oleh Kencana Dewi melalui Borang Penulis Tamu
Assalamualaikum wbk Islam Hadhari bukanlah satu ajaran baru, ianya adalah ajaran Islam yang sebenar yang berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah (Islam Fundamental). Hal ini bukanlah satu perkara yang baru kerana agama Islam adalah satu agama yang syumul; agama yang sesuai sepanjang zaman dan agama yang merentasi sempadan tempat dan waktu. Malah penggunaan istilah 'Hadhari' telahpun digunakan oleh ilmuan Islam sejak dari dulu lagi seperti Ibnu Khaldun dalam kitab agungnya 'Al-Muqaddimah' dan pemikir al-Jazair iaitu Malik Bennabi yang cenderung menggunakan istilah 'hadhara' yang dianggap hampir kepada maksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spiritual. Aspirasi USM yang sudah diketahui umum sentiasa menyokong penuh Aspirasi Universiti dan Negara melihat pelaksanaan Islam Hadhari sebagai satu perkara asas di dalam membawa pembaharuan dan kemajuan umat Islam di Malaysia. Walaupun pelaksanaan Islam Hadhari mendapat tentangan dari Parti PAS dan PMIUSM, namun Aspirasi USM tetap dengan pendirian mereka menyokong dan mendokong penuh apa jua yang dilaksanakan oleh pemerintah. Pihak USM yang diketuai oleh Naib Canselornya sendiri menyokong penuh pelaksanaan Islam Hadhari. Namun, didalam keghairahan Naib Canselor USM menyampaikan pembentangan kertas kerja berkaitan Islam Hadhari terdapat segelintir besar kakitangan dan pensyarah USM yang tidak bersetuju dan menyindir pelaksanaan Islam Hadhari. Bagi pergerakan pelajar pula, PMIUSM di dalam usrah-usrahnya telah mula menanamkan bibit–bibit kebencian supaya mahasiswa Islam tidak bersetuju dengan pelaksaan Islam Hadhari. Persoalannya, apakah benar usrah yang PMI USM jalankan itu benar dan membenarkan penentangan terhadap Islam Hadhari ? Berdasarkan maklumat yang diterima, apa jua perkara atau dasar kerajaan yang ditentang oleh Parti PAS di luar, maka PMIUSM akan sama-sama turut menentang dasar tersebut. Jelas disini menunjukkan bahawa PMIUSM menggunakan modus perjuangan yang sama dengan Parti PAS walaupun kepimpinan mereka menafikan dengan sekeras-kerasnya . ASPIRASI USM MENJADI PENAMPAN ISLAM HADHARI DI USM Seperti yang kita sedia maklum, bahawa apabila ada pihak yang menyokong Islam hadhari, maka pihak tersebut akan dilabel oleh PMIUSM sebagai parti kerajaan atau orang UMNO. PMIUSM merasakan UMNO amat jijik bagi mereka. UMNO bagi mereka ialah sebuah parti yang kotor dan tidak Islam. PAS pula bagi mereka ialah sebuah parti yang bersih dan menepati kehendak Islam.Oleh kerana fahaman ini berlegar didalam pemikiran mereka, maka menentang Aspirasi USM adalah wajib kerana ia samalah dengan menentang kemungkaran. Lantaran itu, Aspirasi USM yang sentiasa menyokong Islam Hadhari, terus ditentang oleh PMIUSM. Aspirasi dijadikan penampan terhadap serangan yang dibuat oleh PMIUSM terhadap Islam Hadhari. |
MENGAPA ASPIRASI USM RELA MENJADI PENAMPAN ISLAM HADHARI ?
Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun menyeluruh - yang berupaya menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing bangsa Melayu dan umat Islam amnya. Islam Hadhari akan menjadikan warisan dan tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam masa lampau sebagai pendorong kepada pembangunan dan kemajuan tamadun umat Islam masa kini dalam semua bidang kehidupan.
Lantaran itu Islam Hadhari telahpun dijadikan satu kerangka Dasar Nasional yang akan dijadikan sebagai asas di dalam perancangan pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara Islam Maju menjelang Tahun 2020. Dalam erti kata lain, Wawasan 2020 yang telah dijadikan sebagai 'mainstream' negara selama ini haruslah berpaksikan kepada ruh Islami atau dalam istilah yang lebih progresifnya ialah Islam Hadhari. Inilah rahsia yang tersurat disebalik kesungguhan kepimpinan negara di bawah teraju YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan Islam Hadhari.
Oleh yang demikian, kepimpinan Aspirasi USM merasakan, bahawa mereka tidak perlu malu mempertahankan Islam Hadhari kerana, perjuangan yang mereka bawa adalah benar dan apa yang terkandung di dalam Islam Hadhari adalah bertepatan dengan kehendak Islam dan perjuangan dakwah Rasulullah SAW. Kencana ingin menasihatkan sahabat–sahabat di dalam Harakah Islam supaya tidak terikut-ikut dengan emosi di dalam memperjuangkan semangat Islam. Belajar mendidik hati kerana dengan adanya pendidikan hati, perasaan dan tindakan dapat dikawal. Ambillah cerita yang tersirat disebalik peristiwa pembersihan hati Rasulullah SAW oleh malaikat Jibril. Semoga, masa yang semakin suntuk ini, akan memberikan pengajaran yang baik kepada PMIUSM di dalam memartabatkan kembali sirah An Nabawiyyah. Janganlah isu kehadiran YB Ustaz Shahhabudin Yahaya ke Masjid Al Malik Khalid dijadikan isu untuk mengaitkan Aspirasi dengan UMNO. Sedarlah wahai sahabat PMIUSM bahawa kehadiran YB Ustaz Shahabudin Yahaya ke dalam Majlis Kesyukuran Mahasiswa Baru yang dianjurkan oleh MPP dan PPMS di bawah kepimpinan saudara Fakhrul Razi Sunip atas atas platform beliau sebagai seorang YDP MAIPP.
Pesanan: Pelik dan hairan PMIUSM ni, bukan setakat Aspirasi mereka tentang YDPMAIPP pun mereka tak suka.
Oleh: Kencana Dewi
No comments:
Post a Comment