Saturday, September 22, 2007

Apa motif universiti sembunyikan notis pembubaran kabinet?

Intan Abdullah
Harakahdaily
Sat | Sep 22, 07 | 11:34:45 am MYT

Apakah tujuan pihak universiti menyembunyikan notis pembubaran kabinet Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) tatkala tarikh penamaan calon Pilihan Raya Kampus (PRK) pada 26 September (Rabu) minggu hadapan?

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Apakah wujud perancangan pihak-pihak tertentu demi memastikan bakal kabinet MPP akan hanya dimonopoli oleh golongan yang disenangi oleh pihak universiti?

Tinjauan Harakahdaily mendapati rata-rata tiada kampus yang menaikkan notis pembubaran kabinet MPP yang menandakan bermulanya proses pelantikan semula kepimpinan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi.

Namun menurut sumber, notis tersebut menyatakan bahawa tarikh penamaan adalah pada 26 September, Rabu depan serta tempoh berkempen selama enam hari iaitu sehingga 1 Oktober.

Ada pihak yang menjangkakan bahawa notis tersebut akan dinaikkan pada saat-saat akhir menjelang hari penamaan dengan anggapan supaya tidak ada pertandingan atau ia adalah suatu taktik mahu menghalang pihak lawan membuat persiapan awal.

Antara perkara yang aneh terdapat pada notis yang memperincikan prosedur perjalanan pilihan raya kampus kali ini ialah calon yang bertanding tidak dibenarkan berkempen di surau dan Balai Islam.

Mungkinkah ini adalah satu usaha pihak tertentu yang tidak senang dengan penyertaan calon kelompok aliran Islam atau sebelum ini lebih dikenali dengan kumpulan mahasiswa pro-pembangkang yang kini mahu dikenali dengan nama pro-mahasiswa?

Bahkan menurut sumber, mana-mana yang menunaikan solat di surau akan dilabel sebagai kumpulan pro-mahasiswa di samping ditakutkan jika mereka tidak mengundi kumpulan Aspirasi akan dibuang kolej.

Setakat ini, umum hanya sekadar mendapat maklumat bahawa PRK akan dijalankan pada 2 Oktober akan datang, dan pembubaran kabinet MPP pada 24 Oktober akan datang.

Terdahulu, gabungan front-front mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia telah menghantar memorandum menuntut PRK yang bersih dan adil kepada Kementerian Pengajian Tinggi, Suhakam, Kaukus dan Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri.

Malangnya, sehingga kini menteri yang bertanggungjawab masih belum memberikan sebarang jawapan terhadap memorandum yang dikemukakan.

Selain itu, tiada sebarang notis pekeliling yang mengesahkan maklumat yang disebarkan umum berhubung tarikh PRK tersebut.

Mungkinkah PRK 2007 akan mencatatkan sejarah PRK yang kotor dan tidak adil sepertimana yang diharapkan mahasiswa, dengan permulaan yang begitu 'misteri' ini? - mks.

No comments: