Sunday, September 30, 2007

'Lawan tetap lawan' di UKM

Intan Abdullah
Harakahdaily
Sun | Sep 30, 07 | 5:03:42 pm MYT

Tiada istilah menang tanpa bertanding di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana kumpulan Aspirsi dan Pro Mahasiswa akan berjuang merebut 34 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kampus (PRK) 2 Oktober ini.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Situasi di sana membuatkan slogan 'lawan tetap lawan' sangat relevan memandangkan kampus lain tidak menghadapi situasi seumpama ini.

Namun, menurut sumber PRK ini adalah milik kumpulan Aspirasi-Umno yang mana kumpulan lain terutamanya pro mahasiswa akan tetap kalah disebabkan campur tangan pihak berautoriti serta taktik kotor yang digunakan.

PRK 2007 menyaksikan kejayaan awal pro mahasiswa yang dikenali sebagai Gabungan Mahasiswa UKM setelah beberapa tahun kumpulan tersebut gagal menghantar calon untuk bertanding di semua kerusi yang dipertandingkan.

Apa yang pasti, masyarakat kampus akan mengundi calon daripada tiga kumpulan besar di UKM iaitu kumpulan pro mahasiswa, Aspirasi dan Tindakan Siswa Bersatu.

Menurut sumber, semua peraturan dan prosedur yang ditetapkan sepanjang PRK hanyalah untuk dipatuhi oleh kumpulan selain daripada kumpulan Aspirasi, yang sekali gus berfungsi sebagai imuniti mereka.

Ini kerana menurut maklumat yang diterima satu pertemuan telah diaturkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM (TNC HEPA), Prof Dr Abdul Wahid Shamsudin bersama pengetua-pengetua kolej di Kolej Ibu Zain minggu lepas.

Motif perjumpaan tersebut adalah untuk meminta pengetua-pengetua kolej untuk masuk campur yakni membantu kempen calon-calon Aspirasi yang bertentangan dengan arahan Naib Canselor UKM, Prof Dato' Dr Sharifah Hapsah Syed Shahabudin yang melarang mereka daripada campur tangan dalam PRK. - mns

1 comment:

Pak Din said...

Seronok jugak baca pasal politik kampus nie, orang nie campur tangan usik orang nie, orang nie kacau orang nie... tak tahulah. Yang pasti asalkan bahagia sudahlah.... NC nie betoil ker cakap serupa bikin. Macam tak boleh percaya jer. Bagilah kebebasan kepada pelajar untuk berpolitik. Dalam kampuspun ramai pensyarah yang berpolitik jadi calon pilihanraya pun ader jugak. Di universiti pelajar perlu berpolitik, kalau takder kerja boleh jadi pensyarah bebas. Adalah income sikit.