Monday, January 02, 1995

" Di Sebalik Tabir Politik Kampus" - Biodata Pengarang (1)

Gerakan Siswa

Ulasan Buku " Di Sebalik Tabir Politik Kampus" - Biodata Pengarang (1)

Oleh

Kamal Azman

(kamal_azman@yahoo.com)

shuhaimi alminiri

Penulis buku " Politik Kampus Di Sebalik Tabir" adalah Mohd. Shuhaimi al Maniri atau Mohd Shuhaimi Embong .

Dilahirkan di Kg Balau Kolam, Kuala Terengganu. Mendapat pendidikan awal di kampungnya sebelum menyambung pelajaran peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Belara, Kuala Terengganu dan menengah atas di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.

Beliau adalah seorang penulis muda berbakat. Sejak di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) lagi, beliau pernah menjadi pengarang beberapa majalah terbitan kampus.

Kepemimpinan beliau terserlah sejak dibangku sekolah lagi. Beliau sering dilantik memegang pelbagai jawatan penting. Di universiti, beliau seorang aktivis kampus, memegang jawatan antaranya Exco PMUTM sesi 1985/86, Pengarah Kolej Pertama, Naib Presiden Permata dan Exco Persatuan Sains Komputer.

Beliau pernah menjadi Setiausaha Agung Kelab Siswazah Muslim Terengganu Darul Iman (KEMUDI), Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Pernah menulis di akhbar Watan, Mingguan Politik, Harakah dan Dunia Islam suatu ketika dahulu.

Buku "Politik Kampus Di Sebalik Tabir" diterbitkan pada tahun 1995, cetakan Pustaka Generasi Baru. Buku ini menjadi sumber rujukan peminat-peminat politik kampus IPTA dan dianggap dokumentasi politik kampus yang paling komprehensif dan popular.

Penulis mengulas gerakan politik kampus di universiti utama Malaysia iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa.

Buku ini bercorak dokumentasi sejarah berdasarkan sumber lisan, pemerhatian, keratan akhbar,majalah, buku yang disusun semula oleh penulis. Pengamatan penulis yang tajam dan pengalamannya sebagai bekas aktivis pelajar dengan susunan menarik dari tahun ke tahun menyebabkan buku menarik minat pembaca.

Buku ini mengupas gerakan pelajar di IPTA bermula dari tahun 60-an hingga 90-an. Dibahagikan kepada 10 bab, tiga bab perbincangan secara umum iaitu 'Politik kampus sepintas lalu', Tragedi kelesuan politik kampus' dan 'Perebutan kuasa politik di kampus' serta 6 bab lagi dikhususkan kepada universiti-universiti tertentu. Bab ke10 pula penulis membuat kesimpulan dengan menyentuh perkembangan politik mutakhir di kampus sekitar tahun 90-an.

Pendedahan penulis tentang corak kepartian kampus, badan-badan pelajar, kaitan dengan politik luar dan pergelutan dalaman politik kampus telah memberi pandangan sebenar mengenai senerio kampus.

Sebelum ini, beliau telah menerbitkan buku pertama yang bertajuk "Gerakan Pelajar - Kepimpinan, Pengurusan dan Cabaran"


Dalam buku itu beliau cuba mengupas beberapa persoalan mahasiswa, termasuk berakhirnya zaman kegemilangan mereka, menyebabkan banyak pihak mempertikaikan kredebiliti mahasiswa sekarang.

Sehubungan itu, penulis dalam bukunya berpendapat, kepemimpinan mahasiswa perlu berusaha serta peka kepada keadaan semasa, dengan memberi tumpuan ke arah mempertingkatkan peribadi, pengetahuan, kepemimpinan dan kebolehan berkomunikasi.

Katanya, kewibaan itu boleh digilap menerusi pelbagai kegiatan kampus seperti mengadakan kursus, seminar, simposium, forum, pidato, khidmat kerjaya, ekspo, pertandingan, lawatan dan sukan.

Peningkatan prestasi aktiviti di kalangan mahasiswa perlu kerana persatuan yang baik tidak sewajarnya melakukan kegiatan yang bersifat berulang atau carbon copy sehingga sanggup mengadakan persaingan mengikut aktiviti persatuan lain.

Ada tujuh bab utama dalam buku itu, termasuk tajuk kecil yang mengupas perbincangan permasalahan secara lebih terperinci. Pada bahagian akhir buku itu, penulis mengupas permasalahan yang dihadapi gerakan mahasiswa Islam secara global.



1 comment:

aina isaac said...

tumpang tanya.
di mana boleh saya dapatkan buku politik kampus di sebalik tabir ini?
dekat library ukm tak ade la.