Wednesday, August 22, 2007

Bapa kesal UiTM anjur konsert hotlink di kampus

harakahdaily, 22 ogos 2007

Bapa Perihatin
Wed | Aug 22, 07 | 04:47:00 PM

Assalamualaikum..

SAYA merasa terpanggil sebagai seorang bapa untuk memberi pandangan saya mengenai Konsert HOTLINK 8TV Youth Tour , UiTM Shah Alam yang lalu.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Pertama sekali saya merasa amat kecewa dengan artikel yang dikeluarkan di ruangan Mahasiswa pada keluaran yang lepas kerana bagi saya UiTM adalah salah satu institusi pengajian tinggi yang disegani dan telah banyak melahirkan graduan profesional bumiputera.Tambahan pula kebanyakan pelajar dan stafnya adalah orang melayu yang beragama Islam seagama dengan saya .

Saya juga telah menghantar anak saya semasa pendaftaran pelajar baru Julai 2007 tempoh hari. Namun selepas membaca artikel tersebut saya terus menelefon anak saya bagi mengesahkan perkara tersebut.Tapi malangnya jawapan yang saya terima, " ya, betul ayah, kat UiTM ni kalau ada program-program sambutan yang besar-besar kalau takde konsert tak sah, dan ia dah jadi budaya di sini".

Kenyataan ini telah menyebabkan saya semakin hilang keyakinan terhadap UiTM untuk mendidik anak saya menjadi insan yang cemerlang di dunia dan apatah lagi akhirat. Sepatutnya, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi atau Gedung Ilmu, perkara-perkara seperti itu tidak sewajarnya berlaku.

Bagi saya, ilmu itu adalah Nur atau cahaya dan cahaya itu tidak akan masuk ke dalam hati yang telah gelap akibat maksiat yang dilakukan. Jadi tidak wajar budaya hiburan seperti ini diasuh oleh Institusi Pengajian tinggi bukan sahaja UiTM malah semua Institusi pengajian tinggi yang lain.

Baru-baru ini pula Perkampungan Hadhari telah diadakan pada 17 dan 18 Ogos yang berlangsung di UiTM Shah Alam. Dan anak saya memaklumkan bahawa semua mahasiswa baru wajib terlibat dalam program tersebut.

Persoalan yang saya ingin timbulkan di sini ialah bagaimana pihak UITM boleh mengadakan Konsert HOTLINK yang lebih menggalakkan mahasiswa ke arah budaya hiburan melampau kemudian menganjurkan pula perkampungan Hadhari yang bertujuan mengajak ke arah kebaikan. Kedua-dua elemen yang berbeza mahu diterapkan kepada mahasiswa UiTM .Saya melihat apa yang dilakukan ini seolah-olah ingin mengelirukan masyarakat kampus ataupun mungkin ia satu usaha untuk mempolitikkan kampus dengan program-program yang seringkali menjadi rutin kerajaan Barisan Nasional di luar sana.

Harapan saya agar perkara ini dapat diambil tindakan yang serius oleh pihak pengurusan UiTM .

Bapa perihatin



Wed Aug 22, 2007 9:14 am

"kelabu asap"
kelabu234@...
Send Email Send Email

No comments: