Tuesday, January 03, 1995

Politik Kampus Sepintas Lalu-Bahagian 1

Gerakan Siswa

Politik Kampus Sepintas Lalu-Bahagian 1

Petikan buku Politik Kampus Di Sebalik Tabir, karangan Mohd. Shuhaimi Al Maniri,hlm.13-24

Pendahuluan


Secara umumnya, kebangkitan mahasiswa sebagai suatu gerakan sosial dan politik bermula disekitar tahun 1966 dan 1967. Banyak peristiwa penting yang berlaku pada tahun-tahun tersebut, sehingga ia boleh dianggap sebagai tahun peralihan dalam sejarah pergerakan mahasiswa di Malaysia [Hassan Karim, 1984].

Satu peristiwa penting yang memberi 'impact' paling besar ke atas gerakan mahasiswa dalam tahun 1966 dan tahun-tahun berikutnya ialah dengan tertubuhnya 'Sudut Pidato' pada 27hb. Mei, 1966 di Universiti Malaya. Ini telah memberi sumbangan yang besar kepada golongan mahasiswa kerana hampir kesemua demonstrasi yang diadakan selepas tarikh tersebut dimulai dengan perbahasan di Sudut Pidato tersebut. Manakala pada tahun 1967 pula, peristiwa penting yang mempengaruhi pergerakan mahasiswa ialah penubuhan Kelab Sosialis di Universih Malaya yang cuba berjuang mengikut landasan sosialisma. Keadaan ini telah meletakkan kedudukan masyarakat kampus dalam suasana yang lebih 'politicised' lagi [Muhammad Abu Bakar,1973]

Mulai tahun 1969 dan 1970, beberapa buah lagi universiti telah diwujudkan seperti Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia. Kewujudan universiti-universiti ini telah mempengaruhi perkembangan dan kedominan pergerakan mahasiswa.

Sejarah pergerakan mahasiswa di Malaysia banyak mencatatkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa. Seperti yang dimaklumi, menjelag pertengahan 1960'an dan awal tahun 1970'an merupakan tahun-tahun yang penuh cabaran bagi pergerakan mahasiswa di negera ini.

Satu daripada peristiwa penting dalam sejarah pergerakian mahasiswa di negara kita ialah peristiwa 13hb. Mei, 1969. Boleh dikatakan perjuangan politik mahasiswa berikutan tragedi tersebut telah mencapai ke kemuncaknya. lanya berbeza dengan keadaan-keadaan sebelumnya kerana mahasiswa selepas itu telah tampil dengan cara yang paling terbuka menentang kepimpinan Tunku Abd. Rahman dan mendesak beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Ketika itu suasana kampus menjadi amat tegang akibat semangat perkauman yang berpunca dari krisis politik antara mahasiswa berhubung dengan perarakan anti Tunku dan perlaksanaan Bahasa Malaysia di kampus [Muhammad Abu Bakar, 1973]. Pada masa ini, semakin ramai mahasiswa yang berasal dari desa dan berlatar belakangkan kemiskinan berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti. Golongan inilah yang kemudiannya memainkan peranan penting dalam pergerakan mahasiswa. Ini adalah ekoran timbulnya rasa kesedar tentang perlunya kemajuan di daerah mereka dan masyarakat desa perlu diberi perhatian dan perubahan [Hassan Karim, 1984]

Pada ketika itu idealisma pergerakan mahasiswa masih lagi berunsurkan sosialisma. Perjuangan mereka adalah selari dan sealiran dengan Parti Rakyat yang menganuti fahaman sosialisma. Bagaimanapun idealisma tersebut ditentang oleh generasi kemudiannya yang membawa aliran yang berbeza [PMIUM, Meneliti Liku Perjuangan ] Idealisma pergerakan mahasiswa selepas itu telah memperlihatkan suatu perubahan dari berunsurkan sosialisma dan nasionalisma kepada berunsurkan Islam. Ini adalah ekoran dari kembalinya golongan muda yang mendapat pendidikan di luar negera seperti Mesir dan lain-lain. Kebetulan juga diwaktu itu kesedaran Islam (al-wa' yu al-Islami) begitu subur di kalangan masyarakat luar [Wan Ali Wan Jusoh, 1989].

Bagaimanapun pemahaman Islam ketika itu masih lagi dipengaruhi oleh aliran sosialisma dan nasionalisrna. Ini disebabkan oleh fahaman bahawa isu-isu berhubung dengan nasionalisma itu adalah isu Islam. Tetapi kemudiannya golongan mahasiswa Islam yang membawa fahaman tersebut telah berubah corak. Mereka telah mengambil Islam sepenuhnya untuk dijadikan landasan kepada pergerakan mereka dengan menolak semua isme-isme yang lain.

Kesedaran politik Islam di kalangan mahasiswa telah meningkat di akhir dekad 1970'an memandangkan tingginya 'profail' kegiatan dakwah mereka. Fenomena kebangkitan Islam di kalangan mahasiswa ini dikenali sebagai 'ledakan Ubudiyyah' apabila mereka bergiat aktif dalam politik kampus bagi memimpin persatuan-persatuan mahasiswa.

Di awal dan pertengahan tahun 1980'an, terdapat banyak rungutan di kalangan masyarakat terutama ibu bapa bila mendapati perubahan , mendadak di kalangan anak-anak mereka yang belajar di Institusi Pengajian Tinggi. Masyarakat digembar-gemburkan dengan terdapatnya sebilangan pelajar yang meninggalkan pengajian untuk rberdakwah. Ketika ini istilah-istilah 'dakwah songsang', 'ekstremes agama', 'Islam fanatik' begitu popular. Salah faham (pengertian) dan perasaan keliru di kalangan masyarakat begitu memuncak kerana makna sebenar istilah ini tidak pernah dijelaskan oleh pihak berkenaan.


Mesej Islam mudah diterima oleh pelajar di Institusi Pengajian Tinggi pada masa ini kerana kesedaran Islam dan keinsafan terhadap keagungan Islam juga hasil 'kekosongan' dalam diri oleh kerana kegagalan pendidikan sekular. Kepimpinan pelajar Islam mula meningkat selepas ianya diterajui oleh Anwar Ibrahim melalui wadah PKPIM dan PBMUM. Dan selepas itu kumpulan Islam mula [mendominasi perkembangan kampus hingga ke hari ini [Muhamad Abu Bakar, 1987



Halaman Utama


No comments: