insitusi keluarga. Keluarga yang sejahtera akan menjamin kepada lahirnya generasi yang seimbang dan berprestasi. Bahkan gejala sosial masyarakat dapat diminimakan jika setiap institusi keluarga dapat berfungsi dengan berkesan.

Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti, kemudahan persekitaran turut serta diberi perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan beriadah turut sama difikir perlu dalam membina masyarakat yang sihat dan bertenaga.

Dari pendekatan Islam Hadhari, kita dapati bahawa kualiti hidup masyarakat dari kesemua aspek akan dibangunkan secara bersepadu.

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah): dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Surah al-Qasas: Ayat 77)

PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA

Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu diberikan kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung dalam matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah). Oleh itu tidak boleh berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi undang-undang. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-qur’an surah al-Hujuraat: 13 bermaksud “Wahai Umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan( dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu,(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi mendalam pengetahuanNya(akan keadaan dan amalan kamu)”.

Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam Pelembagaan Persekutuan. Ia terdapat dalam Bahagian Kedua Perlembagaan yang membuat peruntukan mengenai kebebasan asasi (Fundemental Liberties).

Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki. Mereka berhak untuk turut sama dalam pembangunan negara dan menikmati apa jua yang dinikmati oleh kaum-kaum lain. Mereka boleh menyertai dalam pentadbiran negara aktiviti ekonomi, sosial, pendidikan, agama dan politik. Isu mengenai hak-hak wanita telah diberi perhatian yang khusus oleh kerajaan dalam menggubal dasar negara seperti termaktub dalam Dasar Wanita Negara.

Rasulullah S.A.W telah juga menyebut dengan jelas tentang wanita sejak mula hingga keakhir hayat baginda dengan peringatan khusus semasa mengerjakan Haji Wida’ (Haji Perpisahan) dengan sabdanya yang telah diriwayatkan oleh muslim, maksudnya:

“Maka bertaqwalah kamu kepada Allah terhadap wanita kerana sesungguhnya kamu mengambil mereka adalah kerana Allah dan Allah menghalalkan kepada kamu mencampuri mereka dengan ijab Kabul yang sah sesuai dengan aturan Allah dan hak suami terhadap isterinya ialah agar mereka tidak membiarkan orang luar yang dibenci oleh suaminya berkunjung kerumahnya. Sekiranya mereka melakukan sedemikian, ajarlah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Manakala bagi mereka (wanita) ke atas kamu (lelaki) pula ialah memberikan mereka rezeki (makanan) dan perhiasan/pakaian dengan cara yang baik. Dan telah aku tinggalkan kepada kamu suatu yang tidak akan menyesatkan kamu selepasnya sekiranya kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-qur’an)”.

Realiti yang berlaku di negara kita sejak negara mencapai kemerdekaan sampai ke hari ini menunjukkan setiap kaum dan bangsa tidak dinafikan hak-hak mereka, bahkan dalam beberapa perkara diberikan perlindungan dan jaminan melalui undang-undang negara.

Di negara kita seperti juga di kebanyakan negara-negara lain bagi menjamin hak-hak seseorang dan kumpulan itu tidak dinafikan, kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Kerajaan juga telah menerima deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDHR), beberapa teriti dan kemanusiaan lain, termasuk mengenai wanita. Bahkan dalam beberapa aspek kedudukan wanita di negara ini jauh lebih baik berbanding di sesetengah negara Islam. Ada undang-undang yang menjamin hak-hak mereka dan kesatuan yang menguruskannya. Mereka boleh terlibat dalam semua sektor pekerjaan dan perkhidmatan yang tidak menyalahi undang-undang negara dan penyertaan dalam pembangunan negara.

Bagi menjamin hak-hak tersebut dihormati dan tidak dicabuli, terdapat badan-badan yang mengawasi termasuk mahkamah-mahkamah diberi kuasa dan bebas untuk membicarakan isu menyalahi hak-hak apabila berlaku pertikaian.

Dalam beberapa penulisan barat menimbulkan isu bahawa Islam tidak memberi perhatian dan kedudukan wajar kepada bukan Islam dan wanita. Sebenarnya hak-hak asasi sepatutnya diperjelaskan meliputi golongan bukan Islam dan semua kaum serta jantina. Dalam sejarah pemerintahan Islam orang bukan Islam diberi kedudukan dalam pemerintahan, hak-hak mereka tidak dinafikan. Kebebasan beragama diberikan bagi menjamin penghayatan dalam pembangunan negara dan perkhidmatan. Mereka diberikan hak sehingga menjawat jawatan menteri dan pegawai kanan kerajaan. Sejarah membuktikan orang bukan Islam begitu senang berada di bawah pemerintahan Islam kerana hak-hak mereka terjamin dan kerajaan berlaku adil ke atas mereka. Keadaan yang sama dapat disaksikan berlaku di negara kita.

Islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama, amanah dan bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak memandang rendah mana-mana golongan. Hak-hak mereka dilindungi oleh undang-undang dan apabila timbul pertikaian ia boleh diselesaikan oleh mahkamah atau badan seumpamanya. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’: 58 maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya(yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hokum diantara manusia, (Allah menyuruh)maku menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat”.

KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL

Satu daripada perinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya keutuhan budaya dan ketinggian moral sebagai identiti negara tersebut. Dalam rangka meningkatkan kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Mukminin: 1-2 maksudnya: “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu’ dalam sembahyangnya”.

Dengan demikian kemajuan ekonomi dan teknologi Malaysia akan berjalan selari dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum. Namun, gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu dalam masyarakat Malaysia semasa, merupakan suatu cabaran besar kepada pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari.

Dari perspektif tamadun dan agama Islam, kemajuan ekonomi dan ilmu sesuatu bangsa harus dijiwai oleh budaya moral dan etika yang luhur. Matlamat ini tidak akan dapat dicapai selagi kemajuan kebendaan diasingkan daripada nilai-nilai moral, etika dan kerohanian yang luhur. Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun dan Empayar Romawi yang begitu hebat telah runtuh dan ditelan zaman akibat daripada kepincangan moral yang parah dalam masyarakat dan negara.

Aspek kesenian dalam memperkasakan budaya harus seiring dengan nilai-nilai murni yang berasaskan keluhuran dan kreativiti yang menyumbang ke arah kebudayaan tinggi (high culture).

PEMELIHARAAN ALAM SEMULAJADI

Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii. Dalam proses pembangunan, manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengekploitasi alam tabii secara berlebihan dengan menggunakan sains dan teknologi. Natijahnya, keseimbangan alam semula jadi tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global, ribut taufan, hujan asid, pencemaran udara, air dan darat, kepupusan tanaman, habitat dan sebagainya semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan oleh aktiviti manusia.

Di peringkat antarabangsa beberapa deklarasi mengenai alam sekitar telah pun dilaksanakan oleh UNDP untuk memastikan pembangunan yang lestari. Deklarasi Reo De Janerio (1993) dan Protokol Kyoto (1997) merupakan antara dua deklarasi di mana Malaysia turut menandatanganinya. Malaysia sendiri telah mengadakan Deklarasi Langkawi untuk memastikan pembangunan negara secara lestari dan mesra alam.

Untuk mengatasi semua ini alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat.

Adalah menjadi pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam sekitar dan persekitarannya disamping berusaha untuk terus maju.

KEKUATAN PERTAHANAN

Islam Hadhari melihat pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri, fizikal dan spritual. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam al-qur’an surah al-Anfal: 60 maksudnya: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk mengerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahui nya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasanya kepada kamu,dan kamu tidak akan dianiayai”.

Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat mempertahankan diri dan negara dari dicerobohi. Untuk itu mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan yang terkini bagi tujuan mempertahankan diri dan negara dan bukan untuk menyerang dan menguasai bangsa dan negara lain.

Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan, keamanan dan keselamatan negara yang membolehkan proses pembangunan dilakukan secara berterusan.

Perubahan suasana politik dunia global masa kini dan tekanan serta penghinaan yang dihadapi oleh sebahagian umat manusia menuntut kita menguasai kekuatan ketenteraan dan keupayaan mempertahankan diri. Negara perlu diperlengkapkan dengan rancangan serta program jangka panjang untuk menyemai rasa hak dan tanggungjawab membela kemuliaan maruah diri, bangsa dan negara. Pendekatan Islam Hadhari akan berusaha memperkasakan umat supaya mereka berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.

Sekian untuk tatapan semua sahabat

Kencana Dewi