Monday, October 01, 2007

Pilihan raya kampus: Ada pihak edar parang kecil untuk kempen?

Intan Abdullah
Harakahdaily
Mon | Oct 01, 07 | 6:55:57 pm MYT

Pelbagai taktik digunakan bagi menarik perhatian pelbagai pihak termasuklah unsur-unsur kecaman, ugutan dan sebagainya dalam pilihan raya kampus kali ini.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

ImageTerbaru, Harakahdaily dimaklumkan bahawa selepas satu pertemuan jentera kempen calon pro mahasiswa malam tadi sebaik sahaja menunaikan solat hajat di Masjid UKM, para penyokong-penyokong pro mahasiswa terkejut apabila mendapati satu sampul surat berada di dalam bakul motorsikal mereka tatkala ketika ingin pulang ke penginapan mereka.

Mereka mendakwa di dalamnya terkandung, sepucuk surat yang kononnya ditulis oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Abdul Karim bersama sebilah parang kecil yang diedarkan kepada Jentera Pilihan raya Kampus pro mahasiswa seluruh kampus Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Surat yang bertarikh 18 Ramadan tersebut menyatakan bahawa Abdullah menggesa mahasiswa melawan habis-habisan termasuk menghalalkan penggunaan 'molotov cocktail' serta mengambil contoh insiden di Batu Buruk sebagai panduan untuk diteladani mahasiswa.

Abdullah yang dihubungi Harakahdaily menyatakan bahawa ia adalah satu tindakan terdesak pihak lawan pro mahasiswa sama ada Aspirasi atau Tindakan Siswa Bersatu.

Beliau menyifatkan pihak yang melakukan perkara ini sebagai pengecut dan tidak bijak kerana ia akan menyusahkan mereka sendiri.

"Saya mencabar sesiapa yang melakukan perkara ini, untuk tampil ke hadapan membuktikan dakwaan beliau. Ini bukan cara yang bijak untuk berkempen,"katanya.

Tegas Abdullah, ia akan meninggalkan kesan yang negatif kepada pihak yang melakukannya dan beliau tidak akan sekali-lagi melatah dengan politik murahan ini.

"Apa motif sebenar pihak yang melakukan hal ini, saya sangsi. Nak menakut-nakutkan penyokong pro mahasiswa atau menjatuhkan reputasi saya?" katanya mengakhiri perbualan. - mks.

No comments: